web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Juita Tak Hanya Kumpulan Wanita Biasa, Miliki Karakter Berbeza Seperti Single Mereka, 'Pendua'

Sebagai sebuah kumpulan baharu, mereka telah meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Stacy dan Akim dalam menentukan hala tuju muzik yang dibawa.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Oct 2022 3:21PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Belum pun kumpulan wanita baharu yang menamakan diri mereka sebagai Juita diperkenalkan secara rasmi dalam industri muzik tanah air, single debut mereka, 'Pendua' telah pun meraih perhatian daripada peminat muzik tempatan. 

Bernaung di bawah label Rhythm and Rhyme (RnR) Entertainment milik pasangan suami isteri, Akim dan Stacy, Juita dianggotai Nur Aini Hayati Mustafa (Aini, 25); Khairin Najihah Hisham Muddin (Kyerin, 23); Nurhusnina Haziqah Naharuddin (Nina, 26) dan Nurnajihah Azmi (Jay, 23).  

Kesemua anggota Juita telah disatukan pada awal April lalu selepas sesi uji bakat dijalankan di studio milik label tersebut dan sebelum munculnya muncul dengan single debut 'Pendua', mereka telah menghasilkan terlebih dahulu lagu ‘cover’ Cinta (Marsha) dan Duit (Stacy) di YouTube.

Sebagai sebuah kumpulan baharu, mereka telah meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Stacy dan Akim dalam menentukan hala tuju muzik yang dibawa.

“Sebetulnya kami semua tidak mempunyai pengalaman yang jauh dan lebih dalam bidang muzik ini. Jadi kami meletakkan sepenuhnya kepada pihak pengurusan dalam menentukan hala tuju muzik Juita bersesuaian dengan kelebihan dan perwatakan yang ada pada kami.

“Sebagai pengenalan dalam industri, lagu 'Pendua' adalah genre ‘pop dance’ dan kebetulan kami semua juga minat menari,” kata Ain membuka cerita. 

Bagi Kyerin pula, merakamkan lagu 'Pendua' adalah pengalaman yang cukup berharga bagi mereka.

“Kami rasa teruja dan kami tak nafikan ia juga suatu proses yang sukar kerana ada di antara kami tak biasa menyanyi. Selama ini, menyanyi sekadar suka-suka di karaoke saja. Jadi, apabila pertama kali merakam lagu ia satu proses dan pengalaman baharu buat kami.

“Tapi, Akim dan Stacy banyak beri kami tunjuk ajar ketika di studio rakaman. Dalam keseronokan tetap rasa mencabar. Walaupun agak susah, tapi kami berjaya melakukannya. 

“Cuma, mungkin yang susah dan penat tu lebih kepada Stacy sebab dia kena duduk berjam lamanya serta sabar menjaga proses kami merakam lagu,” katanya.

Menurut Nina, bekerja di bawah tunjuk ajar Akim dan Stacy juga adalah sesuatu pengalaman yang cukup berharga kerana banyak berkongsi ilmu dan nasihat. 

“Kami rasa senang bekerja dan suka dengan situasi bekerja sebab ada masa kelakar, kami dapat gelak ketawa, buat lawak bersama-sama tapi bila masa kerja, memang semua serius dan tegas. Sebab produk yang nak dikeluarkan adalah lagu dan lagu adalah  seni  yang tak boleh dibuat main. Jadi, kena fokus dan teliti.

“Sikap tegas Stacy dan Akim tu, kami hormat sebab mereka mementingkan kualiti. Mereka bukan saja mengajar kami dari segi muzik, tapi secara tidak langsung banyak berkongsi cerita dan pengalaman mereka sendiri dalam industri. 

“Mereka juga beritahu kami, apa yang perlu kami jaga, bagaimana nak membawa diri termasuk pembentukan kami sebagai seorang insan dalam kehidupan. Pendek kata bukan tertumpu pada muzik saja. 

“Cerita dan pengalaman yang mereka kongsikan cukup berguna dalam kehidupan seharian kami juga. Sebagai contoh, hormat kepada guru, adab dengan orang dalam industri tanpa mengira pangkat, hormat orang lama, hormat terhadap muzik, ibu bapa, bagaimana nak menjaga diri di dunia luar dan banyak lagi,” katanya.

Ditanya apakah kelebihan Juita, Jay memberitahu, setiap seorang daripada mereka memiliki karakter berbeza sehingga dapat disatukan sebagai satu kumpulan.

“Sekiranya dilihat dari segi terperinci, setiap seorang daripada kami mempunyai watak dan pembawakan yang berbeza. Kami tidak cuba untuk jadi orang lain tapi kami lebih kepada ‘explore’ watak kami sendiri. 

“Ada yang maskulin, feminin, ‘boyish’, jadi itu semua agak berbeza daripada kumpulan wanita lain. Kami juga cuba untuk menjadi diri sendiri dalam setiap seni yang dibawa. 

“Sama ada dari segi muzik dan personaliti dalam kumpulan, konsep kami nyata berbeza dengan apa yang ada di Malaysia sekarang,” katanya. 

Lagu 'Pendua' ciptaan Bunga Cantik (Stacy) dan Hang Nadim (Akim Ahmad) serta lirik oleh Bunga Cantik dilancarkan secara rasmi sejak 2 September dan video muzik pada 17 September lalu. – Getaran, 5 Oktober 2022 

Gambar: Rhythm and Rhyme (RnR) Entertainment

Berita Berkaitan

1

Muzik 3 tahun yang lalu

Dedah Rahsia Masalah Kesihatan Mental, Stacy Bakal Persembahkan 'Teriak' Secara Eksklusif Di DFP

2

Muzik 3 tahun yang lalu

Rai Ulangtahun Ke-25, DFP Bakal Adakah Siri Konsert Artis & Band Tempatan Sepanjang Tahun 

3

TARA 3 tahun yang lalu

Akim Ahmad, Stacy Anam Dikurniakan Anak Lelaki

4

Muzik 5 tahun yang lalu

Konsert Unplugged Search Sempena Tahun ke-40 September Nanti

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 11 jam yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN