web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Wings Jual Tiket Harga ‘Rahmah’, Hargai Sokongan Peminat

Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur Chapter dijual pada harga yang mampu dibeli oleh para peminat yang selama ini mengangkat Wings sebagai sebuah jenama

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Nov 2023 10:53PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tahun ini menyaksikan satu demi satu nama besar dalam industri muzik tanahair mengadakan konsert demi mengubat kerinduan peminat yang ingin berlagu bersama. Ratu Rock, Ella meraih kenangan cukup manis pada penganjuran Konsert Jilid Akhir: Ella Puteri Kota yang menggegarkan Spice Arena, Pulau Pinang pada Sabtu lalu.

Kini, tiba giliran peminat kumpulan Wings pula untuk bertemu mata dengan kumpulan kesayangan. Pada Selasa, Wings telah mengumumkan bahawa mereka bakal beraksi dalam sebuah konsert yang dinamakan ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur Chapter’ pada 16 Disember hadapan, bertempat di di Stadium Malawati Shah Alam.

Selepas mencipta kejayaan di pentas The Star Theatre , Singapura 29 Julai lalu,  Wings kini bersedia untuk membawa aura sama demi meraikan peminat yang tidak pernah jemu menyokong perjalanan karier mereka sejak ditubuhkan 38 tahun lalu.

Berpaksikan peminat adalah segala-galanya, Wings dan pihak penganjur bersetuju menjual tiket pada harga mampu milik, sebagai tanda penghargaan buat mereka yang selama ini mengangkat Wings sebagai sebuah ‘jenama’.  Lebih menarik, ini adalah antara konsert Wings yang memberikan harga tiket yang rendah berbanding siri konsert sebelumnya.

Bukan hanya penawaran tiket harga ‘rahmah’, tetapi penganjur turut memberi peluang kepada ibu bapa membawa anak-anak mereka yang berusia 7 tahun ke atas (dengan tiket) dan memberikan diskaun 10 peratus bagi pemegang kad OKU dan pemegang kad pelajar.

Dalam pada itu, vokalis Wings, Awie turut mengulas tentang keputusannya untuk mengadakan konsert ketika konflik Israel – Gaza sedang memuncak.

Jelas lelaki berusia 54 tahun ini, dia sedar pengumuman tentang konsert ini pasti akan mengundang pelbagai reaksi, termasuklah yang menganggap Wings tidak sensitif dengan situasi semasa iaitu peperangan di Gaza.

“Sebagai anak seni, kami perlu meneruskan kerjaya kerana ini adalah periuk nasi. Kalau tiada konsert, nak makan apa? Kami juga ada keluarga yang perlu disara. Jadi konsert ini perlu diteruskan,” ujar Awie.

Bagaimanapun, Awie turut memaklumkan Wings akan turut mengadakan satu acara solidariti buat Palestin iaitu pada 13 November hadapan. Jelas Awie, penganjuran acara ini dirancang sebagai tanda sokongan terhadap masyarakat Islam di Palestin.

“Konsert adalah acara untuk kami mencari makan untuk meneruskan kehidupan, manakala solidariti ini adalah cara kami tunjukkan sokongan kepada Palestin,” ulas Awie. 

Peminat yang ingin mendapatkan konsert boleh membuat pembelian di https://wings.ubertickets.asia. Tiket-tiket dijual pada harga di antara RM95 hingga RM455. - Getaran, 1 November 2023

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 hari yang lalu

"For You Nourul" Bukti Pesona, Vokal Masih Berbisa Selepas 3 Dekad

2

Muzik 2 minggu yang lalu

Aqasha, Aisha Retno, Mila Mohsin Barisan Utama Puteri Gunung Ledang The Musical

3

Muzik 3 minggu yang lalu

4 Dekad Fauziah Latiff: Kembara Kejujuran, Nostalgia Malar Segar

4

Muzik 3 minggu yang lalu

Jom Bawa Keluarga Sertai MPO Terokai Pengembaraan Muzik Yang Luar Biasa Pada 23 Mei

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

"For You Nourul" Bukti Pesona, Vokal Masih Berbisa Selepas 3 Dekad

Filem & TV 1 jam yang lalu

Bawa 'Kata Hati' Ke Layar Perak, Pengarah Mahu Cipta Semula Magis Romantik Komedi

Dibintangi barisan pelakon baharu dan berpengalaman seperti Nia Atasha, Yusuf Hashim, Faziq Mugris dan Scha Al-Yahya, Kisah Hati berkisar tentang konflik cinta...