web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bawakan Konsep Cinta, Giliran Andmesh Adakan Konsert Di Kuala Lumpur Jun Ini!

Pemilik nama sebenar Jeandmesh Antonio Kamaleng itu akan membawakan 15 lagu untuk konsertnya yang bakal berlangsung di Plenary Hall, KLCC pada 4 Jun nanti.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Mar 2023 9:12AM

Andmesh bakal mengadakan konsert di Kuala Lumpur Jun nanti - Gambar ihsan penganjur

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

“Ini impian saya sejak dulu”

Demikian luahan hati penyanyi Indonesia Andmesh Kamaleng sebaik sahaja mengumumkan konsert pertamanya di Kuala Lumpur Jun ini.

Pemilik nama sebenar Jeandmesh Antonio Kamaleng itu akan membawakan 15 lagu termasuklah lagu popularnya seperti 'Hanya Rindu', 'Cinta Luar Biasa' dan 'Andaikan Kau Datang' untuk konsertnya yang bakal berlangsung di Plenary Hall, KLCC pada 4 Jun nanti.

“Tidak sabar rasanya hendak menghiburkan peminat di Malaysia pada bulan Jun ini dalam sebuah konsert istimewa yang bertemakan cinta.

“Ini merupakan konsert pertama saya di Malaysia dan sudah lama saya idamkan untuk membuat persembahan di sana,” katanya.

Teruja bertemu dan memberikan persembahan luar biasa buat peminat Malaysia, Andmesh bakal membawakan enam pemuzik profesional untuk mengiringi persembahan.

“Seramai enam orang pemuzik profesional dari Indonesia bakal mengiringi saya ketika konsert itu nanti yang dijangkakan berlangsung selama dua jam.

“Konsep konsertnya nanti bertemakan cinta, saya mahu kesemua penonton konsert yang hadir merasakan ‘cinta’ melalui muzik, lirik dan nada yang saya bawakan.

“Istimewanya pada konsert itu nanti, susunan muziknya juga akan mengalami perubahan, khas untuk peminat-peminat di Malaysia, jadi rugi bagi siapa tidak menghadirkan diri. 

“Pastinya ada juga kejutan yang dipersembahkan nanti dan kalau hendak tahu kenalah beli tiket konsert nanti,” katanya.

Terdahulu, lagu ‘Cinta Luar Biasa’ yang diambil dari album pertamanya ya melonjakkan lagi namanya sehingga dikenali ramai di rantau Asia Tenggara, bukan itu sahaja lagu tersebut mendapat perhatian global apabila turut dinyanyikan semula dalam pelbagai bahasa seperti Inggeris dan juga Korea.

Tiket konsert bakal dijual bermula 30 Mac ini pada jam 2 petang di andmesh.ubertickets.asia -  Getaran, 31 Mac 2023 

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Jasad Remaja Maut Ditikam Selamat Disemadikan

2

Muzik 11 bulan yang lalu

Tiket Konsert Violet Skies: Dato' Sri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars Masih Boleh Dibeli

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Rampasan Dadah KL Meningkat 7 Kali Ganda

4

Muzik 1 tahun yang lalu

Michael Learns To Rock Buai Perasaan Lebih 5,000 Peminat

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Konsert Rumah Hati Terima Sambutan Hangat, 80 Peratus Tiket Sudah Terjual

oleh Sophia Ahmad

Filem & TV 13 jam yang lalu

Big Stage X Rocketfuel, Platform Bakat Baharu Dengan Tawaran Kontrak RM200,000

Tiga peserta terbaik akan menerima Rocketfuel Artist Development Contract bernilai sehingga RM200,000 yang merangkumi penghasilan single dan video muzik.

oleh Rahayu MN