web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Levi's® Satukan Muzik Dan Fesyen, Lancar 'Road To FAM' Sempena Musim Panas dan Bunga

Levi’s® dan kolektif muzik global, 88rising tampilkan siri muzik ‘Road to FAM’ yang mengetengahkan bakat-bakat baru di Asia Tenggara

Muzik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 May 2025 1:15PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bagi meraikan kehadiran musim panas dan bunga kali ini, jenama fesyen kegemaran ramai, Levi’s® tampil https://levi.com.my/pages/road-to-fammembawakan muzik dan fesyen seiring dalam satu harmoni sempurna untuk meraikan ‘individuality’ dan ekspresi diri yang sebenar.

Levi’s® dengan bangganya telah bekerjasama dengan sebuah kolektif muzik global, 88rising untuk melancarkan Road to FAM (Future Asian Music), iaitu satu siri muzik percuma yang akan menjelajah Singapura, Jakarta, Manila dan Kuala Lumpur bulan ini. 

Inisiatif yang juga bersempena dengan sambutan ulang tahun jeans ikonik 501® Levi’s® ini turut meraikan legasi jenama dalam mencetus inovasi budaya sambil mengangkat Future Asian Music (FAM) yang dibawakan oleh 88rising.

Menonjolkan empat artis baharu Asia yang sedang meningkat naik iaitu Zamaera (Malaysia), Zack Tabudlo (Filipina), Fariz Jabba (Singapura) dan Ramengvrl (Indonesia),siri ini dimulakan dengan persembahan eksklusif di negara masing-masing. 

Zack Tabudlo dari Manila merupakan artis solo lelaki pertama dari Filipina yang mencapai 1 bilion penstriman di Spotify menerusi lagu-lagu viral seperti ‘Binibini’.

Sem Fariz Jabba dari Singapura pula terkenal menerusi gabungan hip-hop dengan naratif kehidupan bandar Asia Tenggara, juga dikenali melalui lagu viral seperti ‘Ape Sia’, sementara Ramengvrl dari Jakarta ialah pemenang lima kali Anugerah Musik Indonesia (AMI) yang mula dikenali dengan lagu ‘Cashmere’.

Malaysia pula diwakili Zamaera dari Kuala Lumpur yang dikenali dalam dunia rap Malaysia selepas kejayaan lagu viral ‘Helly Kelly’.

“Saya dipacu oleh perubahan dan didorong oleh rasa ketidakselesaan. Sejak bergerak sendiri, saya sentiasa berusaha untuk memegang hak terhadap muzik saya sendiri serta kebebasan dalam berkarya. 

"Ia satu penghormatan besar sebagai seorang wanita mewakili Malaysia untuk FAM kerana saya ingin menunjukkan kepada dunia apa yang mampu dilakukan oleh Kuala Lumpur,” ungkap Zamaera.

Road To FAM Kuala Lumpur bakal menghangatkan ibu kota pada 21 Mei ini, bermula jam 8 malam di Over and Above Club.

Saksikan kelincahan Zamaera kala mempersembahkan kuasa kreatifnya menggabungkan elemen hip hop, rap serta pengaruh elektronik dalam satu ritma bunyi yang berani dan tersendiri, menandakan permulaan bab baharu dalam kebebasan artistiknya. 

Turut menemaninya dalam perjalanan muzik ini ialah DJ Damien, bakat baharu yang semakin menyerlah dengan rentak rentas genre, serta DJ Roshan yang dikenali dengan set bertenaga penuh jiwa yang pasti akan menghidupkan lantai tarian.

Siri jelajah dan muzik ini akan mencapai kemuncaknya di Festival Future of Asian Music, FAM Bangkok (akan datang), di mana para penggiat seni bergabung dalam sebuah pertunjukan kolaboratif yang menghubungkan bakat akar umbi bersama penonton global. 

Festival ini akan mengubah stesen keretapi bersejarah Hua Lamphong serta kawasan kejiranan Talat Noi menjadi sebuah pusat yang meriah untuk pentas muzik Asia. 

Merangkumi pelbagai lokasi, para pengunjung festival akan menjadi antara yang pertama menyaksikan persembahan kurasi pelbagai genre oleh artis-artis baharu yang bernaung di bawah FAM, yang kebanyakannya melakukan kemunculan sulung di Bangkok. 

Persembahan City Showcases oleh FAM Bangkok yang menampilkan bakat serantau ini bakal membuka peluang kepada pencinta muzik untuk menemui bintang masa depan dalam industri, sementara artis antarabangsa akan menutup pesta hujung minggu itu dengan persembahan utama.

Road to FAM mencerminkan hubungan 150 tahun Levi’s® dengan muzik dan ekspresi diri, bermula daripada peranan jeans 501® dalam revolusi jazz dan hip-hop sehinggalah kepada simbolik ketahanan serta ketabahan para artis.

“Selama 150 tahun, Levi’s® dan 501® telah menjadi sebahagian daripada pergerakan muzik dan budaya di seluruh dunia. Road to FAM meneruskan legasi ini dengan menyerlahkan generasi baharu perintis kreatif dari Asia,” ujar Ketua Pegawai Pemasaran Levi’s®, Kenny Mitchell.

Barisan artis Road to FAM ini akan diketengahkan dalam dokumentari mini yang merungkai perjalanan, akar kreatif serta inspirasi budaya mereka. 

Siri dokumentari ini bertujuan untuk memperluaskan lagi pengaruh artis-artis ini ke peringkat global dengan memanfaatkan kepakaran kandungan asli 88rising serta komitmen berterusan Levi’s® terhadap aspek keaslian dan inovasi. 

Untuk maklumat lanjut tentang siri muzik ini, sila ikuti pautan link ini, http://levi.com.my/pages/road-to-fam. - Getaran, 13 Mei 2025

Berita Berkaitan

1

Muzik 2 hari yang lalu

SOUNDSTAGE Satukan NIDJI, Hujan Dan 3 Band Tempatan Dalam Konsert Rentas Sempadan

2

Muzik 1 minggu yang lalu

AJL40 Bawa Peminat Selami Dunia Muzik Menerusi Muzik Lab

3

Muzik 2 minggu yang lalu

Tiket AJL40 Tinggal 20 Peratus, Bahang Malam Muzik Paling Berprestij Negara Kian Memuncak

4

Muzik 4 minggu yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang