web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Konsert ‘Ruffera : That Moment In Time Tour’ Ubati Kerinduan Peminat 

Azan, Cat, Mode, Sein dan Zain berjaya menghiburkan seramai 4,500 orang peminat yang hadir selama 2 jam lebih tanpa henti

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Aug 2023 9:35PM

Ruffera : That Moment In Time Tour berjaya mengubati kerinduan peminat

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sabtu lalu menyaksikan kumpulan vokal R&B dan hip hop terkenal, Ruffedge, beraksi bertenaga dalam sebuah konsert yang ditunggu-tunggu peminatnya, Ruffera : That Moment In Time Tour. Penampilan DJ Uno sebagai DJ tetap untuk siri jelajah ini membuatkan malam minggu itu bertambah hebat.  

Biarpun kumpulan ini lama mendiamkan diri, namun Azan, Cat, Mode, Sein dan Zain berjaya membuktikan mereka punya peminat setia. Konsert bertempat di Mega Star Arena itu mengumpul lebih 4000 ribu peminat. 

Buat peminat, konsert ini ialah momen yang amat ditunggu-tunggu
Buat peminat, konsert ini ialah momen yang amat ditunggu-tunggu

“Peminat Malaysia sememangnya hebat! Rata-rata yang hadir merupakan peminat tegar Ruffedge yang hadir seawal jam 5 petang memenuhi pekarangan pintu masuk dewan konsert, bagi mendapatkan ‘wristband’ sebelum bermulanya persembahan.

“Jumlah penonton yang hadir sangat memberangsangkan dan kami di YOLO sangat terharu dengan sambutannya, Ruffedge sememangnya ‘Da Bomb’ dan tidak pernah mengecewakan,” kongsi Penerbit Eksekutif YOLO Malaysia, Haniff Hamzah, selaku penganjur.

Salah seorang pengunjung memberitahu bahawa ini merupakan momen yang ditunggu-tunggu.

“Saya merupakan peminat tegar Ruffedge ketika mereka mula-mula muncul di industri muzik Malaysia, setiap lagu yang dipersembahkan mengimbau kenangan lalu seawal era 2000 sehingga kini,” katanya.

Menurut Azan, mereka sangat terharu dengan sambutan yang diberikan peminat.

Ruffedge sangat terharu dengan sambutan yang diberikan peminat
Ruffedge sangat terharu dengan sambutan yang diberikan peminat

“Disebabkan merekalah kami masih berdiri di sini sehingga ke hari ini. Terima kasih buat rakan-rakan artis yang hadir seperti Datuk Hattan, Zizan Razak, Nana Mahzan, Fattah Amin dan juga Fazura yang datang memberikan sokongan,” katanya.

Sein pula mengakui yang dia sama sekali tidak menyangka dan amat terharu melihat sambutan dan sokongan peminat.

"Terima kasih kepada semua. Kami sebenarnya berbelah bahagi hendak teruskan konsert tahun ini memandangkan banyak festival dan konsert dianjurkan tahun ini. Tapi, selepas melihat sambutan yang diberi, kami hanya mampu memanjatkan kesyukuran atas rezeki yang ditentukan Allah ini.

"Kami tidak akan berhenti di sini. Insya Allah, tahun depan ada sesuatu yang istimewa sedang kami susun," ulasnya.

Ruffedge mempersembahkan 25 buah lagu pada konsert berkenaan
Ruffedge mempersembahkan 25 buah lagu pada konsert berkenaan

Pada konsert itu, Ruffedge mempersembahkan 25 buah lagu kesemuanya, termasuklah lagu hits Goyang, Tiada Lagi Cinta, Tipah Tertipu, Lemas, Da Bomb, Bila Rindu, Khayalan dan banyak lagi.

Selain itu, penonton juga berpeluang menyaksikan persembahan istimewa Ruffedge di bawah kelolaan pengarah muzik tersohor, Datuk Acis dengan membawakan medley lagu-lagu yang pernah dipopularkan oleh Raja Pop negara, Datuk Jamal Abdillah seperti Azura, Suraya nyanyian kumpulan Indigo dan Rozana oleh kumpulan Search dalam rentak R&B yang nyata berbeza, serta penampilan istimewa oleh Lah Ahmad. - Getaran, 22 Ogos 2023

Foto : YOLO Asia

Berita Berkaitan

1

Muzik 3 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

2

Muzik 5 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

3

Muzik 5 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

4

Muzik 6 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 19 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

Pencapaian luar biasa itu sekali gus mengukuhkan kedudukan Polongsebagai antara filem tempatan paling hangat tahun ini.

oleh Rahayu MN