web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Aishah Bakal Alunkan Suara Hebatnya Dalam Konsert Di DFP

Konsert yang dinamakan 'Aishah & MPO: A Symphonic Rendezvous' itu bakal diadakan di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) pada 6 Ogos ini.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jul 2022 10:07AM

Aishah akan membuat persembahan di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) pada 6 Ogos ini - Gambar ihsan DFP

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kehebatan penyanyi bernama Datuk Aishah, tidak perlu dipertikaikan lagi kerana dia telah memulakan perjalanan seninya sebagai penyanyi utama kumpulan pop dari New Zealand (1987), The Fan Club sebelum melancarkan kerjaya solonya pada tahun 1990. 

Sejak muncul dengan album sulung bernama Aishah, beliau telah mengeluarkan pelbagai album hit dan juga memenangi banyak anugerah muzik tempatan. 

Antaranya, menjadi pemenang pertama Artis Paling Popular untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPH) dan merupakan pemenang anugerah Penyanyi Wanita Paling Popular ABPH selama tiga tahun berturut-turut (1990 – 1992). 

Beliau juga memenangi Vokal Wanita Terbaik Anugerah Industri Muzik (AIM) pada tahun 1995 dan 1996 dan dinobatkan sebagai juara untuk Gegar Vaganza Astro pada tahun 2017. 

Sebagai penghibur berkaliber yang bertaraf antarabangsa, pastilah peminat tegarnya sudah lama ternanti-nanti sebuah persembahan konsert daripada Ratu Pop Malaysia ini. 

Harapan peminat tegarnya ini bakal direalisasikan menerusi sebuah konsert yang dinamakan Aishah & MPO: A Symphonic Rendezvous yang bakal diadakan di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) pada 6 Ogos ini. 

Aishah yang berganding bahu bersama Orkestra Filharmonik Malaysia (atau Malaysian Philharmonic Orchestra - MPO) akan membawa peminatnya menyusuri  perjalanan seni beliau.

Dengan vokalnya yang hebat sambil diiringi melodi simfoni orkestra daripada MPO, sebahagian lagu-lagu yang dipersembahkan nanti adalah 'Seloka Rindu', 'Fatwa Pujangga', 'Kemaafan Dendam Yang Terindah', 'Janji Manismu' dan 'Camar Yang Pulang'. 

Semua lagu yang akan dipersembahkan telah digubah dan diberikan nafas simfonik baru oleh Gerard Salonga, Luqman Aziz, Jenny Chin, Ahmad Muriz Che Rose, Ilham Subri, Vivian Chua dan Azhad Sulaiman. 

Ahmad Muriz Che Rose
Ahmad Muriz Che Rose

Tiket boleh dibeli di laman web ini. Setakat ini, tiket untuk C Reserve (RM 255) dan B Reserve (RM 355) telah habis dijual. 

Layari laman web www.mpo.com.my atau media sosial MPO untuk maklumat lanjut. - Getaran, 6 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Muzik 3 tahun yang lalu

Rai Ulangtahun Ke-25, DFP Bakal Adakah Siri Konsert Artis & Band Tempatan Sepanjang Tahun 

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

‘Jangan Sebarkan Fitnah!’: Aishah Bidas Kenyataan Sherry Alhadad

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Ini Senarai 11 Artis Terjun Ke Dunia Politik

4

TARA 3 tahun yang lalu

Aishah Layak Digelar Ratu Pop, Bawa Konsert Tahap Antarabangsa Bersama MPO

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 9 jam yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN