web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bendera Palestin Berkibar Di Konsert Ratu Rock, Ella

Sebanyak RM30,000 berjaya dikutip untuk disalurkan kepada rakyat Palestin menerusi Tabung Cinta Gaza Malaysia

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Oct 2023 9:10AM

gambar Hitman Solutions

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Konsert Jilid Akhir: Ella Puteri Kota yang menggegarkan Spice Arena, Pulau Pinang pada Sabtu lalu menyaksikan sejarah manis tercipta buat Ratu Rock, Ella apabila dia berjaya ‘mengumpan’ ribuan peminatnya untuk sama-sama menghulurkan bantuan kepada rakyat Palestin.

Sumbangan RM30,000 berjaya dikumpulkan untuk diserahkan kepada Tabung Cinta Gaza Malaysia dan ia cukup membanggakan kerana berjaya dikumpul dalam masa yang singkat.

Jelas Ella, dia berasa terkejut dan tidak menyangka dapat mengumpul derma sebanyak itu untuk didermakan kepada rakyat Palestin.

‘Alhamdulillah, kita dapat melakukan sesuatu untuk rakyat Palestin. Ella sendiri tidak sangka dapat mengumpulkan sejumlah wang yang agak besar untuk tabung bantuan ini. Saya kelu, apabila dimaklumkan mengenai jumlah wang ini tadi. Terima kasih kepada semua yang menyokong,” ujar Ella ketika ditemui pihak media usai konsert.

Pada masa sama, Ella tidak menafikan yang dia dan penganjur gusar pandangan orang ramai mengenai jadual konsert itu memandangkan ketika ini rakyat Palestin sedang berduka.

“Kebimbangan itu ada, tetapi kami mengambil keputusan untuk meneruskannya dan sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin kami buat kutipan dana ini.

“Apabila konflik ini berlaku, Ella cuba memikirkan cara untuk membantu mereka (rakyat Palestin), dan Ella rasa ini adalah salah satu cara untuk hulurkan bantuan dan tunjukkan kasih-sayang kita kepada mereka.

"Ella juga perlu laksanakan tanggungjawab kepada peminat yang telah membeli tiket,” ulas Ella.

Pada konsert tiga jam itu, peminat Ella bukan sahaja asyik terbuai dengan seleksi lagu-lagu popular nyanyiannya, namun hati peminat turut dijentik dengan beberapa segmen yang didedikasikan kepada rakyat Palestin, bertujuan untuk meniup semangat peminat yang hadir supaya tidak berhenti berdoa.

Bahkan, suami Ella, Kapten Azhar Husaini Ghazali turut tampil ke pentas mengajak peminat untuk sama-sama mendoakan kesejahteraan rakyat Palestin.

Laungan ‘Allahuakbar’ juga bergema di seluruh Spice Area apabila Azhar melaungkan kata-kata ‘From the river to sea, Palestin will be free’ yang kemudiannya disambut oleh 14,000 peminat yang membanjiri konsert itu.

Jujur penulis katakan, semangat yang dipamerkan oleh rakyat Malaysia cukup luar biasa. Biarpun hadir untuk bertemu dengan penyanyi kesayangan mereka, namun peminat Ella tidak pernah melupakan saudara Islam di Palestin.

Kaunter jualan T-Shirt Edisi Khas Solidariti Palestin di luar dewan juga sesak dengan peminat yang tidak mahu ketinggalan menyumbang.

Seperti konsertnya di Kuala Lumpur tempoh hari, Ellla sekali lagi tampil cemerlang di Pulau Pinang. Usia bukanlah penghalang Ratu Rock ini memberikan satu persembahan yang cukup bertenaga.

Pentas 360 darjah berjaya ditakluki pada setiap sudut. Seperti biasa, Ella juga berjaya mencuit hati peminat setiap kali dia menyapa dan berkongsi cerita.

Ella adalah Ella. Tidak pernah berubah perwatakkannya. Dulu, kini dan mungkin selamanya! Ella tampil membuka tirai konsert dalam busana serba putih membawa bendera Palestin, tanda

solidariti terhadap rakyat Palestin.

Dalam nada tenang penuh keprihatinan, Ella menyeru semua yang hadir untuk sama-sama membacakan Al-Fatihah untuk disedekahkan buat penduduk di bumi Gaza.

“Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah dan berdoa buat saudara kita yang terkorban dan sedang bergelut dengan konflik peperangan di sana, Free Palestine!” ucap Ella.

Lebih 30 buah lagu didendangkan, antaranya yang menjadi siulan ramai adalah Ala Amerika, Pengemis Cinta, Sembilu, Sepi Kekuntum Mawar Merah, Esok Lusa Selamanya, Kitalah Bintang, Layar Impian dan Standing In The Eyes.

Awie turut naik ke pentas sebagai kejutan istimewa. Selain berduet dengan Ella menerusi lagu Baldu Biru, vokalis Wing ini juga menyampaikan lagu Penjara Misteri.

Konsert ‘Jilid Akhir: Ella Puteri Kota’ edisi Pulau Pinang dibawakan khas oleh Hitman Solutions dengan kolaborasi bersama syarikat pengurusan Ella, RockQueen. - Getaran, 31 Oktober 2023

@getaranmy Suasana ribuan peminat Konsert Jilid Akhir: Ratu Rock Ella Puteri menunjukkan semangat untuk menghulurkan bantuan kepada rakyat Palestin ketika melayari konsert. Jumlah sumbangan yang berjaya dikumpul sebanyak RM30,000. #GetaranMY | #Semasa | #PalestineWillBeFree | #FreePalestine | #Allahuakbar | #alaqsaunderattack | #humanity | #wewantpeace I #stopgazagenocide | #freegaza?? ♬ original sound - Getaran

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 minggu yang lalu

X50 Bertembung Lori ‘Tipper’, 6 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Konflik Rumah Tangga Bertukar Tragedi, Lelaki Rohingya Maut Ditikam

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Kebakaran Pusat Hiburan, Pasukan Bomba Masih Jalan Kerja "Overhaul" Di Lokasi

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Konsert Rumah Hati Terima Sambutan Hangat, 80 Peratus Tiket Sudah Terjual

oleh Sophia Ahmad

Filem & TV 16 jam yang lalu

Big Stage X Rocketfuel, Platform Bakat Baharu Dengan Tawaran Kontrak RM200,000

Tiga peserta terbaik akan menerima Rocketfuel Artist Development Contract bernilai sehingga RM200,000 yang merangkumi penghasilan single dan video muzik.

oleh Rahayu MN