Jika hati tengah gundah, jiwa rasa tak tenang, atau anda memang gemar dengan muzik menyentuh jiwa, ini adalahacara untuk anda.
Aloft Kuala Lumpur Sentral dengan bangganya membawakan acara Galau Global sempena Hari Muzik Sedunia, dan acara ini adalah satu malam penuh emosi, menghimpunkan lagu-lagu galau dan pengalaman yang melekat di hati.
Sebagai sebahagian daripada program perjalanan Marriott Bonvoy, hotel ini terus meneroka pengalaman tetamu melalui acara berani dan berbudaya.

Galau Global dijadualkan pada 28 Jun nanti, dari jam 7 hingga 10 malam bertempat di Ballroom A, Aloft KL Sentral.
Bakat-bakat muda yang akan membuat persembahan terdiri daripada Didie Shazry, Yad, Maria Effendi, dan Mukhriz Syah.
Setiap penyanyi akan muncul dengan himpunan lagu yang merentasi genre daripada balada Indonesia dan lagu Melayumeruntun jiwa hinggalah ke lagu patah hati dalam bahasa Inggeris, Korea, Sepanyol, dan Jepun.
Bagi menghidupkan suasana, ruang acara hotel akan dihias dengan dekorasi yang mengangkat pengalaman bertema galau yang imersif.
Paling menarik, Aloft Kuala Lumpur turut mempersembahkan ‘Wall of Closure’ bagi memberi peluang kepada tetamu untuk berkongsi luahan terakhir yang tidak pernah dihantar.
Selain itu, terdapat juga sudut bergambar dan gerai percuma untuk mengabadikan momen paling dramatik. Para tetamu juga berpeluang memenangi baucar TEVA bernilai sehingga RM2,000.
Menurut Pengurus Besar Aloft Kuala Lumpur Sentral, Michael Grimmer, Galau Global mencerminkan komitmen hotel dalam mencipta pengalaman bermakna dan berbudaya buat tetamu.
“Acara ini adalah sambutan ikhlas terhadap keunikan muzik yang mampu menghubungkan dan menyembuhkan. Menerusi pengalaman istimewa Aloft ini, kami ingin menyatukan orang ramai melalui emosi yang dikongsi sambil menyokong dan mengetengahkan bakat muzik tempatan,” ujar beliau.

Tiga puluh ahli Marriott Bonvoy terawal yang hadir akan menerima beg cenderahati istimewa sebagai penghargaan kerana menjadi sebahagian daripada pengalaman ini.
Pendaftaran di lokasi juga disediakan untuk tetamu yang ingin menyertai program ini dan menikmati keistimewaan pada masa akan datang.
Tiket-tiket bermula dari RM68 hingga RM600 (termasuk minuman, pencuci mulut, pakej VIP, dan barangan eksklusif) boleh dibeli di laman sesawang rasmi, https://aloftkl.sales.ticketsearch.com/sales/salesevent/150641.
Selain itu terdapat juga pakej penginapan istimewa untuk dinikmati.
Sila layari aloftkualalumpursentral.com untuk maklumat lanjut. - Getaran, 24 Jun 2025
Foto : Aloft Kuala Lumpur