web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pelakon Hafidz Roshdi Disahkan Waras, Layak Dibicara Cederakan Isteri

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jun 2023 2:00PM

Hafidz Roshdi - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA KUBU BHARU - Mahkamah Majistret di sini hari ini diberitahu bahawa pelakon Hafidz Roshdi yang didakwa atas pertuduhan mencederakan isterinya pada Mac lepas, disahkan waras dan boleh dibicarakan atas pertuduhan tersebut.

Timbalan Pendakwa Raya Asmaa’ Zamri berkata ia berdasarkan laporan psikiatri yang dikeluarkan Hospital Bahagia Tanjung Rambutan, Perak ke atas Hafidz Roshdi atau nama sebenarnya Muhammad Hafidz Roshdi, 29.

“Pihak pendakwaan telah menerima laporan psikiatri itu dan laporan tersebut menyatakan tertuduh adalah waras dan boleh dibicarakan oleh mahkamah ini," katanya semasa sebutan kes di hadapan Hakim Mohd Kafli Che Ali yang bertindak sebagai Majistret.

Asmaa turut memohon kepada mahkamah satu tarikh sebutan lain ditetapkan bagi serahan dokumen.

Peguam Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Hafidz memohon supaya salinan laporan psikiatri itu dapat diserahkan kepada pembelaan untuk pihaknya meneliti kandungan laporan berkenaan, namun Asmaa berkata pendakwaan hanya mempunyai satu salinan laporan dan ia akan diserahkan pada sebutan kes akan datang.

Mahkamah kemudian menetapkan 17 Julai depan untuk sebutan semula kes.

Pada prosiding sebelum ini, mahkamah memerintahkan supaya pelakon itu mendapatkan pemeriksaan dan rawatan psikiatri selepas pihak pendakwaan memohon supaya tertuduh dirujuk ke Hospital Bahagia Tanjung Rambutan, Perak mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah.

Pada 13 Mac lepas, Hafidz engaku tidak bersalah atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap isterinya Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, dengan menumbuk pipi kiri wanita itu sebanyak tiga kali sehingga mangsa mengalami luka, lebam dan bengkak.

Pelakon drama bersiri “Tundukkan Playboy Itu”, dituduh melakukan kesalahan itu berhampiran susur keluar Tol Sungai Buaya di sini pada 3.22 pagi, 2 Mac lepas.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang membawa hukuman penjara dua kali ganda tempoh maksimum bagi sabitan di bawah Seksyen 323. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

4 Pelakon Sado Dan Kacak Ini Dikaitkan Dengan Kes Pukul Kekasih

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Pelakon Filem Paku Tanah Jawa, Masayu Anastasia Kagumi Maya Karin 

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Baru Dapat Peluang Berlakon, Mesej Lucah Hafidz Roshdi Disebarkan Bekas Isteri

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Siapa Punya Kerja, Tanam Paku Kat Bahu Jalan

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran