Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Setelah Puas Rocking, Awie Akan Persembahkan Pula Lagu Keroncong Bersama Yusni Hamid, Khatijah Ibrahim Dan Alyah  

Keempat-empat penyanyi hebat ini akan beraksi di Konsert Apresiasi Irama Keroncong Malaysia dijadualkan berlangsung di Istana Budaya pada 5 dan 6 Ogos ini. 

Muzik Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jun 2023 9:55AM

Konsert Apresiasi Irama Keroncong Malaysia dijadualkan berlangsung di Istana Budaya pada 5 dan 6 Ogos ini. - Gambar PR

oleh

Zara Sofea

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jika bukan kita sendiri yang mengambil inisiatif untuk mempertahankan serta melestarikan seni muzik warisan budaya kita, siapa lagi akan melakukannya? 

Salah satu seni muzik warisan budaya yang cukup berpengaruh dalam kalangan masyarakat kita adalah irama keroncong.

Menyifatkan keroncong mempunyai keunikan dan keistimewaan tersendiri, pihak Irama Studios terpanggil untuk menganjurkan Konsert Apresiasi Irama Keroncong Malaysia atas sokongan Kementerian Komunikasi Dan Digital serta Mycreative Ventures Sdn Bhd. 

Konsert Apresiasi Irama Keroncong Malaysia dijadualkan berlangsung di Istana Budaya pada 5 dan 6 Ogos ini. 

Lebih mengujakan persembahan para penyanyi dalam Konsert Apresiasi Irama Keroncong Malaysia ini akan diiringi oleh pemuzik yang cukup berprolifik dari Orkestra Keroncong Irama Perindu. 

Menariknya, Orkestra Keroncong Irama Perindu adalah kumpulan pemuzik yang ditubuhkan pada tahun 2004 seiring dengan penubuhan Irama Studios.

“Pertamanya kami mahu irama Keroncong terus bersemarak dan perkasa dalam era ini kerana genre ini juga mempunyai keunikan dan keistimewaan tersendiri.

“Konsert Apresiasi Irama Keroncong Malaysia juga bukan dikhususkan buat peminat tegar namun selaku penganjur kami mahu menarik minat penggemar muzik baharu untuk ikut kenal seterusnya menikmati irama Keroncong yang tidak patut dilupakan,” ujar pengasas Irama Studios yang juga penganjur, Haji Mahzan Manan.

Mahzan berharap Konsert Apresiasi Irama Keroncong Malaysia ini akan membuka mata dan mengimbau kembali nostalgia lagu-lagu lama lewat lantunan vokal penyanyi-penyanyi hebat tanah air.

Maka tidak hairan Konsert Apresiasi Irama Keroncong Malaysia ini dijayakan penyanyi yang cukup ikonik dengan irama Keroncong iaitu Datuk Yusni Hamid.

Bahkan,  konsert ini juga turut dijayakan bersama oleh tiga penyanyi hebat berlainan era dan zaman iaitu Datuk  Khadijah Ibrahim, Datuk Awie dan Datin Alyah. 

Ini ditambah lagi dengan kehadiran pelapis-pelapis generasi baru iaitu Rasyidah Abd Rahim (Bintang Klasik 2012), Rizal Ahmad (Juara Bintang Nostalgia 2013), Jamilah Abu Bakar (Puteri keroncong) dan Han Byul.

Kemunculan Han Byul yang merupakan Juara Big Stage 2019 akan memberi kelainan kepada konsert ini kerana penyanyi asal Korea tersebut akan turut membawakan irama keroncong yang merupakan suatu pengalaman yang cukup baru buat dirinya.

Alyah - Gambar PR
Alyah - Gambar PR

“Mungkin peminat sudah biasa mendengar Dato Yusni Hamid melantunkan irama keroncong begitu juga dengan Datuk Khadijah Ibrahim yang punya vokal merdu saat menyanyikan lagu- lagu evergreennya.

“Datin Alyah pula punya kredibiliti tersendiri dalam menyampaikan apa juga genre lagu kerana kehebatannya bermain dengan emosi.

“Tapi untuk melihat Dato Awie menyanyi irama Keroncong adalah sebuah kejadian yang jarang-jarang berlaku. Maklumlah beliau sangat kental dengan irama rock, jadi bayangkan bagaimana Awie menyanyi keroncong?,” ujar Mahzan lagi. 

Sementara itu, Awie mengaku teruja untuk berdendang dalam irama Keroncong yang disifatkan akan mencabar kredibilitinya sebagai seorang penyanyi solo.

“Sejujurnya saya sendiri teruja untuk mendengar suara sendiri mengalunkan irama keroncong. Irama ini 8dak mudah bagi saya, apa lagi Keroncong bukan ‘makanan’ saya.

“Namun sebagai salah seorang pelaku seni yang menghargai irama Keroncong dan membesar bersamanya, saya harap saya mampu memberi variasi baharu dalam penyampaian Keroncong cara Awie,” katanya.

Bagi Alyah pula kesempatan yang diberi Irama Studios untuk terbabit dalam Konsert Apresiasi Irama Keroncong Malaysia umpama sebuah penghormatan buat dirinya.

“Saya sifatkan kesempatan ini sebagai sebuah penghormatan terhadap saya, apatah lagi bila berpeluang untuk berkongsi panggung dengan dua biduanita tersohor iaitu Datuk  Yusni Hamid dan Datuk Khadijah Ibrahim yang amat saya segani.

“Saya berharap pembabitan saya menjayakan Konsert Apresiasi Irama Keroncong Malaysia akan menambahkan ilmu buat diri sendiri serta meninggalkan kenangan manis buat semua,” kata Alyah.

Tiket-tiket konsert berharga RM588, RM388, RM288, RM188 dan RM88 sudah boleh dibeli  menerusi www.ilasso8cket.com.my. – Getaran, 15 Jun 2023 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 bulan yang lalu

Alyah Duta Jenama Kosmetik Terbaharu TWOMEE 

2

Budaya 1 bulan yang lalu

Istana Budaya Bawa Teater Muzikal Hang Li Po Ke Pentas Encore Melaka

3

Selebriti 10 bulan yang lalu

Selepas 8 Tahun Tidak Bertemu, Datuk Awie Bersyukur Akhirnya Bakal Beraya Bersama Dua Anaknya Pada Aidiladha Ini

4

Budaya 1 tahun yang lalu

Istana Budaya Catat Kutipan RM6.144 Juta Pada 2022

Sorotan

1

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

2

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

3

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

4

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

5

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

6

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Meerqeen Ajak Peminat Ke Rumah Terbuka Raya Airbnb, Peluang Bercuti Bersama

oleh Rahayu MN

Selebriti 5 jam yang lalu

Uqasha Dan Kamal Adli Timang Cahaya Mata Pertama

Tanpa mendedahkan wajah puteri sulungnya itu, Uqasha kelihatan berseri-seri memeluk bayinya.

oleh Wartawan Hiburan Getaran