web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


'Main Puteri' Dipentaskan Di Festival De I'Imaginaire, Paris Pada 7 Jun

Persembahan yang akan berlangsung di Theatre de I'Alliance Francaise, Paris itu dibawakan sebuah pertubuhan pelestarian seni budaya warisan Malaysia iaitu PUSAKA selepas menerima undangan pertubuhan Maison des Cultures du Monde.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jun 2023 4:22PM

Che Mohd Zailani bin Che Moh (dua dari kanan) dan Eddin Khoo (kanan) pada sidang media PUSAKA Membawa Main Puteri Kelantan ke Festival de l'Imaginaire, Paris di Universiti Malaya. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seni persembahan tradisional dari Kelantan, Main Puteri atau Main Teri akan mengadakan pementasan di Festival de I'Imaginaire di Paris, Perancis pada 7 Jun ini.

Persembahan yang akan berlangsung di Theatre de I'Alliance Francaise, Paris itu dibawakan sebuah pertubuhan pelestarian seni budaya warisan Malaysia iaitu PUSAKA selepas menerima undangan pertubuhan Maison des Cultures du Monde.

Pengasas PUSAKA, Eddin Khoo berkata persembahan itu menjadi platform terbaik untuk menyerlahkan lagi bakat seniman dalam bidang kebudayaan dan kesenian di persada antarabangsa.

"Ini adalah kali kedua kami (PUSAKA) dijemput untuk membuat persembahan di sana selepas kejayaan persembahan seni tradisional Makyong, Menora dan Wayang Kulit pada 2007.

"Kami berbangga dan berbesar hati diberi peluang untuk mementaskan Main Puteri dalam satu festival yang terkemuka dalam usaha mengangkat martabat dan memperkasakan seni tradisional (tanah air) di luar negara," katanya dalam sidang media mengenai program berkenaan, di sini.

Festival de I'Imaginaire, diasaskan pada 1997 oleh Maison des Cultures du Monde, menawarkan pentas kepada rakyat dan tamadun dunia kontemporari dan bentuk ekspresi yang langka dan luar biasa, menyumbang kepada dialog antara tamadun, kerjasama antarabangsa dan memelihara kepelbagaian budaya.

Eddin berkata program itu akan menampilkan adiguru seni Main Puteri iaitu Che Mohd Zailani Che Moh atau terkenal dengan gelaran Pok Mat Jedok, Mohd Noor Arifin (Pok Jue) dan Ahmad Shaifuldin Jusoh (Din Puteri) serta barisan pemuzik bakat muda dari Kelantan seperti Kimi Anak Limbat (pemain rebab), Syakil Yusof (pemain serunai) dan Alang Rebanamas (pemain gendang).

"Setiap adiguru ini mempunyai gaya persembahan yang berbeza melalui pendekatan masing-masing, yang pastinya akan menarik minat penonton," katanya dan menambah program itu turut mendapat sokongan Kedutaan Besar Malaysia di Paris, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara dan MyCreative Ventures.

Pada masa sama, Eddin berkata PUSAKA dan Asia Society France berkolaborasi dengan Kedutaan Besar Malaysia bagi menganjurkan program Temu Budaya: A Cultural Soiree di Rumah Malaysia, Paris pada 8 Jun.

"Program bual bicara ini akan menampilkan pemuzik tradisional dan penggiat Silat Jawi Kelantan (untuk) mempromosikan dan melestarikan warisan tidak ketara di Malaysia serta bakal dirasmikan Duta Besar Malaysia di Paris, Datuk Mohd Zamruni Khalid," katanya.

Beliau berkata PUSAKA juga akan mendokumentasikan program berkenaan dalam bentuk audio visual yang akan disunting menjadi sebuah filem pendek untuk siaran awam.

"Rakaman itu akan merangkumi latihan di Kelantan, perjalanan ke Paris, persembahan di Festival de I'Imaginaire dan bual bicara di Temu Budaya serta aktiviti di sebalik tabir," katanya. - Bernama

Isu Pada

Ahirine Ahirudin: Namanya Semakin Panas!

03 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Muzik 2 tahun yang lalu

Anugerah MTV Dibatalkan, Hormati Situasi Di Gaza

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

Jennie Blackpink Dan V BTS dirakamkan Berpegangan Tangan Di Paris, Peminat Ucap Tahniah

3

TARA 3 tahun yang lalu

Penglipurlara Awang Batil Dari Perlis Buat Persembahan 3 Hari Di Singapura Mulai 19 Mei

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Sukan Olimpik: Malaysia Tetap Hantar Kontinjen Ke Paris

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini