web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sukan Olimpik: Malaysia Tetap Hantar Kontinjen Ke Paris

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Apr 2023 3:21PM

Hannah Yeoh - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Malaysia tetap menghantar kontinjen ke Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis dalam misi memburu emas sulung negara walaupun beberapa negara mahu memboikot penganjuran temasya sukan terbesar dunia itu.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata keputusan Jawatankuasa Road to Gold (RTG) itu selaras dengan ketetapan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) yang tidak mahu membawa sebarang isu politik ke dalam sukan.

“Saya tak boleh mengulas mengenai negara lain tapi seperti saya katakan, kita berpegang kepada apa yang telah diputuskan oleh jawatankuasa RTG,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Hannah percaya atlet negara akan memberikan aksi terbaik sekali gus mencerahkan peluang Malaysia meraih pingat.

Beberapa negara termasuk Amerika Syarikat, Jerman dan Australia dilaporkan memboikot Sukan Olimpik 2024 susulan keputusan IOC membenarkan penyertaan atlet Rusia dan Belarus di Paris nanti. 

Dalam perkembangan lain, Hannah berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan jaguh badminton profesional lelaki negara, Lee Zii Jia esok bagi mendengar segala permasalahan dihadapi susulan prestasi tidak menentu pemain keempat dunia itu sejak kebelakangan ini.

Sambil mengakui harapan diletakkan rakyat kepada  Zii Jia sangat tinggi, Hannah juga membidas lambakan laporan media terhadap pemain berusia 25 tahun itu yang disifatkannya tidak sihat.

Hannah berkata barisan pemain profesional memerlukan sokongan jitu semua pihak dan segala keperluan ditagih mereka termasuk dalam program RTG juga berbeza antara satu sama lain, maka ruang sentiasa terbuka untuk atlet berjumpa dengannya.

“Mereka boleh WhatsApp dan beritahu kita, tidak perlu mesyuarat rasmi kerana ini boleh menjadi penghalang kerana mereka perlu tunggu mesyuarat baru boleh bincang.

“Komunikasi secara terbuka ini yang kita mahu ada dengan atlet kita kerana pada akhirnya yang masuk gelanggang adalah atlet kita,” katanya.

Selain Zii Jia, lima lagi wakil badminton tersenarai dalam program RTG antaranya beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik; beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M. Thinaah dan tiga gandingan profesional iaitu Tan Kian Meng-Lai Pei Jing (campuran); Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie (campuran) serta Ong Yew Sin-Teo Ee Yi (lelaki).

Baki senarai calon atlet terlibat dalam program RTG adalah jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang dan rakan sepasukannya, Muhammad Shah Firdaus Sahrom serta dua lagi wakil dari sukan terjun iaitu Datuk Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Isu Jin Wei: ‘Coach’ Nova Ada Komitmen Lain - Hannah Yeoh

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Berdiam Diri Kerana Tak Mahu Ganggu Siasatan, Hannah Yeoh Sambut Baik Siasatan SPRM

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Exco Kedah Puji Profesionalisme, Sikap Terbuka Hannah Yeoh

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 18 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar