Berita Terkini

7 jam yang lalu: Penerbangan terus antara Kuala Lumpur-Tashkent mulai Julai ini 7 jam yang lalu: Peter Anthony tipu 4 individu termasuk Najib dapatkan kontrak di UMS - Hakim 8 jam yang lalu: Produk ‘Prime Kopi Pejuang 3 In 1’ boleh sebabkan pengambilan 'dos berlebihan' Tadalafil 8 jam yang lalu: Untung bersih suku pertama Petron Malaysia naik kepada RM106.4 juta 9 jam yang lalu: 'Health Alert monkeypox’ akan dilaksanakan menerusi aplikasi MySejahtera mulai esok - Khairy

IKUTI KAMI


Ulasan Lagu Serantau Masa Kini

Pengarang Gaya Hidup & Hiburan Getaran, berkongsi ulasannya tentang lagu-lagu pop terbaharu yang dikeluarkan oleh penyanyi Malaysia dan negara-negara jiran terdekat setiap minggu. Mari kita singkap lima lagu pilihannya minggu ini.

Muzik Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 20 Apr 2022 11:06AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Erti Lebaran - Syamel

 

Dengan mood hari raya Aidilfitri yang semakin dekat, kita mulakan ulasan lagu minggu ini dengan sebuah lagu raya dendangan Syamel yang juga pencipta dan penulis karya ini. Menyulamkan unsur-unsur muzik tradisional ke dalam lagu, 'Erti Lebaran' ada potensi untuk menjadi lagu raya yang akan kerap dimainkan setiap musim raya. Berkat melodi serta penyampaiannya yang syahdu, ia mampu menghidupkan suasana hiba dan rindu di Aidilfitri. Walaupun korusnya seperti sedikit tenggelam bersama verse lagunya yang lain, ia masih ada segala unsur yang diperlukan untuk sesebuah lagu raya Melayu. Semoga lagu ini masih mampu diingati dan dimainkan di corong radio pada musim hari raya yang akan datang. 

Gadys Raya – The Gadys

  

Kumpulan baharu bernama The Gadys ini telah mencuri perhatian di dunia maya sejak lagunya dilancarkan minggu lalu. Ada komen positif dan sudah tentu ada yang berpendapat sebaliknya juga. Namun sejujurnya dari aspek muzik, pada saya lagu ini menghiburkan. Dan tujuan lagu sememangnya untuk menghibur, oleh itu karya ini telah berjaya memenuhi syarat tersebut. Dicipta dan ditulis oleh Romeo, Glow Rush, Nick Ariff, serta Acap Salim, 'Gadys Raya' mempertaruhkan irama yang rancak selain hook yang sedap di korus untuk membekas di telinga pendengar. Sungguhpun vokal kumpulan ini tidaklah sehebat beberapa penyanyi tersohor yang lain, namun ia cukup untuk membuat lagu ini menjadi siulan, khasnya anak-anak muda masa kini. 

Pencarianku – Aisha Retno

     

Saya tidak terhitung berapa kali telah saya ulangi lagu ini di telefon pintar dan di dalam kereta saya kerana terlalu menyukainya. Pada saya ini adalah karya terbaik Aisha Retno sejak dia mula memasuki industri muzik tempatan dan boleh menjadi lagu yang akan mengangkat namanya ke aras yang lebih tinggi dalam dunia seni suara. Nama Aisha yang semakin meningkat naik sejak muncul di pelbagai rancangan realiti kini harus dibanggakan, apatah lagi dengan karya yang sangat berkualiti ini. Menyerlah daripada balada Melayu lain yang kerap kita dengari di radio, 'Pencarianku' ada nuansa lagu Indonesia namun indentiti muziknya masih Malaysia berkat ciptaan penuh komposer berbakat Sharon Paul bersama Aisha sendiri. Aisha membuka lagu dengan perlahan sebelum sedikit demi sedikit membina momentum irama sehingga korus kedua dan bahagian bridge yang seperti dinanti-natikan oleh Aisha untuk melontarkan kehebatan vokalnya yang tidak perlu dipertikaikan lagi. Dengan lirik yang menyentuh hati dan mampu membuat kita terbuai seketika, 'Pencarianku' adalah lagu yang dicari-cari untuk melonjakkan nama Aisha Retno selama ini. Semoga lagu ini diberi putaran radio selayaknya kerana pada saya ia mampu mengubah status Aisha menjadi antara penyanyi generasi baharu terbaik di Malaysia dewasa ini. Syabas Aisha dan Sharon!

Suka Duka Raya – Izat Ibrahim

Seperti di Malaysia, suasana Aidilfitri sudah mula terasa dan tidak terkecuali komuniti Melayu Muslim di Singapura juga sudah mula membuat persiapan dengan bulan Ramadan yang semakin hampir ke penghujungnya. Jadi kehadiran karya dari seberang tambak yang berjudul 'Suka Duka Raya' ini sangat sesuai dengan waktu. Dinyanyikan oleh Izat Ibrahim, lagu ini cukup menghiburkan berkat susunan serta gubahan muziknya yang sangat moden serta mengasyikkan. Dicipta oleh Izat sendiri bersama Mohamed Razil Bin Mohamed Noor, Kazhendra Kaz Kazan dengan lirik oleh Razli juga, lagu ini mampu menjadi salah satu lagu raya moden yang berpeluang meraih peminatnya tersendiri. Biarpun lagu-lagu raya klasik akan sentiasa mendapat tempat di kalangan pencinta muzik namun ada beberapa lagu raya moden yang mampu membekas di hati. Dan pada saya, ini salah satu lagu yang dimaksudkan. Rentaknya yang rancak dan korusnya yang sangat mudah diolah dengan begitu bijak oleh penciptanya dan suntikan suara merdu penyanyinya menjadikannya lebih hebat lagi. Saya yakin jika lagu ini mendapat putaran radio di Malaysia dan Brunei ia pasti bakal disukai ramai! 

Sayap Kecilku  – Sabrina Eelini 

Dari Brunei Darussalam minggu ini, saya memilih lagu berjudul Sayap Kecilku dendangan Sabrina Eelini. Ia merupakan sebuah balada pop Melayu yang mudah dan ringkas. Sesuai dengan vokal Sabrina yang merdu lagu ini memberi peluang kepada Sabrina untuk bermain sedikit dengan warna vokalnya yang luas. Walau bagaimanapun, secara peribadi, dari segi karya saya rasa lagu ciptaan penuh EE Studio ini agak susah untuk bersaing dengan lagu-lagu pop Melayu Brunei lain kerana banyak karya muzik Brunei menampilkan susunan serta gubahan muzik yang lebih bagus serta progresif.  Jadi untuk menyerlahkan bakatnya ke tahap yang lebih jauh, saya rasa Sabrina perlu tampil dengan lagu yang lebih kontemporari di masa hadapan.  Sungguhpun begitu, ini satu percubaan awal untuk Sabrina dan semoga projek-projeknya selepas ini lebih mantap dan berkualiti. - Getaran, 20 April 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 18 jam yang lalu

Dikecam Bersuara Sumbang, The Gadys Tak Goyah 

2

TARA 1 bulan yang lalu

2022 Meriah Dengan Pelbagai Lagu Raya Baharu

3

Muzik 1 bulan yang lalu

Belum Debut, The Gadys Kaut 1 Juta ‘Likes’ di TikTok

4

Muzik 1 bulan yang lalu

Ulasan Lagu Serantau Masa Kini

Sorotan

1

Zuraida Patut Lepaskan Kerusi Parlimen Ampang Juga - Fahmi Fadzil

2

Malaysia Airlines Mula Penerbangan Pertama Dari Kuala Lumpur Ke Doha

3

Letupan Bom Di Tak Bai: 3 Sukarelawan Polis Marin Cedera

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Ulasan Lagu Serantau Masa Kini

oleh Shah Shamshiri

Selebriti 14 jam yang lalu

Ramai Mahu Normala Samsudin Kembali Di Buletin Utama 

Ciapan tentang kemunculan barisan penyampai berita legenda di Buletin Utama seperti Zakiah Anas, Azmi Aziz dan Nurfarahin Jamsari menarik perhatian netizen. 

oleh Ellyna Ali

Selebriti 1 hari yang lalu

Netizen Persoal Kehadiran Jovian Mandagie Bersama PM Di Jepun

Netizen terlihat kelibat pereka fesyen terkenal iaitu Jovian Mandagie yang juga menantu kepada Perdana Menteri sewaktu kunjungan beliau ke Jepun lantas menjadi...

oleh Wartawan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Air Mata Bella Astilah Tumpah, Kisah Anak Pengemis Sampah Di Sandakan Wujud! 

oleh Ellyna Ali