web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


10 Lagu Mara ke Pentas Akhir AJL40, Persaingan Dijangka Sengit

Aina Abdul, Dayang Nurfaizah, Wanie Kayrie dan Aisya Retno antara nama ke pentas akhir

Muzik Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 22 Apr 2026 12:04PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Teka-teki barisan finalis Anugerah Juara Lagu 40 akhirnya terjawab apabila 10 lagu terbaik diumumkan layak ke pentas akhir selepas melalui saingan sengit di peringkat separuh akhir, baru-baru ini.

Perjalanan ke tahap ini menyaksikan 20 karya dipilih daripada 30 lagu terbaik carta Muzik-Muzik 40 sebelum dipersembahkan secara langsung dari Studio 1 Glenmarie pada 17 dan 18 April sebagai penentu ke pentas berprestij itu. 

Sepanjang dua malam tersebut, para peserta tampil dengan persembahan yang bukan sahaja menonjolkan kekuatan vokal, malah sarat dengan penceritaan dan interpretasi kreatif yang membezakan setiap karya.

Antara nama yang berjaya mencuri perhatian untuk mara ke peringkat akhir termasuk Ryenald Guntabid menerusi lagu ‘Lumangad Oku Dika’, Aina Abdul dengan ‘Kamu’, serta Wani Kayrie melalui ‘Cak Cak Cekuk’.

Turut mengiringi mereka ialah Aisha Retno dengan ‘Tak Adil’, Marsha Milan dengan Tangisan Seorang Pendosa’, dan Dayang Nurfaizah menerusi lagu ‘Lemah’.

Persaingan turut diperkukuh dengan kehadiran Amir Masdi(‘Nurcinta”), kumpulan K.O.I (‘Tiwikarma’), Hazama (‘Semacam Pandora’), serta kolaborasi Kmy Kmo & Luca Sickta bersama Salammusik menerusi lagu ‘Ke Mana Ni’. 

Barisan ini mencerminkan kepelbagaian genre dan generasi yang menjadi kekuatan utama AJL saban tahun.

Kesemua persembahan dinilai oleh barisan juri profesional yang diketuai Dato Acis, bersama LY, Ad Samad, Siti Hajar dan Efry Arwis, yang meneliti setiap aspek termasuk komposisi, lirik serta mutu persembahan secara keseluruhan bagi menentukan kelayakan ke peringkat akhir.

Dalam masa sama, pentas separuh akhir turut diserikan dengan gandingan hos Fiza Frizzy dan Sissy Iman, selain persembahan pembukaan oleh Zaki Yamani dan Ahmad Merrah pada malam pertama, diikuti Kaka Azraff serta Tuju pada malam kedua.

Melangkah ke pentas akhir, AJL40 dilihat menghimpunkan karya-karya yang bukan sahaja popular dalam kalangan pendengar, malah memiliki nilai artistik yang layak diangkat tinggi.

Dengan gabungan artis berpengalaman dan bakat baharu, edisi kali ini dijangka menawarkan persaingan sengit serta persembahan berkualiti tinggi.

Seiring dengan tema ‘Generasi Selamanya Juara’, malam kemuncak AJL40 dijangka menjadi pentas penentuan yang bukan sahaja menobatkan pemenang, tetapi turut mengangkat evolusi muzik tempatan ke tahap yang lebih membanggakan. - Getaran, 22 April 2026

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 minggu yang lalu

SOUNDSTAGE Satukan NIDJI, Hujan Dan 3 Band Tempatan Dalam Konsert Rentas Sempadan

2

Muzik 2 minggu yang lalu

AJL40 Bawa Peminat Selami Dunia Muzik Menerusi Muzik Lab

3

Muzik 3 minggu yang lalu

Tiket AJL40 Tinggal 20 Peratus, Bahang Malam Muzik Paling Berprestij Negara Kian Memuncak

4

Muzik 1 bulan yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas