web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tertangguh Selama Dua Tahun, Konsert Ruffedge Tetap Meriah Dan Menghiburkan

Biarpun tiket terpaksa dijual kali kedua, namun konsert Ruffedge yang berlangsung di Dewan Filharmonik Petronas Sabtu lalu tetap meriah dengan kehadiran peminat setia.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jul 2022 4:00PM

Kemunculan Ruffedge ternyata mengubati kerinduan peminat mereka selama ini. - Gambar ihsan Dewan Filharmonik Petronas (DFP)

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Malam Sabtu lalu telah berlangsung konsert istimewa dari kumpulan Ruffedge yang bertempat di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) selepas lebih dua tahun tertangguh.

Konsert ini sepatutnya berlangsung pada bulan Mac tahun 2020, tetapi disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan pada bulan yang sama, mereka terpaksa menunda konsert ini biarpun tiket ketika itu sudah pun habis dijual.

Biarpun tertangguh selama dua tahun, namun peminat masih setia menunggu persembahan mereka. Buktinya, Dewan Filharmonik pada malam itu penuh dengan peminat.

Khayalan, menjadi lagu pembuka konsert kumpulan Ruffedge.
Khayalan, menjadi lagu pembuka konsert kumpulan Ruffedge.

Rata-rata mereka kelihatan sangat teruja untuk menonton persembahan dari kumpulan yang dianggotai oleh Zain Hamid, Cat Farish, Azan, Mode dan Syed Hussein ini.

Konsert pada malam itu dibuka dengan lagu ‘Khayalan’, sekaligus menaikkan semangat seluruh penonton yang hadir. Kemudian persembahan diteruskan dengan lagu yang menaikkan nama Ruffedge iaitu ‘Tiada Lagi Cinta’.

Antara lagu yang dipersembahkan ialah 'Tiada Lagi Cinta'.
Antara lagu yang dipersembahkan ialah 'Tiada Lagi Cinta'.

12 buah lagu dipersembahkan pada malam itu. Menariknya, setiap persembahan diselang-selikan dengan persembahan solo dari setiap anggota Ruffedge. 

Zain menyampaikan lagu solo berjudul 'April Shower', diikuti dengan Cat yang menyanyikan lagu 'Papa Jahat', kemudian sesi solo diteruskan dengan Sein menerusi lagu 'No One Else Come Close', diikuti dengan Azan yang menyanyikan lagu 'Sabar Menanti' dan yang terakhir iaitu Mode mempersembahkan lagu 'Still'. 

Setiap persembahan diselang-selikan dengan persembahan solo dari setiap anggota Ruffedge.
Setiap persembahan diselang-selikan dengan persembahan solo dari setiap anggota Ruffedge.

Mereka berlima turut menyampaikan lagu-lagu tribute buat insan bergelar wanita menerusi medley lagu ‘Azura’, ‘Rozana’ dan ‘Suraya’ dan seterusnya disambung dengan lagu hit mereka iaitu 'Tipah Tertipu'. 

Pada malam itu, peminat turut dihidangkan dengan lagu terbaharu mereka yang berjudul ‘Belenggu’ yang bakal dimuatkan dalam album studio baharu mereka yang akan dipasarkan tidak lama lagi. 

Ruffedge turut menyanyikan 'Belenggu’ yang bakal dimuatkan dalam album studio baharu mereka.
Ruffedge turut menyanyikan 'Belenggu’ yang bakal dimuatkan dalam album studio baharu mereka.

Antara lagu-lagu Ruffedge yang popular yang turut dipersembahkan malam itu adalah ‘Lemas’, dan ‘Bila Rindu’. Sebagai penutup mereka sekali menyampaikan lagu ‘Khayalan’ versi penuh di mana kesemua penonton turut berdiri bersama menyanyikan lagu berkenaan. 

Boleh dikatakan konsert ini sangat istimewa buat peminat setia Ruffedge khususnya kerana ia begitu intim dan bersahaja. Kerenah dan telatah lucu masing-masing juga berjaya mengundang tawa setiap yang hadir.

Konsert ini sangat istimewa buat peminat setia Ruffedge.
Konsert ini sangat istimewa buat peminat setia Ruffedge.

Ruffedge sewaktu ditemui ketika sesi bersama media berkata mereka sangat gembira melihat ramai yang hadir pada malam itu biarpun terpaksa membeli tiket untuk kali kedua.

“Alhamdulillah waktu kali pertama kita jual, tiket habis. Tetapi disebabkan PKP, kita terpaksa pulangkan semula duit pembeli. Tetapi tak sangka bila dibuka jualan untuk kali kedua ia tetap habis juga,” kata Zain.

Menerusi konsert kali ke-4 ini, masing-masing turut menyanyi lagu secara solo.
Menerusi konsert kali ke-4 ini, masing-masing turut menyanyi lagu secara solo.

Namun kata Cat, pada mulanya mereka agak risau kerana tiada promosi dilakukan sebaik diberikan lampu hijau untuk meneruskan konsert. Tetapi pihak DFP yakin bahawa tiket akan tetap habis dijual. 

Ditanya tentang masing-masing yang menyanyikan lagu solo pada malam itu, kata Mode, setiap anggota kumpulan Ruffedge mempunyai forte sendiri dalam cara nyanyian. 

“Setiap seorang dari kami boleh jadi lead vocal dan juga boleh menjadi back up. Jadi malam ini kita nak tunjukkan apa yang kita suka,” katanya.

Konsert ini sepatutnya berlangsung pada Mac 2020 namun ditunda susulan pelaksanaan PKP.
Konsert ini sepatutnya berlangsung pada Mac 2020 namun ditunda susulan pelaksanaan PKP.

Tambah Azan pula, menerusi tiga konsert yang pernah dianjurkan sebelum ini, mereka hanya tertumpu kepada lagu-lagu mereka sendiri. 

“Untuk konsert kali keempat ini saya rasa inilah masanya untuk kami masing-masing menyanyi secara solo. Sebelum ini memang ada tetapi terbatas dengan masa,” katanya. 

Tahniah diucapkan kepada Ruffedge dan semoga berjaya dengan album terbaru nanti. – Getaran, 6 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Muzik 11 bulan yang lalu

Tiket Konsert Violet Skies: Dato' Sri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars Masih Boleh Dibeli

2

Muzik 1 tahun yang lalu

Michael Learns To Rock Buai Perasaan Lebih 5,000 Peminat

3

Muzik 1 tahun yang lalu

5 Kumpulan AKB48 Berjaya Himpun Lebih 2,000 Peminat Pada Konsert Pertama Di Malaysia

4

Muzik 1 tahun yang lalu

Ella Memukau, Kini Siap Sedia Terbang ke Singapura

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 11 jam yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN