Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Tak Serik Kena Kecam, The Gadys Tampil Dengan Lagu Raya

The Gadys mahu lagu Cuti Raya ini menjadi antara lagu raya paling diminati tahun ini

Muzik Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 31 Mar 2024 8:32AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Walaupun dikecam hebat oleh warganet ekoran nyanyian sumbang dalam sebuah program televisyen, namun semangat The Gadys tidak sesekali luntur. Buktinya, kini mereka tampil dengan lagu raya baharu berjudul Cuti Raya bagi memeriahkan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal diraikan tidak lama lagi.

The Gadys dianggotai Aznie Azmi, Ayunie Rizal dan Thamiera Chan mahu lagu Cuti Raya ini menjadi antara lagu raya paling diminati tahun ini, seterusnya kekal evergreen.

“Lagu Cuti Raya adalah sebuah lagu yang boleh dikatakan sangat dekat dengan kehidupan harian semua orang yang bekerja. Ia adalah gambaran emosi dalam lirik lagu yang straightforward untuk menyatakan hasrat dan harapan untuk cuti beraya bersama-sama orang yang tersayang,” ujar Aznie.

Berkongsi lanjut, Aznie berkata, proses rakaman lagu Cuti Raya itu juga sangat menyeronokkan. 

“Proses rakaman lagu raya adalah antara proses yang sangat menyeronokkan, sebabnya ini kan lagu raya, pelbagai emosi yang boleh kita letak dalam setiap melodi dan nyanyian yang kita nyanyikan. Pada mulanya banyak juga lirik yang dicuba dan diubahsuai agar ia menepati situasi dan dekat di hati pendengar,” katanya.

Bagi Ayunie, bekerjasama dengan pelbagai pihak dalam penghasilan lagu Cuti Raya ini adalah satu lagi pengalaman berharga buat mereka.

 “Pengalaman yang kami lalui sangat seronok dan semuanya dipermudah.

“Setiap pihak memberi kerjasama yang baik. Semasa rakaman kami bersama-sama berkongsi idea untuk menjayakan lagu Cuti Raya ini. Kami sangat selesa bekerja dengan semua pihak semasa rakaman Cuti Raya ini dijalankan,” ujar Ayunie.

Menurutnya lagi, mereka berharap lagu Cuti Raya ini dapat diterima baik oleh semua peminat dan pendengar. 

“Kami berharap lagu baharu ini akan sentiasa mendapat tempat di kalangan pendengar setiap kali musim perayaan tiba. Moga lagu ini boleh memberi keceriaan sepanjang Syawal ini,” ujar Ayunie lagi.

Berkongsi tentang penggambaran video muzik, Thamiera pula berkata, penggambaran video muzik lagu ini dijayakan dengan baik hasil daripada kerjasama semua pihak.

“Alhamdulillah, penggambaran video muzik berjalan lancar. Walaupun perlu ke lokasi seawal jam 6.30 pagi, saya menikmati saat-saat itu dengan perasaan teruja. Kami sama-sama menyelesaikan bahagian masing-masing mengikut masa yang ditetapkan agar tugasan menjadi mudah dan tidak menjejaskan pihak lain,” ujar Thamiera.

Cuti Raya adalah ciptaan Ja’a, Mage dan Glowrush dan menampilkan Adib Hussin dan Glowrush selaku penerbit.

Ia kini boleh didengari di semua platform muzik digital seperti Spotify, Apple Music, KKBOX, Deezer dan YouTube Music. Jom layan video muzik Cuti Raya daripada The Gadys. - Getaran, 31 Mac 2024

Foto : Universal Music

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 bulan yang lalu

The Gadys Akui Koyak Dengan Kecaman Netizen, Tak Berani Baca Setiap Komen

2

Muzik 1 tahun yang lalu

The Gadys Beraksi Comel Dan Nakal Dalam Single Baharu  ‘Gelek Jambu’ 

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Dikecam Bersuara Sumbang, The Gadys Tak Goyah 

4

Muzik 2 tahun yang lalu

Ulasan Lagu Serantau Masa Kini

Sorotan

1

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

2

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

3

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

4

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

5

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

6

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Kolaborasi Astro-TikTok Anjur Edisi Terbaharu ‘TikTok LIVE Gimme The Mic’ Di Malaysia

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Filem & TV 1 hari yang lalu

Tiada Lelaki Itu 2, Erma Akui Tiada Untung Kerana Bayaran Pelakon Mahal 

Biarpun drama Lelaki Itu menerima capaian di media sosial sebanyak 1.13 bilion, namun Erma enggan menyambung drama itu untuk musim kedua

oleh Helmi Anuar

Muzik 9 minit yang lalu

Festival Muzik Banyak Bagus 2024 Gabungkan Barisan Artis Popular 4 Negara

Festival muzik ini menggabungkan barisan artis dari Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina

oleh Helmi Anuar

Selebriti 8 jam yang lalu

‘Saya Tak Faham Kenapa Marissa Seorang Yang Disalahkan, Dulu Saya Tak Pernah Salahkan Memey’ - Abby Abadi

oleh Helmi Anuar