web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Alyah Duta Jenama Kosmetik Terbaharu TWOMEE 

Penyanyi ini anggap pelantikannya sebagai rezeki dan akan berusaha untuk mempromosikan jenama ini

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Mar 2024 8:57PM

Datin Alyah

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi popular, Datin Alyah telah dilantik sebagai wajah atau duta untuk produk kosmetik terbaharu, TWOMEE dalam satu majlis yang diadakan di Hotel Royale Chulan Damansara pada Sabtu baru-baru ini. 

Sebagai duta produk, Alyah berperanan tanggungjawab untuk mempromosikan produk-produk di bawah jenama ini agar lebih dikenali dan diyakini. Selain itu, Alyah juga bertanggungjawab menyanyikan lagu tema TWOMEE yang dicipta oleh komposer Exactesy dan Rudeen, manakala liriknya dicipta oleh a a a cm.

Mengulas tentang pelantikannya itu, penyanyi yang popular dengan lagu Sesal Separuh Nyawa itu memberitahu dia sangat bersyukur di atas kesudian Pengasas TWOMEE, Dato Suraya Binti Haji Semaru untuk bekerjasama. 

“Saya rasa sangat bersyukur dan berterima kasih kepada pengasas iaitu Datuk Suraya yang sudi bekerjasama. Saya tahu dengan keadaan sekarang, persaingan sangat sengit kerana ada ramai lagi nama-nama yang lebih hebat daripada saya di luar sana. Inilah yang dinamanya rezeki.

Sebagai duta, saya perlu kerja lebih kuat untuk membantu jenama ini agar mendapat sambutan yang baik di pasaran. Saya akan memainkan peranan saya sebagai duta produk untuk memperkenalkan TWOMEE di pasaran,” ulas Alyah.

Dalam masa yang sama, Alyah juga berkongsi yang dia sendiri telah mencuba kosmetik TWOMEE dan dia berpuas hati dengan hasilnya.

“Selepas menjalani pembedahan Bariatrik pada 2022, kulit saya cepat kering. Jadi, apabila menggunakan kosmetik jenama ini, kulit saya tampil lebih baik, tidak terlalu kering. Selain itu, saya juga suka dengan warna-warna lipmate yang ditampilkan oleh jenama ini,” ujar Alyah. 

Sementara itu, Suraya memberitahu pihak media, pihaknya memilih Alyah sebagai duta kerana beliau tertarik dengan sikap ramah dan rendah diri penyanyi itu.

“Saya mengenali Alyah ketika dia membuat persembahan di majlis perkahwinan saya. Ketika itu saya melihat dia cukup mesranya melayan peminat. Melihat ciri-ciri yang ada pada dirinya itu membuatkan saya terfikir untuk menjadikan dia sebagai duta produk. Saya yakin, Alyah mampu memperkenalkan TWOMEE kepada orang ramai,” ujar beliau. 

Bercerita lanjut tentang TWOMEE, Suraya memberitahu beliau berharap jenama ini mendapat tempat di hati pengguna kerana ia dihasilkan dengan teliti bagi memastikan kualitinya terjamin.

“Bukan mudah untuk menghasilkan produk kosmetik yang berkualiti, kerana ia perlu melalui pelbagai ujian klinikal termasuk proses penyelidikan dan pembangunan yang berulang kali sehingga mendapatkan hasil yang terbaik. Harapan saya untuk memastikan jenama Twomee ini menjadi salah satu produk kosmetik pilihan pengguna,” ujar beliau.

“Apa yang membezakan TWOMEE dengan produk lain ialah, TWOMEE ini bukan untuk bersolek semata-mata, tetapi ia juga boleh dijadikan produk penjagaan kulit yang sesuai untuk semua peringkat umur dan jantina. Jadi kami menyasarkan TWOMEE untuk semua jantina, bukan hanya wanita,” tambah Ketua Pengarah Operasi TWOMEE, Mastura Mahmud pula. 

Salah satu produk yang berbaloi untuk dicuba ialah alas mekap 3 dalam 1 yang mudah dan cepat untuk diaplikasikan, berkualiti serta sangat sesuai untuk menjaga semua jenis kulit. 

Antara bahan-bahan yang digunakan dalam penghasilan produk TWOMEE ialah, petroleum yang dapat mencegah punca kehilangan kelembapan pada kulit. Selain itu, bahan seperti helichrysum merupakan herba yang dapat mencegah penuaan kulit, menghalang keradangan kulit dan sangat membantu kulit yang bermasalah. - Getaran, 12 Mac 2024

Foto : TWOMEE

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 minggu yang lalu

Tisha Shamsir Nafi Terbabit Dadah, Mengaku Tak Bersalah Di Mahkamah

2

Selebriti 2 minggu yang lalu

Yazmin Aziz Lakar Sejarah, Bakal Beraksi Di Mongolia 

3

Selebriti 3 minggu yang lalu

‘Saya Tetap Menyanyi Walau Tiada Gelaran’ - Jamal Abdillah

4

Selebriti 1 bulan yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 18 jam yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN