web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Nikmati Gabungan Persembahan Seni Pentas Dan Tradisi Rakyat Di The Encore Melaka 

The Bountiful Harvest of BAIYUE, sebuah persembahan menakjubkan melibatkan para ahli akrobat yang hebat.

Jelajah Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Aug 2023 10:10AM

Persembahan akrobatik Guangxi pasti memukau penonton - gambar Encore Melaka

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bertempat di Encore Melaka, Yong Tai Berhad dengan kerjasama Kumpulan Kebudayaan Guangxi mempersembahkan The Bountiful Harvest of BAIYUE, sebuah persembahan menakjubkan melibatkan sekumpulan ahli akrobat yang hebat.

Persembahan akrobatik sempena Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik Malaysia-China dan Ulang Tahun ke-10 penubuhan Perkongsian Strategik Komprehensif (CSP) itu dijangka memukau penonton menerusi gabungan persembahan artistik, elemen tradisional dan keindahan ekologi rakyat yang unik.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Yong Tai Berhad, Datuk  Leong Sir Ley memberitahu visi beliau adalah untuk menaikkan status Melaka sebagai sebuah bandar raya antarabangsa, dan kerana itu beliau dan pasukannya berusaha gigih untuk meningkatkan reputasi Teater Encore Melaka di mata dunia.

Setiausaha Jawatankuasa Parti dan Pengerusi Kumpulan Industri Budaya Guangxi, Huang Kehong (kiri) dan Leong Sir Ley menandatangani memorandum persefahaman - gambar Encore Melaka
Setiausaha Jawatankuasa Parti dan Pengerusi Kumpulan Industri Budaya Guangxi, Huang Kehong (kiri) dan Leong Sir Ley menandatangani memorandum persefahaman - gambar Encore Melaka

“Visi saya ialah menaikkan status Melaka sebagai sebuah bandar raya antarabangsa. Saya bersama pasukan saya telah berusaha dengan gigih untuk meningkatkan reputasi dan pengiktirafan Teater Encore Melaka ke peringkat antarabangsa.”

“Sebagai hab budaya kebanggaan Melaka dan Malaysia, Teater Encore merupakan inisiatif penting untuk seni dan budaya, di samping usaha sama lain yang melibatkan fesyen, kesejahteraan dan AI yang menjadi sebahagian daripada pelan induk ‘City of Hope’ yang bakal saya perkenalkan.”

“Dengan kerjasama Kumpulan Budaya Guangxi, kami bersama-sama mempromosikan perkembangan seni pentas bagi memperkayakan persembahan tradisional dan menyokong seni rakyat bagi menghidupkan kembali warisan budaya kita,” ujar beliau.

The Bountiful Harvest of BAIYUE juga dianggap sebagai salah satu persediaan untuk meraikan Tahun Melawat Melaka yang dijadualkan pada 2024. 

Barisan tetamu kehormat yang menghadiri majlis menandatangani memorandum persefahaman - gambar Encore Melaka
Barisan tetamu kehormat yang menghadiri majlis menandatangani memorandum persefahaman - gambar Encore Melaka

Dalam persembahan yang hebat ini, ahli akrobatik Guangxi tampil di atas pentas sambil menunjukkan inovasi dan kemahiran mereka. Kehebatan ahli akrobat Guangxi dapat dilihat menerusi skil mereka menggabungkan peralatan ladang yang inovatif dan prop unik yang menjadi intipati kepada seni kraf tangan. 

The Bountiful Harvest of BAIYUE bertujuan untuk menambat hati penonton menerusi persembahan akrobatik yang berani, visual yang menarik dan bunyi latar yang hebat di mana penonton akan terpesona dengan kemahiran dan ketepatan pergerakan ahli akrobatik.  

“Kami gembira dan berbesar hati mempersembahkan The Bountiful Harvest of BAIYUE buat pertama kali di Malaysia. Persembahan ini menampilkan seramai 60 orang artis berbakat dari Institut Seni dan Kebudayaan Guangxi.”

Penghibur dari Institut Seni dan Budaya Guangxi membuat persembahan yang menawan untuk ahli penonton - gambar Encore
Penghibur dari Institut Seni dan Budaya Guangxi membuat persembahan yang menawan untuk ahli penonton - gambar Encore

“Menerusi visi dan semangat yang dikongsi bersama, kami teruja untuk meneruskan kerjasama dengan Yong Tai Berhad bagi membawakan lebih banyak persembahan yang hebat pada masa akan datang.”

“Kami juga berharap agar persembahan yang gemilang ini dihayati dan diraikan bersama, seterusnya memberi kesan kepada para penonton melalui nilai warisan dan budaya yang mewah,” ujar Setiausaha Jawatankuasa Parti dan Pengerusi Kumpulan Industri Budaya Guangxi, Huang Kehong. 

Aksi hebat kumpulan akrobatik Guangxi - gambar Encore Melaka
Aksi hebat kumpulan akrobatik Guangxi - gambar Encore Melaka

Menyentuh sedikit tentang Teater Encore Melaka, pentas teater yang terbesar dan termaju di rantau ini menawarkan ciri versatil dengan memiliki pentas-pentas yang berbilang fungsi. Selain persembahan kebudayaan, komitmen Encore Melaka terhadap kesenian dan kebudayaan turut memacu industri pelancongan dan menggalakkan pengunjung daripada segenap lapisan masyarakat. 

Tiket-tiket persembahan akan mula dijual dalam sedikit masa lagi. Untuk maklumat lanjut, ikuti Laman Facebook Encore Melaka atau layari www.encore-melaka.com. Anda juga boleh menghubungi talian tempahan tiket di +606-270 7777 atau +6012-650 7010. - Getaran, 5 Ogos 2023

Berita Berkaitan

1

Jelajah 1 bulan yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden

2

Jelajah 2 bulan yang lalu

Western Australia Tarik Minat Pelancong Cari Percutian Tenang, Dekat Dengan Alam

3

Jelajah 2 bulan yang lalu

Kedah, Perlis Tumpu Pelancongan Berasaskan Pengalaman

4

Jelajah 2 bulan yang lalu

BUNGA 2026 Bakal Himpunkan Keindahan Orkid Asia Di Genting Highlands

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari