web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jennie Blackpink Dan V BTS dirakamkan Berpegangan Tangan Di Paris, Peminat Ucap Tahniah

Hubungan cinta antara V dan Jennie kembali hangat diperkatakan apabila ada video yang ditularkan yang menunjukkan V dan Jennie berpegangan tangan di Paris.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 May 2023 9:23PM

Spekulasi Hubungan V dan Jennie kembali hangat diperkatakan selepas gambar berpegangan tangan dirakamkan di Paris. - Gambar dari www.koreaboo.com

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tahun lepas, kecoh apabila V dari Jennie BLACKPINK dkatakan mempunyai hubungan cinta malah gambar-gambar intim mereka telah dikongsi oleh pengguna Telegram iaitu Gurumiharibo.

Situasi ini juga menyebabkan YG Entertainment terpaksa memberikan amaran akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang terbabit.

Bagaimanapun, baru-baru ini, isu hubungan cinta itu kembali hangat diperkatakan apabila ada video yang ditularkan yang menunjukkan V dan Jennie berpegangan tangan di Paris, lapor koreaboo.com.

Pada 15 Mei lalu, V dilihat berlepas dari Lapangan Terbang Incheon untuk ke Paris manakala Jennie juga dilaporkan berada di Paris bagi menghadiri Festival Filem Cannes ke-76. 

Dalam video yang ditularkan itu ia menunjukkan dua selebriti tersebut berpegangan tangan ketika berjalan-jalan di sekitar Paris.

Mereka dirakamkan menikmati perjalanan tersebut dan turut serta adalah pengurus masing-masing.

Sementara video lain pula memaparkan dua-dua idol itu memasuki sebuah van.

Setakat ini, YG Entertainment dan HYBE belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dakwaan terbabit.

Namun dengan penyebaran video tersebut, ia seolah-olah mengesahkan spekulasi mengenai hubungan kedua-duanya.

Video tersebut kini menjadi tular di kalangan komuniti dalam talian di Korea dan rata-rata netizen mengalu-alukannya serta merakamkan tahniah kepada pasangan terbabit. - Getaran, 18 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Muzik 2 tahun yang lalu

Anugerah MTV Dibatalkan, Hormati Situasi Di Gaza

2

TARA 3 tahun yang lalu

'Main Puteri' Dipentaskan Di Festival De I'Imaginaire, Paris Pada 7 Jun

3

Sukan 3 tahun yang lalu

Sukan Olimpik: Malaysia Tetap Hantar Kontinjen Ke Paris

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Pakaian Ketat Dan Sendat Ameera Khan Jadi Perhatian Netizen, Ada Yang Minta Jadi Model Playboy

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa