Berita Terkini

6 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Nyahkan Masalah Insomnia Kalau Tak Nak Kemurungan, Gemuk

Sembilan daripada 10 rakyat Malaysia mengalami gangguan tidur, terlalu banyak ‘layan’ telefon

TARA Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 02 Sep 2023 11:12AM

Insomnia juga boleh menyebabkan kegemukan

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bangun pagi badan terasa berat, badan sakit-sakit, kepala pun rasa pening. Jadi mulalah bad mood untuk ke tempat kerja. Ini antara masalah yang banyak dihadapi oleh kita pada masa kini. Salah satu penyebabnya ialah kerana sukar melelapkan mata atau insomnia.

Walaupun jam sudah menginjak ke 3 pagi, mata masih terkebil-kebil kerana tidak mahu terlelap. Penat pusing ke kanan, pusing ke kiri. Otak bagaikan tidak mahu berehat kerana banyak yang bermain di fikiran. 

Laporan mendapati sembilan daripada 10 rakyat Malaysia mengalami gangguan tidur. Purata rakyat Malaysia tidur hanya kira-kira enam jam atau kurang (pakar mengesyorkan tidur tujuh – sembilan jam semalam) dan empat daripada 10 mengambil masa lebih daripada 30 minit untuk melelapkan mata. 

Seramai enam daripada 10 rakyat Malaysia mendakwa bahawa mereka menjalani gaya hidup kurang sihat dan meluangkan terlalu banyak masa menggunakan telefon, menyebabkan mereka mengalami masalah tidur atau sukar tidur lena. 

Barisan panel yang terlibat dengan pameran kesihatan tidur
Barisan panel yang terlibat dengan pameran kesihatan tidur

Menyedari isu semasa ini, baru-baru ini AmLife International Sdn Bhd menganjurkan pameran kesihatan tidur bertema ‘Tidur Demi Penampilan Lebih Muda dan Sihat!’. Bertempat di One World Hotel, Petaling Jaya, pameran itu bertujuan untuk memperlihatkan hubung kaitnya dengan penuaan dan penyakit agar mereka yang terkesan boleh mendapatkan rawatan. 

Menurut Pengasas & Presiden AmLife, Lew Mun Yee, sesungguhnya pendidikan tidur kini semakin penting kerana gangguan tidur boleh mencetus pelbagai masalah kronik termasuk diabetes jenis 2, penyakit kardiovaskular, obesiti (kegemukan), kemurungan dan penyakit berkaitan keimunan (daya tahan lawan penyakit). 

Lew Mun Yee bersama Michelle Yim
Lew Mun Yee bersama Michelle Yim

Oleh kerana rakyat Malaysia menjalani kehidupan yang lebih sibuk, tidak mengamalkan pemakanan sihat dan sewajarnya serta kurang bergerak, faktor-faktor ini menjadikan pelbagai penyakit moden yang lebih teruk. 

“Secara beransur-ansur, kekurangan tidur boleh menimbulkan pelbagai masalah kesihatan, menjejaskan sistem imun dan fungsi keseluruhan seseorang dan mempercepatkan penuaan,” katanya. 

Pasukan penyelidikan di University of California, Los Angeles mendapati, gangguan tidur pada waktu malam walaupun buat sementara boleh mengaktifkan gen yang berkaitan penuaan biologi dalam kalangan dewasa. Penemuan ini menunjukkan bahawa kekurangan tidur boleh meningkatkan risiko penyakit kronik yang ‘mengaktifkan laluan molekul pencetus penuaan biologi.’ 

Pelakon Hong Kong, Michelle Yim Bantu Ketengahkan Isu Insomnia 

Dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran dan pendidikan kesihatan tidur dalam kalangan orang ramai, AmLife telah melantik pelakon veteran popular Hong Kong, Michelle Yim untuk membantu mempromosikan inisiatif kemasyarakatan ini. 

Michelle, yang sentiasa tampil menawan sejak lima dekad yang lalu ini berkongsi tentang tip penjagaan kecantikan dan kesihatan yang diamalkan, selain berkongsi pengalaman menggunakan teknologi tidur AmLife , AmLife DeepZleep AmSonic. Teknologi tidur regeneratif unik dari Jepun ini menggandingkan Terapi Keupayaan Elektrik, Terapi Frekuensi AmSonic dan Terapi Haba, menjadikannya terapi tidur regeneratif pertama bagi kesejahteraan fizikal dan kerohanian yang membolehkan anda memulihkan tenaga dan menjaga kesihatan semasa tidur. 

Michelle berkata, semua individu sememangnya perlu memberi perhatian menjaga kesihatan.  

Michelle Yim berkongsi nasihat kesihatan
Michelle Yim berkongsi nasihat kesihatan

“Makan secara sihat, jangan tidur lewat dan kerap bersenam. Dalam dunia masa kini yang sibuk, semua orang menghadapi tekanan yang tinggi.

“Oleh itu kita perlu memupuk tabiat yang baik untuk kekal sihat sejak usia muda lagi. Jangan berlengah untuk menjaga kesihatan atau menunggu sehingga anda lebih tua, kerana mungkin pada waktu itu anda sudah mula mengalami banyak masalah. 

Mengenai kerjasama dengan AmLife, Michelle memberitahu dia gembira dapat berkongsi ilmu kesihatan tidur kerana ramai yang mengabaikan amalan tidur yang baik. 

“Jika anda salah seorang yang menghadapi masalah insomnia, cubalah gunakan DeepZleep AmLife AmSonic. Selepas saya menggunakannya selama seminggu, saya dapat melihat kesannya. Saya tidur nyenyak pada setiap maIam dan badan terasa sihat dan segar.  Saya juga mendapati penampilan kulit wajah saya bertambah baik,” ujarnya.

Teknologi serba baharu ini bersifat ringan, mudah alih, senang dan mudah digunakan dalam mod duduk. Produk inovatif ini boleh digunakan di mana sahaja anda berada untuk menulenkan darah menerusi terapi keupayaan elektrik, menghilangkan sekatan titik meridian dan melancarkan aliran darah bagi menambah baik kesihatan seseorang. - Getaran, 2 September 2023

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.amlife.com.my.

Foto : Amlife

Isu Pada

Pesanan Fazley Buat Rakyat Malaysia 9

09 Sep 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 3 bulan yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

2

TARA 3 bulan yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

3

TARA 4 bulan yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

TARA 4 bulan yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

Sorotan

1

Muat Naik Video Dikatakan Aibkan YDPA, Papagomo Ditahan Polis

2

Pengurus Dan Pegawai Keselamatan Kebakaran Di Premis, JBPM Dalam Proses Pinda Akta

3

Isu Kasino Forest City: Chegu Bard Tak Mengaku Salah Terbit Kenyataan Menghasut

4

Skuad Piala Uber Malaysia Pulang Awal

5

Nur Shazrin Mungkin 'Lupakan' Paris 2024

6

Video Disalah Sunting, Teo Nie Ching Buat Laporan Polis