web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Akim Ahmad, Stacy Anam Dikurniakan Anak Lelaki

Pasangan selebriti Akim Ahmad dan Stacy Anam telah dikurniakan seorang putera kira-kira jam 10.19 pagi tadi bersamaan 8 Muharram 1444 hijrah.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Aug 2022 5:46PM

Gambar ihsan Instagram Stacy

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Akim yang juga merupakan vokalis kumpulan Akim & The Majistret menyatakan rasa kesyukuran dan terima kasih kepada Stacy melalui akaun instgramnya sendiri apabila isteri tercintanya itu telah selamat melahirkan cahaya mata mereka  yang ketiga itu.

“Segala pujian selayaknya untuk-Mu Ya Allah.  Isteriku tercinta @stacyanam telah selamat melahirkan anak lelaki kami, Alhamdulillah. Terima kasih wahai isteri. Terima kasih Tuhanku. Allahu Akbar,” katanya. 

Akim dan Stacy  merupakan bekas pelajar daripada rancangan realiti TV Akademi Fantasia. Akim Stacy adalah juara AF Musim 6, manakala Akim menduduki tempat ketiga dalam  AF Musim 7.  

Pasangan yang telah mencipta lagu berjudul Cinta nyanyian Marsha Milan sehingga ia berjaya merangkul tempat kedua dalam Anugerah Juara Lagu Ke-36 pada Mac lalu ini  telah mendirikan rumahtangga  pada 5 Februari 2016.

Sepanjang perkahwinan mereka yang telah pun mencecah usia 6 tahun lebih itu, pasangan ini telah dikurniakan tiga cahaya mata termasuk seorang yang baru dilahirkan pagi tadi. - Getaran, 6 Ogos 2022

Isu Pada

Cantik Di Mata, Memikat Selera

06 Aug 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Lap Mulut Dengan Wang, Anak Tiri Taib Mahmud Undang Kemarahan

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Berani Budak Kecik Ni Balas Balik Kat Mak Dia

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Syifa Melvin, Safawi Rashid Sambut Kelahiran Anak Pada Sabtu

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Reman Ibu Amang Seksual Anak Lelaki 14 Tahun, Sambung 3 Hari

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh