web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Siti Nurhaliza Ingin Anjur Konsert Di Stadium Nasional Bukit Jalil Sebelum Bersara

Penyanyi nombor satu negara itu berhasrat mengadakan konsert sebagai kenangan terindah bagi dirinya, peminat

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Nov 2023 12:40PM

gambar X Siti Nurhaliza

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Getaran sebelum ini berkongsi sebuah artikel mengenai konsert Coldplay yang berjaya memecah rekod penonton tertinggi di Stadium Nasional Bukit Jalil, sekali gus memintas penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza dengan jumlah kehadiran seramai lebih 75,000 orang.

Menerusi hantaran di X, Siti dilihat tertarik dengan catatan tersebut, memandangkan nama beliau direkodkan menduduki tangga kedua pengunjung tertinggi konsert di lokasi tersebut dan berhasrat untuk mengadakan konsert sekali lagi di situ sebelum bersara.

“Mungkin boleh jadi kenyataan atau mungkin tidak ye?. Kalau nak buat di Stadium Nasional (Bukit Jalil) sekali lagi, mungkin sebelum saya bersara ye, biar jadi kenangan terindah buat semua,” katanya menerusi hantaran di X semalam.

Rata-rata peminat menyokong cadangan Siti bahkan berharap wanita penyanyi kesayangan negara ini membuat konsert tersebut secara percuma.

“Bile Dato’ Seri jadi Biduanita Negara, buat la konsert percuma macam Sudirman dulu,” komen seorang peminat.

“Setuju! Minat Siti sejak zaman tahun 1997 banyak sangat konsert yang saya tak pergi,sebab masih kecil dan belajar duit tak ada, jadi dah besar ni apa saja konsert solo Siti saya pergi! Sila buat ya!,” komen seorang lagi.

Terdahulu, konsert Coldplay Malaysia baru-baru ini mencatatkan jumlah penonton yang hampir sama dengan rekod kehadiran terbesar persembahan mereka semasa di Croke Park Dublin, Ireland pada 2017 iaitu lebih 80,000 orang hadir.

Sebelum ini, Siti telah memegang rekod sebagai persembahan dengan penonton paling ramai selama 19 tahun itu semasa konsert Jelajah Fantasia yang diadakan pada tahun 2004 dengan

kehadiran lebih 70,000 orang. - Getaran, 29 November 2023

Berita Berkaitan

1

Muzik 11 bulan yang lalu

Tiket Konsert Violet Skies: Dato' Sri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars Masih Boleh Dibeli

2

Muzik 1 tahun yang lalu

Michael Learns To Rock Buai Perasaan Lebih 5,000 Peminat

3

Muzik 1 tahun yang lalu

5 Kumpulan AKB48 Berjaya Himpun Lebih 2,000 Peminat Pada Konsert Pertama Di Malaysia

4

Muzik 1 tahun yang lalu

Ella Memukau, Kini Siap Sedia Terbang ke Singapura

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN

Selebriti 21 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...