web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jelajah Album Sulung Sid Sriram Di Malaysia November Ini

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Oct 2023 8:49PM

Poster konsert Sid Sriram yang dikongsi menerusi FB Good Vibes Festival

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penyanyi latar India, Sidharth Sriram, yang lebih dikenali sebagai Sid Sriram akan memukau penonton sekali lagi di Malaysia pada November ini dengan mempersembahkan trek dari album sulungnya yang baharu sahaja dikeluarkan, Sidharth.

Dipersembahkan oleh Good Vibes Presents dengan kerjasama Pinkfish Live, konsert bertajuk 'Sid Sriram Presents Sidharth' itu dijadualkan berlangsung di Jiospace, Lot 1, Jalan 19/1b, Seksyen 19, 46300 Petaling Jaya, Selangor, pada jam 8 malam 29 November ini.

Sidharth yang dikeluarkan di bawah naungan Def Jam Recordings pada akhir Ogos, adalah projek yang bergelut dengan identiti, ditampilkan melalui nyanyian emosional Sid Sriram dan produksi inovatif.

Album itu menampilkan genre seperti Rhythm and Blues (R&B), rock indie dan Pop Amerika, yang mempengaruhi kehidupan beliau sebagai seorang migran di Fremont, California, Amerika Syarikat pada tahun 1990-an dan sekitar tahun 2000.

Menurut kenyataan yang disediakan kepada Bernama oleh Good Vibes Presents dan Pinkfish Live, proses penghasilan album itu adalah satu yang lain daripada karya terdahulu Sid Sriram, dengan pembaharuan ketara adalah penyampaian nyanyiannya dalam bahasa Inggeris.

“Malaysia akan menjadi antara destinasi awal untuk The Sidharth World Tour, yang akan meliputi persembahan di seluruh Asia, Amerika Utara, UK dan Eropah, ” katanya. 

Konsert-konsert Sid Sriram telah mendapat pujian kerana kualiti yang luar biasa, dengan persembahan terbaharu di venue seperti Wembley Arena di London, The Roxy Theatre di Los Angeles dan jelajah AS baru-baru ini yang menyokong Bon Iver.

Konsertnya yang habis terjual di Axiata Arena, Bukit Jalil, awal bulan ini bukan sahaja satu persembahan yang menakjubkan tetapi juga bukti kepada bakat vokal penyanyi yang mengagumkan itu. 

Tiket-tiket untuk konsert itu boleh dibeli mulai pukul 11 pagi hari ini (19 Oktober) di www.gvpresents.com dan www.pinkfishfestival.com. Harga tiket ditetapkan pada RM250 untuk tempat duduk di barisan hadapan dan RM170 untuk tempat duduk biasa. Semua harga tiket tertakluk kepada bayaran tiket sebanyak tiga peratus. BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 tahun yang lalu

Tiket Konsert Violet Skies: Dato' Sri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars Masih Boleh Dibeli

2

Muzik 1 tahun yang lalu

Michael Learns To Rock Buai Perasaan Lebih 5,000 Peminat

3

Muzik 1 tahun yang lalu

5 Kumpulan AKB48 Berjaya Himpun Lebih 2,000 Peminat Pada Konsert Pertama Di Malaysia

4

Muzik 1 tahun yang lalu

Ella Memukau, Kini Siap Sedia Terbang ke Singapura

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa