Berita Terkini

2 jam yang lalu: Pencari madu lebah maut jatuh pokok setinggi 30 meter di Kampung Meranto, Gua Musang 2 jam yang lalu: KDN salur peruntukan lebih RM2.3 juta untuk pembaikan penjara, PPD di Kedah 2 jam yang lalu: Rumah terbakar: Seramai 76 penghuni Rumah Selunsin, Pakan dalam Bahagian Sarikei terjejas 2 jam yang lalu: MAHB kekal untung selepas merekodkan untung bersih suku pertama RM58.19 juta 2 jam yang lalu: Hanya 35 peratus atau seramai 176,883 suri rumah carum bawah Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR)

IKUTI KAMI


Syazwan Zulkifly Akui Masih Baik Dengan Bekas Tunang, Ajak Pulang Beraya Di Kampung Bersama

Biarpun sudah dua tahun putus tunang, namun hubungan pelakon Syazwan Zulkifly dan bekas tunangnya masih baik dan mereka tidak bergaduh.

Selebriti Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 04 May 2023 2:22PM

Syazwan Zulkifly - Gambar Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon Syazwan Zulkifly mengakui dirinya masih berhubungan baik dengan bekas tunangnya biarpun sudah dua tahun berpisah.

Malah, pelakon siri Nenek Bongkok Tiga Ini turut mengundang bekas tunangnya yang bertugas sebagai pramugari itu untuk beraya di kampung halamannya. 

"Ibu bapa dia sudah meninggal sewaktu pandemik dulu. Ibu saya juga sudah kenal dengan dia. Saya kasihan dengan dia kerana sudah tiada ibu bapa. 

"Dia juga lebih 'ngam' dengan ibu saya daripada saya. Ibu saya pun lebih percayakan dia daripada saya.

"Memang kami sudah putus tunang. Tetapi hubungan kami masih baik. Kami masih berkawan dan tidak bergaduh. Kadang-kadang dia tolong jaga kucing saya," katanya ketika ditemui di majlis berbuka puasa Viu Malaysia.

Ditanya adakah hubungan mereka berdua akan kembali terjalin, kata Syazwan dia dan bekas tunangnya tidak pernah berborak mengenai hal ini.

"Sejak putus tunang, saya tidak pernah menjalinkan hubungan dengan sesiapa. Untuk dia pula saya tak tahu. Saya pun tak pernah tanya dia sama ada dia punya kekasih baru ataupun tidak," kongsinya. 

Dalam perkembangan lain, drama lakonan Syazwan yang berjudul Geng Daddy Daddy sedang ditayangkan di TV3. Manakala filem lakonannya iaitu Malbatt Misi Bakara akan ditayangkan tidak lama lagi. – Getaran 3 Mei 2023 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 hari yang lalu

Shila Amzah Dan Ubai Bertunang, Buat Majlis Secara Intim

2

Selebriti 4 hari yang lalu

Saya Bukan Jenis Yang Sentiasa 'Say Yes' Untuk Puaskan Hati Pihak Lain - Gambit Saifullah 

3

Selebriti 2 minggu yang lalu

Baru Dedah Perkahwinan - Farali Khan Tak Gemar Canang Cerita Peribadi, Kini Hamil 7 Bulan 

4

Selebriti 3 minggu yang lalu

Polis Sah Terima 2 Laporan Isteri Hafidz Roshdi Gugurkan Kandungan

Sorotan

1

Jurugambar Ditahan Bantu Siasatan Amang Seksual Di Sepang

2

Pilih Bulu, RapidKL ‘Dibelasah’ Benarkan VVIP Guna MRT Tanpa Pelitup Muka

3

Dakwaan Pulau Pinang Milik Kedah, Sanusi Perlu Faham Perlembagaan - Anwar

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Kalau Tak Pelik, Bukan Aina Abdul! - Fesyen Selimut Toto Dan Ais Krim Paddle Pop Jadi Perhatian Netizen 

oleh Zara Sofea

Filem & TV 1 hari yang lalu

Mesir Minta Siri Netflix 'Queen Cleopatra' Diharamkan

Dokudrama empat episod itu ditayangkan di Netflix pada 10 Mei dan mencetuskan kontroversi besar kerana ia dibintangi pelakon ‘biracial British’ Adele James seba...

Filem & TV 1 hari yang lalu

Raih RM16 Juta Hari Ke 4 Tayangan Rasmi, Polis Evo 3 Tepis Filem Hollywood Fast X Dan Pecah Rekod Mat Kilau

Kejayaan luar biasa yang dicatatkan Polis Evo 3 ini membuktikan filem tempatan masih mendapat sokongan daripada peminat dan menginginkan filem yang berkualiti.

oleh Zara Sofea

Selebriti 1 hari yang lalu

Liyana Jasmay Bersyukur Perkongsian Berkenaan Diskriminasi Warna Kulit Membuat Orang Berkulit Gelap Tersentuh

oleh Rubini Nagarajah