web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Nikmati Malam Penuh Nostalgia Bersama ‘Saturday Night – Celebrating Bee Gees’

Bersedia untuk menari mengikut rentak kenangan dan menaridengan lagu-lagu ikonik daripada legenda muzik Bee Gees untuk dua malam penuh memori akhir bulan nanti

Muzik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jul 2025 8:49PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Peminat muzik era disko pasti mengenali Bee Gees yang memukau pendengar dengan melodi rancak dan tarian bertenaga setiap kali membuat persembahan. 

Berita baik untuk peminat kumpulan ini di tanah air, anda berpeluang menyaksikan kehebatan sekumpulan pemuzik beraksi pada 31 Julai dan 1 Ogos nanti. 

Bertempat di Zepp Kuala Lumpur, suasana bakal bertukar meriah apabila kumpulan ini beraksi sempena pertunjukan khas, 'Saturday Night – Celebrating Bee Gees' . 

Menampilkan dua malam penuh gemilang, ia adalah persembahan istimewa  yang didedikasikan buat Bee Gees, kumpulan legenda yang pernah memenangi lima Anugerah Grammy!

Dibawa oleh Milestone Production, konsert istimewa ini bakal mengimbau kembali himpunan lagu-lagu Bee Gees yang merentasi empat dekad. 

Daripada lagu-lagu klasik awal seperti“Massachusetts” dan “To Love Somebody”, hinggalah ke rentak funk seperti “Jive Talkin’” dan tentunya lagu-lagu disko ikonik seperti “Stayin’ Alive” dan “Night Fever”, konsert ini sarat dengan rentak yang akan membawa anda terus ke zaman keemasan disko!

Membawa semula aura dan bunyi asli Bee Gees ke pentas adalah kumpulan berbakat dari United Kingdom (UK), Saturday Night Bee Gees. 

Kumpulan yang terdiri dari enam individu berbakat ini telah menerima pujian meluas di seluruh dunia kerana persembahan mereka yang berjaya mengungkap tenaga serta keaslian adik-beradik Gibb dengan ketepatan yang mempesona.

Penonton boleh menantikan persembahan memukau lewat lagu-lagu seperti “How Deep Is Your Love”, “You Win Again”, “Tragedy” dan banyak lagi. Ia akan menjadi malam yang penuh dengan tarian, falsetto, funk dan nostalgia yang tidak boleh dilepaskan!

Tiket untuk Saturday Night – Celebrating Bee Gees telah mula dijual, dari harga RM198 (CAT C) hingga RM638 (Premium). 

Jika anda inginkan keseronokan berganda, boleh juga membeli tiket Platinum Box bernilai RM4,800 untuk enam orang.

Semua harga tiket tertakluk kepada yuran RM4 dan yuran transaksi RM10

Eksklusif untuk Pemegang Kad Maybank: Nikmati diskaun sehingga 25 peratus apabila anda membuat pembayaran menggunakan kad Maybank anda, tertakluk kepada terma dan syarat. 

Untuk tempahan Platinum Box, pakej korporat atau pembelian berkumpulan / OKU, hubungi Puan Sha di +6012 332 3024 atau e-mel [email protected].

Maklumat lanjut mengenai persembahan ini boleh didapati di http://www.milestone-entertainment.com. - Getaran, 15 Julai 2025

Berita Berkaitan

1

Muzik 2 hari yang lalu

SOUNDSTAGE Satukan NIDJI, Hujan Dan 3 Band Tempatan Dalam Konsert Rentas Sempadan

2

Muzik 1 minggu yang lalu

AJL40 Bawa Peminat Selami Dunia Muzik Menerusi Muzik Lab

3

Muzik 2 minggu yang lalu

Tiket AJL40 Tinggal 20 Peratus, Bahang Malam Muzik Paling Berprestij Negara Kian Memuncak

4

Muzik 4 minggu yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang