web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Macam Mana ‘Butter’ BTS Berjaya Pecahkan Rekod Industri Muzik Antarabangsa?

Mengungguli carta nombor satu YouTube, Spotify dan Billboard. Kumpulan Korea BTS nampaknya mencipta rekod baharu dalam industri muzik antarabangsa.

Muzik Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 May 2021 2:00PM

Gambar: Twitter @bts_bighit

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selepas satu demi satu kejayaan direkodkan kumpulan K-pop dari Korea Selatan, BTS. Kini, nama mereka sekali lagi menjadi trending apabila lagu terbaharu mereka iaitu 'Butter' mendominasi semua platform muzik dunia dalam masa sehari sahaja!

Sepanjang empat hari 'Butter' menemui pendengar. Ia masih lagi diperkatakan dan menjadi lagu paling banyak dimainkan di beberapa negara. Apa sebenarnya magis yang dimiliki lagu 'Butter' sehingga berjaya mencipta fenomena sedemikian dahsyat.

 

Bina momentum seminggu awal

BTS telah mendedahkan tajuk lagu terbaharu mereka seminggu awal sebelum 'Butter' dilancarkan. Laman sosial mereka dipenuhi dengan poster dari MV terbaharu mereka yang turut memberi gambaran konsep lagu terbaharu tersebut.

Sudah tentu kelab peminatnya ARMY tak keruan dan berkongsi poster tersebut di media sosial masing-masing. Maka tidak hairanlah tayangan perdana video klip 'Butter' berjaya mengumpulkan 3.9 juta penonton. Selepas sejam ia ditayangkan, 'Butter' telah mencatatkan 20 juta tontonan sehingga kini di YouTube!

 

Undian tertinggi Billboard

'Butter' sangat sesuai untuk dijadikan lagu tema musim panas. Rentaknya rancak, pop dan memberikan aura positif sewaktu mendengarnya. Sejak ia mula menemui pendengar 21 Mei lalu, 'Butter' mendapat undian tertinggi di Billboard minggu ini mengalahkan Olivia Rodrigo, Twenty One Pilots dan Jonas Brother.

 

Video muzik paling banyak ditonton di YouTube

Sama situasinya ketika mereka melancarkan 'Dynamite' pada tahun lalu. Menurut YouTube, BTS memegang rekod tontonan tayangan perdana paling ramai dalam sejarah. Terbaharu, baru empat hari 'Butter' menemui penonton di YouTube, lagu tersebut masih lagi menjadi trending nombor satu dan mencatat lebih dari seratus juta tontonan!

 

Paulo Coelho hilang pengikut gara-gara BTS

Pengarang terkenal buku The Alchemist, Paulo Coelho turut menerima tempias apabila kehilangan ramai pengikut gara-gara mendedahkan dia sedang menandatangani buku untuk kumpulan Korea Selatan berkenaan. Menerusi laman Twitter, Coelho sempat mengucapkan tahniah atas kejayaan lagu 'Butter' yang baru beberapa hari diterbitkan itu.

 

Lagu paling banyak dimainkan dalam sehari

Bukan itu sahaja, 'Butter' menjadi lagu paling banyak dimainkan dalam sehari dalam sejarah Spotify. Mereka mencatatkan 20 juta strim sehingga semalam. Ini memang kejayaan luar biasa kumpulan tersebut. Tahniah BTS!

Terdahulu, BTS diumumkan sebagai pemenang Artis Berkumpulan Terbaik, Artis Sosial Paling Berpengaruh serta Lagu Paling Laris tahun ini untuk lagu 'Dynamite' di Anugerah Muzik Billboard. Ini memang kejayaan luar biasa kumpulan tersebut. Tahniah BTS! - Getaran, 24 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Piala Asia 2023 Pecah Rekod Jumlah Kehadiran Penonton

2

TARA 2 tahun yang lalu

Panggilan Buat BTS Army, Pameran 'B★VERSE', Kini Singgah di Pavilion Bukit Jalil

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

4 Anggota BTS Sedia Mula Khidmat Tentera

4

Semasa 2 tahun yang lalu

'Pemaju Residensi Sateria Menyusahkan Kami, Mana Janji Kamu?'

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN

Muzik 2 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN