web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Atta Halilintar Kongsi Kenangan Jual Kad SIM Di Central Market

Atta yang pernah menetap di Malaysia kini muncul dengan single terbaru berjudul Mantap Cuy kolaborasi bersama Kidd Santhe dan Saixse

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 May 2024 8:46AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selebriti dan YouTuber terkenal Indonesia, Atta Halilintar akui dia pernah hidup susah dan pernah bekerja dengan menjual kad SIM di Central Market, Kuala Lumpur sewaktu menetap di sini beberapa belas tahun lalu.

Beliau yang pernah bersekolah di Kuala Lumpur memilih untuk membantu ibu bapanya dengan menjual kad SIM di sekitar Central Market demi membayar yuran bulanan sekolah.

"Saya punya ramai adik beradik. Yuran bulanan sekolah kira-kira RM150 seorang. Sebagai anak sulung, saya rasa menjadi tanggungjawab saya untuk membantu keluarga.

"Jadi saya jual kad SIM demi membantu meringankan beban ibu bapa saya.

"Alhamdulillah, pengalaman bekerja di Malaysia turut saya bawa ke Indonesia selepas kami pulang ke negara asal. Saya bekerja keras sehingga saya menjadi seperti sekarang," katanya ketika ditemui di majlis pelancaran single terbaru Mantap Cuy yang menggandingkan Atta bersama dua penyanyi dari Malaysia iaitu Saixse dan Kidd Santhe.

Atta juga sempat melawat sekolah lamanya di Kuala Lumpur iaitu Sekolah Indonesia Kuala Lumpur sewaktu kunjungannya ke sini baru-baru ini.

"Saya sangat gembira dapat kembali ke sekolah lama saya dan bertemu guru-guru serta pengetua. Mereka masih mengenali saya dan bangga dengan saya," kongsinya.

Ditanya apa yang paling dirindui tentang Malaysia, kata menantu kepada diva Indonesia, Kris Dayanti ini, beliau sangat rindukan Roti Planta dan Milo Ais Dinasour.

Bercerita mengenai single Mantap Cuy, kata Atta, beliau menerima tawaran untuk berkolaborasi bersama Kidd dan Saixe kerana meminati hasil karya mereka.

"Saya sangat menyukai lagu rap dari Malaysia. Muzik rap Malaysia lebih di depan berbanding Indonesia.

"Peminat rap di Indonesia suka dengan muzik rap yang mempunyai lirik bahasa Melayu. Jadi saya rasa kolaborasi ini sangat bagus. Sebab itu bila Kidd ‘DM' saya di Instagram, saya terima.

"Saya suka dengan muzik Kidd dan juga Saixse. Saya suka lagu Malam Pagi. Lagu tersebut berjaya mencuri perhatian orang Indonesia.

"Kebanyakan rapper tidak akan mengaku mereka suka lagu mana-mana artis, tetapi saya akui saya suka lagu mereka," ujarnya.

Atta juga berharap Mantap Cuy akan menjadi sukses di Malaysia dan Indonesia kerana masing-masing punya peminat tersendiri dan sudah 'familiar' dengan muzik masing-masing. - Getaran, 3 Mei 2024

Foto : PR

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM