web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sepang Bakal Jadi Syurga Raver Oktober Ini

Acara ini menampilkan barisan DJ bertaraf dunia, gabungan visual imersif dan kerjasama khas dengan MotoGP yang dijangka menarik 15,000 pengunjung

Muzik Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 14 Aug 2025 6:58PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Festival muzik elektronik antarabangsa, HardTech (Hardmission & Techmission) dan Transmission, bakal membuat penampilan sulung di Malaysia pada 18 Dan 19 Oktober ini.

Bertempat  di Helipad, Litar Antarabangsa Sepang, bersempena PETRONAS Grand Prix Malaysia, acara tersebut menampilkan barisan DJ bertaraf dunia, gabungan visual imersif dan kerjasama khas dengan MotoGP yang dijangka menarik 15,000 pengunjung.

Ia turut mendapat kerjasama strategik daripada Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dan menjanjikan pengalaman muzik elektronik paling mengujakan di Asia Tenggara.

Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif berkata, pihaknya menjangkakan kehadiran 200,000 penonton pada acara sukan berprestij itu. 

“GP Malaysia tahun lepas merekodkan kehadiran 184,923 penonton dalam tiga hari. Tahun ini kami memperkenalkan beberapa tarikan Baru termasuk festival Muzik tarian elektronik.

“Sasaran kali ini agak mencabar, tapi kami yakin dengan sokongan semua pihak, ia dapat direalisasikan,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran GP Malaysia, di sini baru-baru ini.

Menurutnya lagi, gabungan peminat sukan permotoran dan penggemar muzik elektronik dijangka mencipta suasana penuh tenaga dan warna, seiring dengan kemeriahan hujung minggu MotoGP.

Acara dua hari ini akan menampilkan barisan DJ bertaraf Dunia termasuk Sub Zero Project, Warface, Trym dan lain-lain.

Tiket bermula dari RM268 (pra-jualan) hingga RM498 (VIP) di ticketmelon.com & megatix.asia.

Untuk info lanjut, ikuti @hifiveasia di Instagram dan Facebook. - Getaran, 14 Ogos 2025

Berita Berkaitan

1

Muzik 2 hari yang lalu

SOUNDSTAGE Satukan NIDJI, Hujan Dan 3 Band Tempatan Dalam Konsert Rentas Sempadan

2

Muzik 1 minggu yang lalu

AJL40 Bawa Peminat Selami Dunia Muzik Menerusi Muzik Lab

3

Muzik 2 minggu yang lalu

Tiket AJL40 Tinggal 20 Peratus, Bahang Malam Muzik Paling Berprestij Negara Kian Memuncak

4

Muzik 4 minggu yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM