Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Panggilan Buat BTS Army, Pameran 'B★VERSE', Kini Singgah di Pavilion Bukit Jalil

Pameran ini akan membawa pengunjung ke lapan sesi yang eksklusif di mana setiap satu akan menawarkan visual dan aktiviti istimewa

TARA Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 03 Dec 2023 4:26PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Perhatian kepada BTS ARMY! Pameran 'B★VERSE' (BTS, Singing the Stars) yang sangat dinanti-nantikan kini sudah berada di persinggahan pertama iaitu di Pavilion Bukit Jalil bermula 1 Disember hingga 10 Mac 2024. 

Dianjurkan oleh The Fact Music Awards dan direka oleh Apollon Studio, 'B★VERSE' bukan sekadar pameran, tetapi ia menceritakan perjalanan penuh memori BTS  dari 2020 hingga 2022, yang diinspirasikan daripada 'The Fact Bts Photobook Special Edition' yang mengandungi pelbagai foto sempena penampilan mereka di The Fact Music Awards 2020. 

Pameran ini akan membawa pengunjung ke lapan sesi eksklusif di mana setiap satu akan menawarkan visual dan aktiviti istimewa, termasuk Bilik VR, Terowong Orbital, BTS Universe, 7 Planets, ARMY Way, Pemetaan Unjuran Imersif, Produk BTS, dan Zon Foto. 

Kedua-dua Bilik VR dan Pemetaan Unjuran Imersif dilengkapi dengan sistem audio seperti konsert untuk mendengarkan lagu-lagu popular BTS untuk pengalaman mengasyikkan, manakala 7 Planets menawarkan pengalaman yang lain daripada yang lain.

VR Room
VR Room

Setiap bilik mewakili ahli BTS, dan pengunjung berpeluang untuk meneroka dunia dan ekspresi artistik setiap ahli, serta bagaimana keperibadian mereka menyumbang kepada identiti kolektif kumpulan.

“Kami sangat teruja untuk menyaksikan bagaimana Pameran 'B★VERSE' ini dapat memikat hati peminat BTS di Malaysia. Perjalanan unik melalui BTS Universe menjanjikan pengalaman yang menakjubkan, dan kami berbesar hati untuk membawakan pengalaman luar biasa ini ke landskap budaya tempatan,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif Seni Jaya Corporation Berhad, Cheah See Heong mewakili pihak penganjur. 

Setakat ini, pihak penganjur memaklumkan bahawa jualan tiket pameran ini mendapat sambutan memberangsangkan dan ia bukan sahaja menjadi rebutan remaja, malah peminat daripada semua peringkat umur. 

Jadi, jika anda salah seorang pencinta BTS, janganlah bertangguh-tangguh lagi untuk mendapatkan tiket. Bersedialah menikmati pengalaman yang sukar dilupakan! Belian boleh dilakukan di ejen tiket rasmi, Ticket2u. 

Cenderahati eksklusif BTs
Cenderahati eksklusif BTs

Tiket-tiket untuk melangkah masuk ke BTS Universe dijual pada harga serendah RM88 untuk tiket biasa pada hari bekerja dan RM98 untuk hujung minggu. Harga eksklusif ini hanya terpakai sepanjang tempoh promosi dari 1 Disember 2023 sehingga 17 Disember 2023.

Selain itu, peminat yang membeli tiket pameran juga akan menerima hadiah percuma termasuk Ziplock pouch, lencana bintang ARMY yang menggunakan bateri, dan kad foto yang dipilih secara rawak. 

Untuk menyempurnakan lagi pengalaman B★VERSE, para ARMY juga boleh membeli produk edisi terhad di pameran tersebut, seperti Fail BTS, Poskad BTS, Kalendar 2024, Risalah, Beg Tote dan Kemeja-T. 

Tarikan yang menanti
Tarikan yang menanti

Untuk maklumat lanjut, kemas kini, atau untuk menyertai sambutan ARMY, sila layari ikuti akaun Instagram @bversemalaysia dan akaun TikTok  @bversemalaysia. Selain itu, anda juga boleh melayari laman web rasmi pihak penganjur di https://www.senijayacorp.com/ 

Foto : @bversemalaysia

Isu Pada

Pesona Nana Mahazan 2 Disember

02 Dec 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 3 bulan yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

2

TARA 3 bulan yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

3

TARA 3 bulan yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

TARA 3 bulan yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

Sorotan

1

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

2

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

3

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

4

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

5

Kemenangan Ke Atas Hong Kong Lonjak Keyakinan Kem Perseorangan - Jun Hao

6

Misi Gaza Freedom Flotilla Ditangguhkan, Peserta Dinasihat Pulang - Ann Wright

7

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM