web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Selepas 8 Tahun Tidak Bertemu, Datuk Awie Bersyukur Akhirnya Bakal Beraya Bersama Dua Anaknya Pada Aidiladha Ini

Kongsi vokalis kumpulan Wings ini lagi, sepanjang lapan tahun terpisah, dia tidak pernah berhubung dengan dua anaknya bersama Rozana.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jun 2023 12:00PM

Awie di majlis tayangan perdana filem 'Sue On' - Gambar oleh Helmi Anuar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selepas lapan tahun tidak bertemu, akhirnya penyanyi terkenal, Datuk Awie bakal bertemu dua orang anaknya bersama bekas isteri, Rozana Misbun pada Aidiladha ini.

Menurut Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 54, anaknya iaitu Putri Qasseh Antasha, 13, telah menghantar mesej kepadanya ketika dia berada di Mekah sewaktu menunaikan umrah. 

"Ketika itu saya berada di Mekah pada bulan Ramadan. Saya sedang berdoa tiba-tiba saya dapat mesej daripada anak saya. Berderai air mata saya. 

"Hari Raya Haji tahun ini akan menjadi sangat bermakna buat saya. Saya sangat teruja untuk menantikan tarikh itu. Harap-harap dapat bertemu. Dapat jumpa sehari pun tak apa. Setengah hari sahaja pun tak apa," katanya ketika ditemui di tayangan perdana filem Sue-On

Kongsi vokalis kumpulan Wings ini lagi, sepanjang lapan tahun terpisah, dia tidak pernah berhubung dengan dua anaknya bersama Rozana. 

Ditanya apakah mesej yang dihantar oleh anaknya, kata Awie anaknya memberitahu bahawa dia sangat rindukannya serta menyayanginya dan turut bertanya khabar.

"Ada lagi perkara yang dia mesej tetapi saya tak boleh nak ceritakan di sini," ujarnya. 

Bersama Rozana, Awie dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Putra Ahmad Merah, 16, Putra Ahmad Rezzki, 15, dan Putri Qasseh Antasha, 13. 

Awie bersama bekas isteri, Rozana serta anak-anak - Gambar Internet
Awie bersama bekas isteri, Rozana serta anak-anak - Gambar Internet

Salah seorang daripada mereka iaitu Putra Ahmad Merah tinggal bersama Awie. Manakala dua yang lain bersama bekas isteri. 

Dalam perkembangan lain, Awie bakal muncul dengan filem pertama terbitannya iaitu Sue-On yang akan ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 6 Julai ini. Filem yang diarahkan oleh Ajiboy ini dibintangi oleh Awie sendiri, Reen Rahim, Ropie, Azlee Senario, Achey dan ramai lagi. - Getaran, 28 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Teruja Raikan Aidiladha, Abdul Rahman Mahu Sertai Korban Tahun Depan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Istimewanya Daging Korban, Hadiah Buat Golongan Memerlukan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Sumbang 35 Ekor Lembu Kepada 11 Wilayah Felda Sempena Aidiladha

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Zahirah, Aiman Hakim Timang Cahaya Mata Kedua

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM