web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sebarkan Gambar Intim Jennie Dan V, YG Entertainment Ambil Tindakan Undang-Undang

Agensi pengurusan artis itu memaklumkan mereka telah meminta supaya siasatan dijalankan pada bulan lepas berikutan kebocoran gambar peribadi artis berkenaan.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Oct 2022 6:00PM

Gambar Jennie dan V yang tersebar di media sosial. - Gambar ihsan Today Online

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

YG Entertainment telah mengambil tindakan undang-undang terhadap penyebaran gambar peribadi Jennie dari kumpulan Blackpink dan Kim Taehyung atau V dari kumpulan BTS. 

Agensi pengurusan artis berkenaan dalam satu pengumuman pada hari ini memaklumkan mereka telah meminta supaya siasatan dijalankan pada bulan lepas berikutan kebocoran gambar peribadi artis berkenaan.

''Kami tidak boleh mengulas dan membuat pengumuman rasmi bagi meminimumkan kesan selanjutnya.

''Bagaimanapun, sukar untuk mengabaikan penyebaran khabar angin secara besar-besaran, kritikan, serangan peribadi, gangguan seksual dan pelanggaran privasi,'' katanya dalam satu kenyataan yang dilaporkan K.Odyssey.

Agensi itu turut menambah, pihaknya telah memfailkan dakwaan terhadap kandungan yang tidak dikenal pasti atau penulisan yang berniat jahat di bawah Akta Rangkaian Maklumat dan Komunikasi, pelanggaran pengedaran maklumat yang menyalahi undang-undang serta penggunaan media komunikasi secara lucah."

Khabar angin hubungan romantis antara Jennie dan V tercetus selepas terdapat dakwaan di media sosial bahawa kelibat mereka telah dilihat di Pulau Jeju pada Mei lalu. Bagaimanapun agensi mereka tidak mengambil sebarang tindakan.

Tidak lama kemudian, gambar peribadi dipercayai dari telefon Jennie telah digodam dan disebarkan, sekali gus membangkitkan kebimbangan di kalangan peminat kedua-dua artis popular berkenaan. - Getaran, 3 Oktober 2022

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa