web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


'Pemaju Residensi Sateria Menyusahkan Kami, Mana Janji Kamu?'

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Nov 2023 10:14PM

Projek Residensi Sateria di Bandar Tasik Selatan yang masih berjalan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pemaju projek perumahan Residensi Sateria di Bandar Tasik Selatan (BTS) di sini, Pembinaan Serta Hebat Sdn Bhd didakwa gagal menepati janji yang dibuat terhadap komuniti setempat.

Dalam pertemuan bersama Getaran, Pengerusi Kelab Rukun Tetangga Fasa 2 BTS, Abdul Razak Mohd Taha berkata, pemaju menerusi dua pertemuan diatur sebelum ini berjanji untuk memastikan sebarang pembangunan projek di bawah program Perumahan Satu Anggota Satu Rumah (SASaR) itu, tidak akan mengganggu prasarana sedia ada di kawasan berkenaan.

Menurut beliau, perancangan awal dibuat pemaju sebelum ini antara lain melibatkan pembesaran jalan utama, bagi memudahkan aliran keluar masuk kenderaan, milik penghuni Residensi Sateria itu.

“Bagi tujuan ini, mereka mahu memotong semua pokok di kiri kanan jalan, iaitu di kawasan pejalan kaki yang selama ini membantu meredupkan kawasan.

“Dengan adanya pokok-pokok inilah, orang ramai dapat berjalan dengan selesa, termasuk anak-anak kami yang mahu ke sekolah berdekatan,” katanya.

Abdul Razak Mohd Taha (kiri) bersama wakil Pembinaan Serta Hebat Sdn Bhd
Abdul Razak Mohd Taha (kiri) bersama wakil Pembinaan Serta Hebat Sdn Bhd

Perancangan tersebut jelas Abdul Razak, menerima bantahan keras penduduk setempat, memandangkan kawasan pejalan kaki itu adalah satu-satunya yang ada di BTS.

Perkara itu katanya lagi, disuarakan pada pertemuan kedua di pejabat Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

“Pertemuan ini dihadiri oleh pemaju dan wakil Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan pada ketika itu, mereka (pemaju) berjanji mahu memberi pelan alternatif selepas rancangan mereka mahu membesarkan jalan utama ditolak penduduk.

“Namun apa yang berlaku, mereka sengaja berlengah dan kembali mencadangkan pelan awal pada pertemuan ketiga, walaupun jelas sudah menerima bantahan sebelum ini,” katanya, kesal.

Tegas Abdul Razak, cadangan untuk membina bypass sehala yang disarankan pemaju amat tidak masuk akal kerana ia menjejaskan prasarana dibina.

“Bayangkan 40 pokok yang rimbun, yang selama ini memayungi penduduk sekitar terpaksa ditebang sedangkan selama ini, ia sudah banyak berjasa untuk semua pejalan kaki.

“Di BTS ini sahaja ada dua sekolah yang terletak berhampiran, ada masjid yang sering menjadi tumpuan penduduk, dan blok-blok kediaman seperti Pangsapuri Tasik Heights serta pangsapuri kos rendah,” katanya.

Kerja-kerja penebangan [okok sudah bermula walaupun permit dikeluarkan DBKL telah tamat tempoh
Kerja-kerja penebangan [okok sudah bermula walaupun permit dikeluarkan DBKL telah tamat tempoh

Lebih mengejutkan, Getaran diberitahu, permit penebangan pokok yang dikeluarkan oleh DBKL sudah tamat tempoh, sekali gus bermakna, ia tidak lagi sah digunakan untuk sebarang tujuan.

“Notis berkenaan dikeluarkan pada 12 September 2022 dan ia sah untuk tempoh setahun. Sekarang sudah November 2023, bermakna ia sudah expired. Jadi bagaimana ia masih boleh digunakan,” katanya, berang.

Sehingga berita ini ditulis, kerja-kerja penebangan pokok sudahpun berjalan, menggunakan kontraktor swasta yang dikatakan diupah oleh DBKL.

Persoalannya, bagaimana perkara ini boleh berlaku? Siapa yang boleh memberi penjelasan?

Apakah penderitaan dialami penduduk Pangsapuri Sri Penara di Bandar Sri Permaisuri akibat kesesakan akan menimpa pula penduduk BTS? – Getaran, 7 November 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Pusat Jantung Hospital Serdang Hadapi Masalah, 4 Dewan Bedah Tak Boleh Diguna

2

TARA 2 tahun yang lalu

Panggilan Buat BTS Army, Pameran 'B★VERSE', Kini Singgah di Pavilion Bukit Jalil

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

4 Anggota BTS Sedia Mula Khidmat Tentera

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Berang Masalah Masih Tak Selesai, Penduduk Tahan Kenderaan Agong Untuk Mengadu

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 21 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 22 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar