web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Shila Amzah Dan Ubai Bertunang, Buat Majlis Secara Intim

Penyanyi popular, Shila Amzah mengumumkan pertunangannya bersama Ubai menerusi hantaran di Instagram.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 May 2023 10:05AM

Shila Amzah telah mengikat tali pertunangan bersama cinta hatinya iaitu pempengaruh media sosial yang dikenali sebagai Ubai - Gambar Instagram Shila Amzah

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi popular, Shila Amzah telah mengikat tali pertunangan bersama cinta hatinya iaitu pempengaruh media sosial yang dikenali sebagai Ubai. 

Berita gembira itu dikongsinya oleh Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Hamzah, 33, menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, semalam.

"Alhamdulillah, terima kasih buat semua kawan-kawan  yang tolong kami 'settle' majlis ini. Ubai dan saya mahukan majlis pertunangan yang intim. Alhamdulillah majlis  berjalan dengan lancar. 

"Terlebih terkurang dari pihak keluarga Sha, kami minta maaf ya. 

"Dan yang terakhir terima kasih buat semua yang mendoakan kami. Semoga kami kuat menghadapi apa yang mendatang," tulisnya di bahagian kapsyen.

Sementara itu di bahagian komen kelihatan ramai rakan selebriti serta netizen yang memberikan ucapan  tahniah kepada pasangan ini.

Terdahulu, beberapa hari lalu, Shila telah memuat naik status di media sosialnya yang seakan-akan memberi bayangan bahawa sesuatu akan berlaku dalam hubungannya dan Ubai.  

Ramai yang membuat anggapan bahawa mereka sedang dilanda masalah. Namun selepas beberapa hari, Shila menukar kapsyen di gambar itu dengan menulis:  "All is well, don't worry". 

Shila dan Ubai dikatakan mula berkenalan sewaktu Shila terlibat dengan program The Masked Singer Malaysia musim kedua pada tahun lalu. Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zukefli adalah 8 tahun lebih muda daripada Shila. 

Namun usia bukan penghalang buat pasangan ini untuk menyulam cinta.

Shila sebelum ini pernah berkahwin pada tahun 2018 sebelum bercerai pada tahun 2022. Hasil perkahwinannya yang terdahulu, Shila dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Seth Uwais yang kini berusia 4 tahun. - Getaran, 28 Mei 2023

Isu Pada

Aishwarya Rai: Aura Nandini Dan 'Women Empowerment'

27 May 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Shila Amzah Selamat Bersalin, Ubai Sebak Lihat Isteri Bertarung Nyawa

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Shila Amzah, Ubai Kongsi Berita Kehamilan

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Mahu Menjaga Hati, Shila Amzah Tunggu Ibu Ubai Selesai Rawatan Kanser Untuk Umum Tarikh Kahwin

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Syazwan Zulkifly Akui Masih Baik Dengan Bekas Tunang, Ajak Pulang Beraya Di Kampung Bersama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 7 jam yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN