web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sean Paul Bakal Gegarkan Kuala Lumpur Bulan Depan

Epic Elation selaku penganjur konsert ini menjangkakan sambutan yang luar biasa dan memberi jaminan, ia bukan sekadar satu persembahan hiburan

Muzik Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 03 Sep 2025 7:24PM

Sean Paul

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ikon global muzik dancehall, Sean Paul, bakal menggegarkan pentas Malaysia dalam sebuah konsert istimewa yang dijadualkan berlangsung pada 10 Oktober 2025 di Idea Live Arena, Kuala Lumpur.

Konsert anjuran Epic Elation dengan sokongan Sound Innovations, Spike Productions, dan LFG Entertainment itu dijangka menjadi antara acara muzik paling dinantikan tahun ini. 

Kehadiran Sean Paul menandakan kemunculan semula beliau ke Malaysia selepas kali terakhir mengadakan persembahan pada 2018.

Peminat bakal disajikan dengan deretan lagu hit popular serta karya terbaharu termasuk single terkininya, ‘Ginger’, yang kini mencetus fenomena di pelbagai platform penstriman muzik.

Tiket konsert telah mula dijual pada 21 Julai 2025 melalui platform fantopia.io dan dijangka habis tidak lama lagi. 

Peminat disarankan membeli tiket lebih awal untuk tidak terlepas peluang menyaksikan persembahan itu, yang bakal menggegarkan negara ini.

Jurucakap Epic Elation berkata, pihaknya menjangkakan sambutan yang luar biasa dan memberi jaminan, ia bukan sekadar satu persembahan hiburan. 

“Kami amat teruja untuk membawa Sean Paul kembali ke Malaysia dan konsert ini bukanlah konsert biasa tetapi merupakan ekspresi muzik dan budaya,” katanya. 

Dalam pada itu, Sean Paul turut menyatakan rasa teruja untuk kembali menghiburkan peminat Malaysia.

“Saya tidak sabar untuk kembali ke Malaysia. Tenaga daripada peminat di sini memang luar biasa,” katanya sambil menambah,  beliau bersemangat untuk mempersembahkan single baharu ‘Ginger’ secara langsung.

Berikut ialah info mengenai konsert:

Tarikh: 10 Oktober 2025

Lokasi: Idea Live Arena, Kuala Lumpur

Jualan Tiket: Bermula 21 Julai 2025 di fantopia.io

Kategori Tiket:

• RM473 – Shake That Thing (Standing Level 1)

• RM393 – Temperature (Standing Level 1)

• RM493 – No Lie (Seated Level 2)

• RM463 – Get Busy (Seated Level 2)

• RM433 – Ginger (Seated Level 2)

• RM393 – We Be Burnin’ (Seated Level 2)

• RM363 – Superfan (Seated Level 2) - Getaran, 3 September 2025

Berita Berkaitan

1

Muzik 2 hari yang lalu

Tiket AJL40 Tinggal 20 Peratus, Bahang Malam Muzik Paling Berprestij Negara Kian Memuncak

2

Muzik 1 minggu yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

3

Muzik 2 minggu yang lalu

Konsert Rumah Hati Terima Sambutan Hangat, 80 Peratus Tiket Sudah Terjual

4

Muzik 3 minggu yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Sorotan

1

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

2

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

3

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

4

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

5

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

6

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 6 jam yang lalu

Astro dan Disney+ Bawakan Lebih Banyak Rancangan Global Dan Kandungan Tempatan

oleh Rahayu MN