web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tonjolkan Bakat Anda Dengan Kempen LG Life’s Good

Ketahui dua projek kelolaan LG yang mungkin akan menarik minat anda, para seniman kreatif.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jun 2021 2:30PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setelah menerima sokongan hebat daripada orang ramai di seluruh dunia tahun lepas, jenama elektrik LG kini kembali dengan kempen 'Life’s Good' mereka buat kali kedua. LG ingin menyediakan platform yang dapat memberikan peluang kepada para kreatif muda untuk menonjolkan bakat dan kreativiti mereka di pentas global.

Apa yang menarik tahun ini, mereka mempunyai dua projek yang bakal berlangsung iaitu Projek Muzik Life’s Good dan Projek Filem Life’s Good. Projek muzik ini bertujuan untuk mencari bakat-bakat baharu dan memberi peluang kepada mereka untuk mengambil bahagian dalam penghasilan lagu tema 'Life’s Good' bagi tahun 2021. Bagi menyemarakkan lagi semangat para peserta, LG telah berkolaborasi bersama penyanyi, penulis dan penerbit muzik terkenal, Charlie Puth dalam melancarkan projek muzik ini.

"Bagi saya muzik sentiasa menjadi cara untuk mengekspresikan diri dan menjadi sumber penyembuh yang dapat menawar kesedihan atau kemarahan. Justeru itu, kempen ini memberi peluang kepada para penggiat seni untuk menunjukkan bakat dan kongsikan perasaan gembira dalam bentuk lagu. Seterusnya, ia juga dapat memberi pengalaman yang tidak ternilai dan mungkin dapat mengubahkan hidup mereka dalam industri muzik. 

“Mereka yang berminat hanya perlu menghantarkan demo asli berdasarkan melodi dan chorus lagu Life’s Good 2021 yang telah dihasilkan oleh saya. Jadi, saya berharap ramai mengambil peluang emas dan menyertai projek muzik ini. Tambahan pula, saya juga tidak sabar untuk melihat dan mendengar kiriman daripada semua peserta,” kata Charlie Puth.

Malahan, projek filem pula ingin mencabar para pembuat filem untuk menceritakan tentang saat atau tempat yang bermakna dalam bentuk rakaman visual. Ini adalah untuk meraikan kepelbagaian pengalaman dari setiap sudut pandangan melalui kisah unik atau inspirasi tersendiri. Jackson Tisi yang telah melancarkan projek filem ini bukan calang-calang orangnya bahkan telah memenangi anugerah ‘Young Director Award’ pada tahun 2020 bagi dokumentari pendeknya berjudul ‘LEON’. 

"Saya percaya kita semua mempunyai sesuatu yang istimewa dalam fikiran kita. Ia mungkin diinspirasikan oleh sesuatu tempat tertentu, ingatan atau pengalaman yang telah dialami. Jadi, apa salahnya untuk menyampaikan apa erti kehidupan dan kegembiraan pada kita dalam bentuk filem untuk ditonton oleh semua.” jelas Jackson Tisi.

Jika anda berminat dengan kempen Life's Good 2021, kami sarankan anda menjengguk laman media sosial mereka di Instagram dan Youtube untuk maklumat lebih lanjut mengenai penyertaan kempen ini. - Getaran, 9 Jun 2021.

Berita Berkaitan

1

TARA 2 tahun yang lalu

Skrin Televisyen Pintar Daripada LG Ini Berbaloi Dimiliki

2

Teknovasi 2 tahun yang lalu

5 Elemen TV OLED Dari LG Pasti Buat Anda Teruja!

3

TARA 3 tahun yang lalu

Perhatian Strimer! Monitor Gaming OLED Ultragear LG Tampil Dengan Rekaan Skrin Melengkung 45 Inci 

4

Semasa 3 tahun yang lalu

‘Letak TVET Bawah Satu Kementerian Bagi Memperkemas Dasar, Galak Bakat’ – Kula Segaran

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 3 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN