web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


The Gadys Akui Koyak Dengan Kecaman Netizen, Tak Berani Baca Setiap Komen

Minta maaf dan terima kecaman dengan hati yang terbuka dan anggap sebagai nasihat

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Mar 2024 4:41PM

The Gadys

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Klip video nyanyian kumpulan The Gadys menyampaikan medley lagu Cintaku Sampai ke Ethopia, Cinta Sampai Mati serta Gadis dan Bunga pada sebuah acara hiburan baru-baru ini masih lagi diperkatakan ramai, biarpun sudah lebih dari seminggu berlalu. 

Bukan sedikit yang mengutuk dengan kata-kata kejam. Malah, ramai juga yang mempersoakan bagaimana kumpulan ini berpeluang menjadi artis rakaman. Tidak cukup dengan itu, ramai juga pencipta kandungan yang membuat video parodi menggunakan audio nyanyian The Gadys itu untuk meraih perhatian.

Lebih memburukkan keadaan apabila kumpulan yang terdiri daripada Aznie Azmi, Ayunie Rizal dan Thamiera Cahn ini memberi maklum balas yang agak beremosi apabila diminta mengulas oleh pihak media baru-baru ini. Mungkin kerana masih bertatih, The Gadys tersasar memberi jawapan yang kurang bijak. 

@astrogempak Tak baik cerca yang bukan bukan. Ada ke patut kata @thegadys jadi penyanyi pakai cabel? Haaa nak tahu apa jadi malam persembahan tu, korang kena stay tuned video penuh Lancang Bethol @thegadys malam ini di gempak.com ! Gempak Most Wanted 🗓️ Setiap Isnin hingga Jumaat ⏰ 11 malam 📺 Astro Ria dan Astro GO 📱 Undi calon fav di gempak.com/gempakmostwanted ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU. Alami pengalaman Astro Baharu dan strim #GempakMostWanted tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. PEK PRIMARY Astro hanya dari RM41.99/bln (JIMAT 30% – tawaran terhad dengan langganan auto-debit. Harga Asal: RM59.99). WhatsApp “GET ASTRO” ke 03-9543 3838. #LancangBethol #GempakMostWanted #GempakMostWanted2023 #GempakMostWantedShow #AstroBaharu #TakMacamDulu ♬ original sound - Gempak

Jelas mereka, vokal atau suara mereka baik-baik sahaja ketika sesi latihan, cuma pada hari persembahan, ianya tidak menjadi. Tidak terhenti di situ, salah seorang daripada mereka turut mengheret isu kesihatan mental. 

Memang benar ada benarnya jawapannya itu, namun cara atau penyampaiannya itu dipersoalkan kerana dianggap seolah-olah tidak betah menerima kritikan.

Terpukul dengan kecaman demi kecaman, The Gadys akhirnya mengakui terlalu beremosi ketika mengulas kepada pihak media. Perkara itu dikongsi ketika mereka ditemubual oleh portal Mstar pada Rabu lalu. 

Jelas Aznie, mereka tidak dapat mengawal emosi gara-gara kecaman hebat yang dibuat oleh netizen. Jelasnya, mereka juga adalah manusia biasa, jadi apabila terus-terusan dikecam, mereka terkesan.

“Kami manusia biasa memang ada perasaan, jadi bukannya berlagak tapi agak terasa dengan komen netizen, minta maaf kerana teremosi dalam percakapan kami.

“Kami terima kecaman dengan hati yang terbuka, kami ambil sebagai nasihat dan kami tahu tentang kekurangan dan kelemahan kami,” ujar Aznie kepada mStar.

Dalam pada itu The Gadys memberitahu mereka terkesan dengan kecaman netizen kerana kali pertama berlaku sepanjang berada dalam industri hiburan.

“Bila perkara ini jadi viral, saya tak berani nak baca komen-komen kerana sedih dan  ‘koyak’”, ulas Ayunie.

Dalam masa yang sama, Aznie memberitahu mereka sebenarnya sudah jangkakan perkara ini akan berlaku (mengundang kecaman), tetapi tak sangka ia hanya tular selepas seminggu membuat persembahan.

Terdahulu, wakil pengurusan The Gadys memaklumkan ketiga-tiga anggota kumpulan terbabit berdepan dengan kesilapan teknikal yang menjadi salah satu faktor yang mengganggu persembahan mereka pada hari berkenaan. - Getaran, 9 Mac 2024

Foto : The Gadys (IG)

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 minggu yang lalu

Pasya Yakin Pentas Bersama Search Luaskan Pengaruh Karier Solo

2

Selebriti 2 minggu yang lalu

'Comeback' Azar Azmi Raih Lebih 1 Juta Tontonan, Netizen Sebak Lihat Kemunculan Semula Selepas 7 Tahun

3

Selebriti 2 minggu yang lalu

Zynakal Tampil Dengan Single Terbaharu "NIAT”

4

Selebriti 4 minggu yang lalu

Dulu Kejar Populariti, Kini Cari Reda Ilahi - Mahmud Ali Bashah

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN