web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Siti Nurhaliza Bagi Maklum Balas Terhadap Saranan Mufti Pulau Pinang

Penyanyi itu sekali lagi menegaskan mengapa konsert itu perlu diadakan pada tarikh yang telah ditetapkan

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jan 2024 7:49PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil memberi maklum balas terhadap saranan Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor agar beliau menunda ‘Konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza’ yang dijadualkan pada Mac hadapan kepada satu tarikh lain.

Saranan itu dibuat oleh Mufti Pulau Pinang itu kerana berpendapat penganjuran aktiviti hiburan menjelang bulan Ramadan seolah-olah melalaikan umat Islam daripada mengingati Allah.

Dalam satu hantaran di akaun Instagram miliknya, Siti telah memuat naik kenyataan media daripada Yayasan Nurjiwa yang ditubuhkan oleh beliau dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa. 

“Susulan laporan media berhubung gesaan Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor Agar Datuk Seri Siti Nurhaliza menunda konsert solo yang dijadualkan pada 9 Mac 2024 menarik perhatian Yayasan Nurjiwa.

“Pertama sekali, Yayasan Nurjiwa secara khususnya dengan penuh keinsafan dan berlapang dada menerima gesaan dan teguran sahibus samahah Datuk Seri Mufti. Keprihatinan serta pandangan Datuk Seri amat-amat kami hormati dan hargai. Terima kasih Datuk Seri.

“Justeru, di kesempatan ini, izinkan ruang diberi kepada Yayasan Nurjiwa untuk memberi maklum balas dengan gesaan agar Konsert Sebuah Epitome: Saya Siti Nurhaliza ditunda sebagai menghormati ketibaan bulan penuh kemuliaan Ramadan Al-Mubarak yang dijangka disambut pada 12 Mac 2024.

“Pada 8 Januari 2024 lalu, Datuk Seri Siti Nurhaliza telah mengadakan sidang akhbar bagi mengumumkan secara rasmi penganjuran Konsert Sebuah Epitome: Saya Siti Nurhaliza yang akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil.

“Pada sidang media itu juga sudah dimaklumkan, sejak mula diberikan tarikh penganjuran konsert oleh pengurusan Perbadanan Stadium Nasional, kami di Yayasan Nurjiwa dan pihak Siti Nurhaliza sedia maklum tarikh 9 Mac 2024 menghampiri 1 ramadan.

“Kami di Yayasan Nurjiwa juga telah diberitahu oleh pengurusan Perbadanan Stadium Nasional bahawa 9 Mac sahaja tarikh kosong yang ada untuk sepanjang 2024 yang boleh ditawarkan kepada kami.

“Untuk pengetahuan semua, pihak kami sudah mula membuat tempahan dengan Perbadanan Stadium Nasional sejak awal tahun 2023 lagi, namun tarikh yang sepatutnya tidak dapat kami laksanakan dan mohon penangguhan dengan mendapatkan tarikh baharu.

“Namun, memahami matlamat dan objektif utama penganjuran Konsert Sebuah Epitome: Saya Siti Nurhaliza membuatkan kami mencapai keputusan secara konsesus untuk meneruskannya,” katanya.

Kenyataan media itu turut menjelaskan bahawa konsert ini bukanlah dianjurkan atas kepentingan perniagaan dan keuntungan, sebaliknya  adalah untuk mengutip dana bagi menampung kerja-kerja kebajikan.

Jika ada yang tertanya-tanya mengapa tidak diawalkan tarikh penganjurannya, jawapannya adalah mereka tiada keupayaan memandangkan tiada slot kosong yang boleh diberikan pihak Perbadanan Stadium Nasional.

"Kalau saya buat 10 Mac, sudah hampir Ramadan. kalau 8 Mac pula, ia adalah hari terakhir raptai untuk konsert itu. Saya dan team sudah fikir masak-masak. Sudah cuba untuk pertimbangkan, jadi tak mungkin tambah hari,” kata Siti pada sidang media terdahulu.

Dalam masa sama, Yayasan Nurjiwa turut menekankan bahawa dana yang ingin dikumpul menerusi konsert itu diperlukan segera untuk disalurkan kepada penerima terutamanya mangsa perang di Palestin.

"Kita tidak mampu untuk menunda bekalan makanan dan bahan asas untuk saudara-saudara kita di Palestin. Komitmen kami kepada mangsa-mangsa perang di Palestin perlu diteruskan sejak kami memulakannya pada Oktober lalu.

“Terlewat sehari dua saja boleh mengundang malapetaka lain buat mereka. Oleh itu, Yayasan Nurjiwa berpendapat, ada baiknya konsert diteruskan demi untuk mencari dana," ulas Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa pula. - Getaran, 18 Januari 2024

Foto : IG Siti Nurhaliza

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 tahun yang lalu

Tiket Konsert Violet Skies: Dato' Sri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars Masih Boleh Dibeli

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Nyanyian Duet Tengku Ampuan Pahang, Datuk Sri Siti Nurhaliza Pikat Tetamu

3

Muzik 2 tahun yang lalu

Tiket Konsert Siti Nurhaliza Licin Dijual Dalam Masa 2 Jam

4

Muzik 2 tahun yang lalu

Siti Nurhaliza Ingin Anjur Konsert Di Stadium Nasional Bukit Jalil Sebelum Bersara

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa