web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Dedah Rahsia Masalah Kesihatan Mental, Stacy Bakal Persembahkan 'Teriak' Secara Eksklusif Di DFP

Tidak ramai tahu bahawa penyanyi Stacy pernah berdepan dengan masalah depresi dan tekanan mental sekali gus mencetuskan inspirasi buat dirinya untuk tampil dengan single baharu berjudul 'Teriak'. 

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Feb 2023 2:00PM

Stacy kini tampil dengan single terbaharu berjudul 'Teriak'. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tidak ramai tahu bahawa penyanyi Stacy pernah berdepan dengan masalah depresi dan tekanan mental dan itulah yang mencetuskan inspirasi buat dirinya untuk tampil dengan single baharu berjudul 'Teriak'. 

“Lagu ini sebetulnya menceritakan perkara yang pernah dilalui ramai orang. Ia berkaitan masalah kesihatan mental dan lagu ini juga sebenarnya bercerita mengenai pengalaman saya sendiri yang pernah mengalami masalah depresi dan tekanan mental. 

“Cuma, bila teringat kembali peristiwa itu, saya tidak terlalu mengambil berat emosi saya ketika itu, sedangkan ia sangat penting. Saya rasa ramai orang mengalami masalah yang sama. 

“Kalau dahulu, saya tidak begitu faham dengan masalah kesihatan mental. Saya hanya belajar untuk banyak bersabar untuk menghadapi tekanan jiwa yang dirasai ketika itu. 

“Sedangkan sebenarnya ada banyak kumpulan sokongan seperti Befrienders KL yang boleh dihubungi untuk membantu individu yang berhadapan dengan masalah itu,” katanya.

'Teriak' berkisar tentang pengalaman masalah mental yang pernah dilalui ramai individu. - Gambar fail
'Teriak' berkisar tentang pengalaman masalah mental yang pernah dilalui ramai individu. - Gambar fail

Menurut Stacy, lirik lagu bertemakan masalah kesihatan mental itu ditulis selepas mendengar melodi terlebih dahulu. 

“Saya berasakan melodi ini memerlukan lirik yang betul-betul kuat. Disebabkan lagu ini juga saya yang nyanyikan sendiri, saya mahukan lirik lagu yang lebih daripada biasa.

“ Ia mengambil masa agak lama juga untuk dihasilkan kerana perlu mencari  perkataan-perkataan  yang betul-betul sesuai,” katanya. 

Berbeza dengan kebanyakan single terdahulu, ‘Teriak’ menampilkan genre rock yang memberikan cabaran tersendiri. 

“Dari segi genre muzik pula, ia lebih terarah ke genre rock. Lagu ini boleh dikatakan agak mencabar kerana saya sudah lama tidak menyanyikan lagu seperti ini. 

“Dari segi teknikal pula, ia sangat memerlukan usaha yang banyak untuk dapatkan hasil terbaik. Saya berterima kasih kepada Akim kerana dia banyak membantu saya. Tanpa adanya bantuan daripada dia, mungkin lagu ini tidak akan menjadi,” katanya. 

Jelas Stacy lagi, lagu ‘Teriak’ ini bakal dipersembahkan secara eksklusif pada Konsert Dewan Filharmonik Petronas (DFP) Stacy, 25 Februari ini.

Stacy mengakui sedang memberikan tumpuan kepada persembahan 'Teriak'. - Gambar fail
Stacy mengakui sedang memberikan tumpuan kepada persembahan 'Teriak'. - Gambar fail

“Untuk konsert di DFP nanti, saya akan bawa lagu ini secara eksklusif. Jadi, memang sekarang saya banyak tumpukan perhatian untuk mempersembahkan lagu ini dengan baik. Semoga semuanya berjalan lancar. 

“Saya harap orang ramai dapat faham apa isi sebenar yang ingin saya sampaikan dalam lagu terbaharu saya ini. Saya pernah mengalami masalah sedemikian, jadi saya mampu berikan penjiwaan sepenuhnya ketika menyampaikan lagu ini,” katanya. 

Single terbaharu 'Teriak' terbitan bersama Nova Music dan Rhythm & Rhyme Entertainment nyanyian Stacy boleh mula distrim di semula perkhidmatan striming muzik digital. Video lirik lagu tersebut juga boleh ditonton di saluran YouTube ‘Nova Music Videos’. – Getaran, 23 Februari 2023


 

Berita Berkaitan

1

Muzik 3 tahun yang lalu

Rai Ulangtahun Ke-25, DFP Bakal Adakah Siri Konsert Artis & Band Tempatan Sepanjang Tahun 

2

Muzik 3 tahun yang lalu

Juita Tak Hanya Kumpulan Wanita Biasa, Miliki Karakter Berbeza Seperti Single Mereka, 'Pendua'

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 11 jam yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN