Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Anugerah MTV Dibatalkan, Hormati Situasi Di Gaza

Majlis anugerah berprestij itu dijangka kembali bertemu peminat pada November tahun depan

Muzik Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 20 Oct 2023 5:25PM

Anggota kumpulan BTS, Jungkok dijangka membuat persembahan pada Anugerah MTV 2023 di Paris, November ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Anugerah muzik berprestij, MTV EMA 2023 yang bakal berlangsung di Paris pada November ini dibatalkan. Penganjur ketika mengumumkan keputusan itu menjelaskan, pembatalan itu dibuat bagi menghormati situasi semasa di Gaza membabitkan perang antara tentera Israel dan rakyat Palestin.

“Anugerah Muzik Eropah MTV telah dibatalkan kerana ‘peristiwa yang dahsyat’ di  Gaza.

“Berikutan ketidaktentuan ini,  kami membuat keputusan untuk tidak meneruskan (penganjurannya),” umum pihak penganjur dalam satu kenyataan media.

Menurut penganjur, perang di Gaza telah mengakibatkan ribuan nyawa terkorban termasuk wanita dan kanak-kanak.

Justeru, katanya, amat wajar untuk masyarakat antarabangsa berkabung bagi melahirkan rasa simpati terhadap nasib kesemua mangsa yang terkorban dan cedera.

“Kami juga perlu mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan ribuan pekerja, artis, peminat dan rakan kongsi yang mengembara dari seluruh dunia bagi menjayakan acara ini,” tambah kenyataan itu lagi.

Anugerah MTV yang sepatutnya berlangsung di Paris pada 5 November ini bakal menyaksikan persembahan artis popular antarabangsa seperti Jung Kook BTS dan Leigh-Anne, Doja Cat, Miley Cyrus, Olivia Rodrigo, SZA, Taylor Swift dan Nicki Minaj.

Swift adalah artis yang mendahului senarai pencalonan tahun ini dengan tujuh pencalonan, termasuk bagi kategori lagu terbaik dan video terbaik menerusi lagu hitnya Anti-Hero.

Anugerah MTV yang dianjurkan sejak 1994, bakal diadakan semula pada November 2024. – Getaran, 20 Oktober 2023

Berita Berkaitan

1

Muzik 6 bulan yang lalu

Jelajah Album Sulung Sid Sriram Di Malaysia November Ini

2

TARA 11 bulan yang lalu

'Main Puteri' Dipentaskan Di Festival De I'Imaginaire, Paris Pada 7 Jun

3

Selebriti 11 bulan yang lalu

Jennie Blackpink Dan V BTS dirakamkan Berpegangan Tangan Di Paris, Peminat Ucap Tahniah

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Sukan Olimpik: Malaysia Tetap Hantar Kontinjen Ke Paris

Sorotan

1

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

2

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

3

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

4

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

5

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

6

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Kenyataan Undang Kemarahan Warga Singapura, Erma Fatima Mohon Maaf

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Filem & TV 23 jam yang lalu

Tiada Lelaki Itu 2, Erma Akui Tiada Untung Kerana Bayaran Pelakon Mahal 

Biarpun drama Lelaki Itu menerima capaian di media sosial sebanyak 1.13 bilion, namun Erma enggan menyambung drama itu untuk musim kedua

oleh Helmi Anuar

Filem & TV 8 jam yang lalu

Kolaborasi Astro-TikTok Anjur Edisi Terbaharu ‘TikTok LIVE Gimme The Mic’ Di Malaysia

Uji bakat pencarian pencipta kandungan muzik dan bakat baharu bermula 7 Mei di TikTok LIVE

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 12 jam yang lalu

Atta Halilintar Kongsi Kenangan Jual Kad SIM Di Central Market

oleh Helmi Anuar