web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Yuna Asia Tour Singgah Di Kuching 27 Oktober Ini

Peminat Yuna yang gagal mendapatkan tiket untuk konsert Yuna pada 22 Oktober ini, rebut peluang menyaksikan persembahannya di Kuching, Sarawak

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Oct 2023 8:42PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Berita gembira buat peminat Yuna yang masih mengintai peluang untuk menonton aksi penyanyi itu secara langsung. Pelontar lagu ‘Terukir di Bintang’ itu mengumumkan Kuching, Sarawak sebagai destinasi persinggahan konsert jelajahnya, Yuna Asia Tour pada 27 Oktober ini.

Pengumuman itu dibuat dalam satu kenyataan media dan nyata ia khabar gembira buat peminat Yuna khususnya di Bumi Kenyalang dan Borneo. Malah, ia bagaikan memecah tradisi konsert jelajah artis antarabangsa yang sering memilih Kuala Lumpur, sebagai lokasi pilihan mereka.

Mungkin ini cara penyanyi yang menempa nama di Amerika Syarikat itu, untuk menzahirkan rasa terima kasih kepada peminat yang sentiasa menyokong kerjaya seninya, iaitu sejak zaman MySpace sehingga dipilih maestro muzik, David Foster untuk bernaung di bawah Verve Music Group.

Penganjuran konsert ini juga tepat pada masanya bagi Yuna untuk bersua dengan peminat di tanah air usai pelancaran album kelimanya Y5, baru-baru ini. 

Sementara itu, Yuna Asia Tour di Kuching, Sarawak akan berlangsung di Hikmah Exchange dan tiket sudah mula dijual pada harga RM259, RM299 dan RM349.  

Mengulas pemilihan lokasi acara, pihak penganjur memaklumkan, mereka yakin Yuna mempunyai ‘kuasa’ untuk menarik peminat untuk sama-sama berhibur di konsert itu. 

“Dengan imej dan ‘kuasa’ Yuna, di mana pun lokasi persembahannya ia pasti akan mendapat sambutan luar biasa.”

“Ini Yuna, seperti istimewanya wanita yang berhati besar membawa jauh karya-karyanya mengembara ke pelbagai pelusuk dunia, kami di RK LiveAsia dan Icon Entertainment percaya Kuching akan menyaksikan sebuah persembahan spektakular daripada beliau.

“Save the date guys, 27 Oktober 2023. See you guys soon,” ujar Iman Tang dan Rahul selaku penganjur. 

Yuna Asia Tour dijangka mencipta momen tersendiri antara penyanyi kesayangan ramai ini dengan peminatnya sekian lama menantikan persembahan konsertnya.

Penganjur turut memberi jaminan  bintang berusia 36 tahun ini tidak akan mengecewakan peminatnya apabila bakal mendendangkan lagu-lagu hitnya dalam bahasa Inggeris dan Melayu.

Dapatkan tiket di https://www.ticket2u.com.my/event/32887. - Getaran, 9 Oktober 2023

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Formasi Dron, Pancaran Laser Warnai Perasmian Gilang-Gemilang SUKMA 2024

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

HAWANA 2024 Bermula, Media Meriah Berkampung Di Kuching

3

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Resipi Mentua Rahsia Usahawan Wanita Raih Pendapatan Enam Angka

4

Selera 2 tahun yang lalu

Selera Peranakan Baba Nyonya Di Bumi Kenyalang

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Konsert Rumah Hati Terima Sambutan Hangat, 80 Peratus Tiket Sudah Terjual

oleh Sophia Ahmad

Filem & TV 15 jam yang lalu

Big Stage X Rocketfuel, Platform Bakat Baharu Dengan Tawaran Kontrak RM200,000

Tiga peserta terbaik akan menerima Rocketfuel Artist Development Contract bernilai sehingga RM200,000 yang merangkumi penghasilan single dan video muzik.

oleh Rahayu MN