web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mahu Menjaga Hati, Shila Amzah Tunggu Ibu Ubai Selesai Rawatan Kanser Untuk Umum Tarikh Kahwin

Menurut Shila, persiapan perkahwinannya sudah hampir siap dan sudah ada tarikh namun akan diumumkan selepas bakal ibu mentuanya selesai menjalani rawatan kemoterapi

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jul 2023 1:24PM

Shila dan Ubai melangsungkan pertunangan 27 Mei lalu - gambar Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi popular, Shila Amzah mengakui persiapan menjelang hari bahagianya sudah hampir siap namun dia enggan mengumumkan tarikh selagi bakal ibu mentuanya belum selesai menjalani rawatan sakit kanser.

Menurut Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah, 33, dia tidak mahu kelihatan seolah-olah teruja dengan perkahwinan ini sedangkan ada insan tersayang yang sedang bertarung nyawa.

“Setakat ini, ibu Ubai (tunang Shila) sedang menjalani rawatan radioterapi. Selepas itu dia akan teruskan rawatan kemoterapi yang keenam. Jadi selepas itu baru kita boleh umumkan. Bakal ibu mentua saya mahu berada di majlis perkahwinan itu nanti.

“Baju dan tudung dia semua kita dah beli. Persiapan untuk pihak keluarga semua dah siap. Apa yang kami mahukan sekarang adalah bakal ibu mentua saya berada dalam keadaan yang sihat,” katanya ketika ditemui di sidang media konsert Rockmantika Judika And The Gang.

Shila dan bakal ibu mentuanya - gambar Instagram
Shila dan bakal ibu mentuanya - gambar Instagram

Tambah Shila lagi, hubungannya dengan bakal ibu mentuanya sangat rapat dan wanita itu sentiasa menyokongnya dalam apa jua perkara.

“Saya memang sangat rapat dengan bakal mak mentua saya. Dia seorang yang sangat baik dan sangat ‘supportive’. Andai saya terpaksa kembali ke China atas urusan kerja juga dia sangat galakkan,” ujarnya.

Bercerita lebih lanjut tentang majlis perkahwinannya, kata Shila majlis itu akan diadakan dalam skala kecil dan lebih bersifat peribadi.

“Persiapan untuk perkahwinan kali ini sangat berbeza. Banyak perkara yang saya uruskan sendiri seperti orang biasa. Tiada jalan pintas. Apa yang boleh katakan, ini adalah satu pengalaman yang sangat menyeronokkan. Kalau boleh saya mahu bersederhana,” kongsinya

Terdahulu Shila dan Ubai atau nama sebenarnya Ubaidillah Mohd Zulkefli, 25, telah mengikat tali pertunangan pada 27 Mei yang lalu. – Getaran, 18 Julai 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 minggu yang lalu

Tisha Shamsir Nafi Terbabit Dadah, Mengaku Tak Bersalah Di Mahkamah

2

Selebriti 2 minggu yang lalu

Yazmin Aziz Lakar Sejarah, Bakal Beraksi Di Mongolia 

3

Selebriti 3 minggu yang lalu

‘Saya Tetap Menyanyi Walau Tiada Gelaran’ - Jamal Abdillah

4

Selebriti 1 bulan yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa