web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Istana Budaya Bawa Teater Muzikal Hang Li Po Ke Pentas Encore Melaka

Budaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Mar 2024 8:19AM

Timbalan Ketua Setiausaha Kebudayaan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Mohd Yusri Mohd Yusof (dua, kiri) semasa menghadiri Majlis Peluncuran Program Istana Budaya 2024 dan Buku Rekaan Kostum di Balai Seni Negara. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Teater Muzikal Puteri Hang Li Po yang diberi natas baharu adalah antara tiga program utama bakal dipersembahkan oleh Istana Budaya (IB) di pentas Encore Melaka, dijangka pada Oktober ini.

Ketua Pengarahnya, Zubaidah Mukhtar berkata, teater muzikal yang mengimbau sejarah kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka dan pernah dipentaskan di Panggung Sari, IB pada 2004 itu dihidupkan kembali sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Malaysia dan China.

"Mengekalkan keaslian jalan cerita dengan beberapa penambahbaikan, lima pementasan (Teater Muzikal Puteri Hang Li Po) ini akan menjadi bukti kerjasama strategik bersama Encore Melaka yang telah menjadi venue persembahan antarabangsa tersohor.

"Istana Budaya akan menjadi sebahagian pemangkin kepada usaha kerajaan melalui MOTAC (Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya) menyemarakkan industri pelancongan budaya melalui Teater Muzikal Hang Li Po yang mempunyai signifikan kepada simbolik sambutan hubungan diplomatik dua negara ini," katanya ketika berucap pada Majlis Peluncuran Program IB 2024 dan Buku Rekaan Kostum.

Zubaidah berkata, dua program utama lain adalah Jangkauan Orkestra Tradisional Malaysia (OTM): Sounds of Malaysia yang mendapat kerjasama beberapa institusi pengajian tinggi, selain program Lambang Sari Series yang mendapat sambutan jualan tiket di luar jangkaan (panggung penuh) tahun lalu.

"Produk istimewa oleh Orkestra Simfoni Kebangsaan atau OSK ini juga akan berada di beberapa venue persembahan terpilih dalam negara," katanya.

Ketua Pengarah Istana Budaya, Zubaidah Mukhtar.  gambar BERNAMA
Ketua Pengarah Istana Budaya, Zubaidah Mukhtar. gambar BERNAMA

Zubaidah turut berkongsi kejayaan pelaksanaan 29 program dengan nilai publisiti media sebanyak lebih RM750 juta tahun lalu dan mengumpul seramai lebih 154,000 penonton di Istana Budaya, sekali gus membantu kepesatan industri serta pulangan penjanaanekonomi kebudayaan. 

Pada majlis yang dirasmikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) MOTAC, Mohd Yusri Mohd Yusoff itu, IB turut melancarkan buku rekaan kostum Teater Muzikal Hang Li Po dan Muzikal Cheng Lok serta Buku Rekaan Kostum Teater Kanak-Kanak Muzikal Ali Baba dan Muzikal Sinbad, sebagai bahan rujukan proses penyediaan kostum persembahan di IB.

Mohd Yusri turut menyampaikan sijil penghargaan Nilai Publisiti Media Tertinggi 2023 kepada Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), Harian Metro dan Berita Harian.

Selain itu, Zubaidah berkata, kerja penambahbaikan dan penyelenggaraan bangunan termasuk bumbung pusat tersebut yang bermula Jun lepas, berjalan lancar.

Bangunan panggung IB ditutup dan tidak akan beroperasi untuk sebarang acara atau pementasan sehingga 5 Januari 2026 dan dijangka dibuka pada tahun yang sama selaras dengan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Jelajah 2 tahun yang lalu

Encore Melaka Dibuka Semula Dengan Barisan Persembahan Ekstravaganza

2

Jelajah 2 tahun yang lalu

Nikmati Gabungan Persembahan Seni Pentas Dan Tradisi Rakyat Di The Encore Melaka 

3

Muzik 3 tahun yang lalu

Setelah Puas Rocking, Awie Akan Persembahkan Pula Lagu Keroncong Bersama Yusni Hamid, Khatijah Ibrahim Dan Alyah  

4

Budaya 3 tahun yang lalu

Istana Budaya Catat Kutipan RM6.144 Juta Pada 2022

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 22 jam yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN