web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sekarang Sudah Bahagia, Kisah 10 Tahun Lalu Tak Perlulah Dikaitkan – Shila Amzah

Penyanyi Shila Amzah terbuka untuk bercerita mengenai sejarah lagu-lagu ciptaannya semasa konsert Journey To The Future pada malam Sabtu lalu. 

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Mar 2023 7:00PM

Selepas Kuala Lumpur, Shila bakal meneruskan siri konsert jelajahnya di Pulau Pinang, Sabah, Singapura dan dua lokasi di Indonesia. - Gambar dari imc live global

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi Shila Amzah terbuka untuk bercerita tentang sejarah lagu-lagu ciptaannya semasa konsert Journey To The Future pada malam Sabtu lalu. 

Dalam konsert jelajah selama dua jam itu, pemilik nama sebenar Nurshahila Amir Amzah ini menyanyikan 28 buah lagu baik secara medley mahupun penuh, dengan sebahagiannya adalah  lagu-lagu ciptaan Shila dan pernah menjadi siulan ramai seperti Masih Aku Cinta, Beribu Sesalan dan Patah Seribu.

Tidak boleh menutup sejarah kisah cinta lampaunya dengan pelakon Sharnaaz Ahmad, Shila mendedahkan lagu Masih Aku Cinta memang diciptakannya sebagai ucapan perpisahan kepada lelaki itu. 

Namun katanya, kisah cinta itu sudah 10 tahun berlalu dan hatinya sudah pun terisi dengan kehadiran kekasih baharu.

Dia bersyukur namanya tidak lagi dikaitkan dengan bekas kekasihnya sebelum ini.

“Bila nak nyanyi lagu ini saya memang terpaksa ingat balik perasaan lalu. Sumpah terpaksa. Kisah ini sudah 10 tahun lalu, saya tak mahu nama saya dikaitkan lagi dengannya. Mujurlah sekarang namanya sudah dikaitkan dengan orang lain. Lega,” kata Shila dengan nada bergurau semasa di atas pentas.

Shila Amzah membawakan beberapa lagudalam pelbagai bahasa seperti bahasa Inggeris, Tagalog, Mandarin, Itali dan Perancis pada konsert tersebut.
Shila Amzah membawakan beberapa lagudalam pelbagai bahasa seperti bahasa Inggeris, Tagalog, Mandarin, Itali dan Perancis pada konsert tersebut.

Bukan itu sahaja, Shila turut mendedahkan sejarah lagu Jauh Hati yang diciptakannya semasa berada di dalam fasa terendah hidupnya. 

“Saya menulis lagu ini semasa dalam fasa paling bawah. Ketika itu saya rasa seperti tidak diperlukan dan dihargai. Saya yakin kita semua pernah merasai perasaan itu,” katanya. 

Paling mencuri tumpuan pada malam tersebut adalah kemampuan Shila Amzah membawakan beberapa lagu pelbagai bahasa seperti bahasa Inggeris, Tagalog, Mandarin, Itali dan Perancis menerusi lagu-lagu seperti Uptown Funk, Akin Ka Nalang Caruso, Je Suis Malade, Zui Chang De Dian Ying,  Xiang Ni De Ye dan Forever Love. 

Shila meraih tepukan gemuruh daripada 3,000 pengunjung yang terdiri daripada pelbagai kaum di dalam Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Selepas konsert pembukaan di Kuala Lumpur, Shila bakal meneruskan siri konsert jelajahnya yang bakal berlangsung di Pulau Pinang, Sabah, Singapura dan dua lokasi di Indonesia. - Getaran, 7 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Shila Amzah Selamat Bersalin, Ubai Sebak Lihat Isteri Bertarung Nyawa

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Shila Amzah, Ubai Kongsi Berita Kehamilan

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Mahu Menjaga Hati, Shila Amzah Tunggu Ibu Ubai Selesai Rawatan Kanser Untuk Umum Tarikh Kahwin

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Shila Amzah Dan Ubai Bertunang, Buat Majlis Secara Intim

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 jam yang lalu

Khadam Kutip RM1.2 Juta Selepas 5 Hari Ditayangkan, Ungguli Carta Filem Tempatan

oleh Rahayu MN