Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Rai Ulangtahun Ke-25, DFP Bakal Adakah Siri Konsert Artis & Band Tempatan Sepanjang Tahun 

Siri konsert istimewa yang bakal menampilkan tujuh artis-artis tempatan solo dan berkumpulan iaitu Stacy, Datuk Ramli Sarip, Exists, Madso, Khai Bahar Meet Uncle Hussain dan beberapa penyanyi lain dalam siri MPO Jazz Band & Friends. 

Muzik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jan 2023 7:00PM

Khai Bahar, Stacy dan Ramli Sarip bakal muncul dalam siri konsert ulangtahun ke-25, Dewan Filharmonik Petronas (DFP) sepanjang tahun ini. - Gambar DFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bagi meraikan ulangtahun ke-25, Dewan Filharmonik Petronas (DFP) bakal siri konsert istimewa yang bakal menampilkan tujuh artis-artis tempatan solo dan berkumpulan iaitu Stacy, Datuk Ramli Sarip, Exists, Masdo, Khai Bahar, Meet Uncle Hussain dan beberapa penyanyi lain dalam siri MPO Jazz Band and Friends. 

Stacy - Gambar DFP
Stacy - Gambar DFP

Siri konsert ini bakal dimulai dengan penampilan penghibur lincah Stacy yang akan membuat persembahan pada hari Sabtu, 23 Februari 2023. 

Stacy akan membawa peminat bersama-sama menyusuri perjalanan seni beliau selama 15 tahun melalui lagu-lagu dance music dan balada yang dipetik dari album-album beliau.

Legenda rock Datuk Ramli Sarip pula akan mempersonakan hadirin melalui konsert bertemakan ‘Syair Timur’ pada hari Sabtu, 13 Mei 2023. 

Ini merupakan penampilan keempat Ramli Sarip di pentas DFP selepas mengadakan konsert solo pada tahun 2010 dan menjadi artis undangan untuk konsert Dato Khadijah Ibrahim (2008) dan Orkestra Filharmonik Remaja Malaysia (2017).

Selepas itu, tibalah giliran kumpulan Exists mempersembahkan konsert pada hari Sabtu, 3 Jun 2023 menampilkan lagu-lagu malar segar dari karier seni yang menjangkau 30 tahun. 

Exists telah melahirkan 13 album dan memenangi banyak anugerah di upacara muzik berprestij. Pastikan peminat tegar kumpulan ini tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama meraikan malam bersejarah ini di DFP.

Kugiran Masd0 - Gambar DFP
Kugiran Masd0 - Gambar DFP

Kumpulan indie terkenal, Masdo bakal mengambil alih pentas DFP pada hari Sabtu, 22 Julai 2023. Bakal menyerlah dengan muzik pop bernuansakan tahun 60an, kumpulan ini bakal menyampaikan lagu-lagu dari album hit mereka.

Dalam pada itu, Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) pula akan mempersembahkan sebuah konsert jazz istimewa di bawah siri konsert DFP ini pada hari Sabtu, 9 September 2023. 

Bertemakan MPO Jazz Band & Friends, konsert ini bakal menyaksikan MPO mempelbagaikan genre muzik persembahannya dan turut disertai oleh artis-artis undangan tanahair. 

Artis muda berbakat besar Khai Bahar bakal mengalunkan suara merdu beliau pada hari Sabtu, 11 November 2023. Dari penampilan awal di platform YouTube dan Smule hinggalah ke penampilan terbaru di DFP ini, konsert ini bakal menjadi pencapaian terbesar beliau dalam arena senisuara. Khai telah merakamkan 30 buah lagu dan menggondol pelbagai anugerah tempatan berprestij. 

Meet Uncle Hussain - Gambar DFP
Meet Uncle Hussain - Gambar DFP

Siri konsert ini bakal melabuhkan tirai melalui konsert Meet Uncle Hussain pada hari Sabtu, 2 Disember 2023. Konsert yang merupakan agenda wajib untuk peminat muzik indie tanahair ini bakal menyerlahkan bakat salah satu kumpulan rock berevolusi yang unggul di Malaysia.

Siri konsert ini juga merupakan langkah berterusan DFP untuk menghargai artis-artis tempatan dengan menyediakan platform untuk mempamerkan bakat seni mereka, bahkan ia sejajar dengan matlamat DFP untuk menarik pelbagai golongan untuk menikmati muzik di dewan ini.

Tiket-tiket berharga antara RM169 hingga ke RM369 boleh didapati di Box Office DFP atau layari www.dfp.com.my. Semua konsert dijadualkan bermula jam 8.30 malam. DFP boleh memuatkan 920 penonton pada satu masa. – Getaran, 20 Januari 2023 

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 tahun yang lalu

Dedah Rahsia Masalah Kesihatan Mental, Stacy Bakal Persembahkan 'Teriak' Secara Eksklusif Di DFP

2

Muzik 1 tahun yang lalu

Juita Tak Hanya Kumpulan Wanita Biasa, Miliki Karakter Berbeza Seperti Single Mereka, 'Pendua'

3

Muzik 1 tahun yang lalu

Tertangguh Selama Dua Tahun, Konsert Ruffedge Tetap Meriah Dan Menghiburkan

4

Muzik 1 tahun yang lalu

Aishah Bakal Alunkan Suara Hebatnya Dalam Konsert Di DFP

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Selebriti 2 jam yang lalu

Pendedahan Sarah Yasmine Bikin Gempar 1 Malaya, Nama Emma, Chacha, Caprice Dan ‘TPM’ Jadi Bualan Netizen

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Bella Astillah Akui Bertemu Sarah Jasmine, Baca Mesej Ruhainies Desak Aliff Buka Aibnya

Pelakon dan penyanyi itu memaklumkan Sarah Jasmine menghubunginya untuk memohon maaf kerana menjalinkan hubungan sulit dengan suaminya. 

oleh Helmi Anuar

Selebriti 1 hari yang lalu

Adira Sah Bercerai

Lafaz talak satu dibuat Datuk Seri Adnan Abu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat pagi tadi.

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 14 jam yang lalu

Amar Baharin Dedah Tanah Ada 2 Geran, MB Selangor Janji Siasat

oleh Rahayu MN