web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Shila Amzah Mahu ‘Move On’, Tinggalkan Kenangan Pahit 2022 Dengan 'Jauh Hati'

Merupakan lagu ciptaan Shila sepenuhnya, 'Jauh Hati' dicipta pada malam sebelum dia meninggalkan rumahnya untuk kali terakhir pada 12 November tahun lalu (sebelum bercerai).

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Dec 2022 8:07PM

Shila Amzah bersama Pengarah Urusan Nova Music, Rosmin Hashim - Gambar Nova Music

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bila naluri diselubungi rasa pedih, hiba, kecewa  dan sedih, semua orang perlu melakukan sesuatu untuk meluahkan perasaan hati mereka. Tidak kira apa cara, asalkan apa yang diluahkan hati itu mampu mententeramkan jiwa dan membuatkan kita berdamai dengan takdir. 

Segala enangan pahit yang dilalui Shila Amzah setelah bahtera perkahwinan yang dibina selama empat tahun berakhir dengan perceraian pada awal Februari lalu telah diluahkannya menerusi single terbaharunya, 'Jauh Hati'.

Merupakan lagu ciptaan Shila sepenuhnya, 'Jauh Hati'  dicipta pada malam sebelum dia meninggalkan rumahnya untuk kali terakhir pada 12 November tahun lalu (sebelum bercerai).

“Sebenarnya saya sudah membuat keputusan untuk meninggalkan rumah sejak seminggu lebih awal lagi dan saya tulis lagu ini pada malam sebelum saya keluar. Siangnya pada 11 November, saya sempat membeli barang-barang dapur. 

“Malam itu, perasaan dan emosi saya terbawa-bawa dan saya benar-benar perlu mengeluarkan beban yang ada di dada saya itu. Satu-satu caranya adalah dengan menulis lagu. 

“Masa itu saya duduk di sofa dan dia (bekas suami) ada di atas. Saya perhati suasana di sekeliling rumah dan saat itu idea untuk menghasilkan lagu ini mencurah-curah datang dan dalam tempoh 20 minit, ia siap.

“Saya memang mahu lancarkan single ini sebelum 2023. Sebab saya mahu tinggalkan segala kisah dan kenangan yang pahit. Lagipun saya juga sudah berjanji dengan peminat-peminat saya, selepas Gegar Vaganza, saya akan keluar dengan lagu baharu,” katanya. 

Shila juga tidak menafikan bahawa 'Jauh Hati' adalah lagu ‘move on’ untuk dirinya sebelum dia melangkah ke tahun 2023 untuk untuk meneruskan kehidupan dengan lebih selesa dan terus melebarkan kerjaya seninya dengan lebih meluas lagi. 

“Ya, boleh dikatakan 'Jauh Hati' adalah sebuah lagu untuk saya ‘move on’. Setiap orang ada acara sendiri untuk memulihkan perasaan mereka. 

“Ada orang suka tonton sesebuah filem sebab filem itu boleh buat mereka menangis dan apabila menangis, mereka rasa lebih okey. 

“Saya ada dengar beberapa lagu (waktu itu). Tapi, saya mahu buat lagu untuk diri sendiri. Saya mahu patrikan kisah saya ini supaya saya boleh ingat semula apa telah berlaku, apa yang boleh saya elak dan apa yang saya boleh cari pada masa hadapan. 

“Saya memang suka berkongsi dengan peminat kerana saya anggap mereka sebahagian daripada keluarga saya. 

“Siapa yang merasai perasaan yang saya rasa ini boleh ‘enjoy’ merasai kesedihan menerusi lagi ini supaya mereka akan rasa lebih baik lagi,” katanya.

Menerusi single 'Jauh Hati' ini juga, Shila telah menandatangani kontrak rakaman secara eksklusif bersama Nova Music untuk tempoh tiga tahun. 

Mengulas perkara ini, Shila berkata, Nova telah memberikan satu peluang yang sukar baginya untuk menolak. 

2022 boleh dianggap sebagai tahun yang sukses buat Shila Amzah apabila cukup aktif berkarya dan meraih pelbagai kejayaan, biarpun berdepan dengan isu peribadi yang cukup mengesankan dirinya
2022 boleh dianggap sebagai tahun yang sukses buat Shila Amzah apabila cukup aktif berkarya dan meraih pelbagai kejayaan, biarpun berdepan dengan isu peribadi yang cukup mengesankan dirinya

“Nova Music menerusi Pengarah Urusannya, Encik Rosmin Hashim percaya dengan saya dan bakat saya. Menerusi perjanjian kontrak eksklusif selama tiga tahun ini, pihak Nova memberikan kebebasan untuk saya merangka karya saya selepas ini. 

“'Jauh Hati' adalah single pertama di bawah perjanjian ini. Saya yakin merupakan langkah pertama untuk perjalanan kerjaya seninya saya seterusnya pada masa hadapan. 

“Saya harap pintu rezeki akan lebih terbuka luas untuk saya dan sahabat-sahabat saya yang lain yang bersama dengan saya termasuk pihak Nova sendiri untuk mencapai kejayaan bersama,” katanya. 

Mengimbas semula perjalanan kerjaya seninya sepanjang tahun ini, ia boleh dianggap sebagai tahun yang sukses buat dirinya apabila cukup aktif berkarya dan meraih pelbagai kejayaan, biarpun berdepan dengan isu peribadi yang cukup mengesankan dirinya. 

Bermula dengan kejayaan lagu duet 'Pelukan Angkasa' bersama SOG dinobatkan sebagai Juara AJL36, disusuli dengan single baharu 'Khilaf Asmara', menjadi juara The Masked Singer Musim 2 dengan kostum Rambutan, muncul dengan lagu duet bersama Liza Hanim, 'Bahagikan Dia' yang berjaya mara ke AJL37 sehinggalah memenangi tempat ketiga Gegar Vaganza Musim 9. 

Merangkumkan perjalanan seninya pada tahun ini, Shila berkata, segalanya berlaku dengan pantas, namun pada masa yang sama setiap bulan ia diisi dengan pelbagai momen yang cukup indah. 

“Sebab itulah saya mahu lancarkan 'Jauh Hati' pada hujung tahun ini.  'Jauh Hati' adalah perasaan yang terberat pernah saya alami dan saya mahu tinggalkan perasaan ini pada tahun ini kerana saya tidak mahu mengingatinya lagi saat saya melangkah ke hadapan,” jelasnya. – Getaran, 26 Disember 2022 
 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Shila Amzah Selamat Bersalin, Ubai Sebak Lihat Isteri Bertarung Nyawa

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Shila Amzah, Ubai Kongsi Berita Kehamilan

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Mahu Menjaga Hati, Shila Amzah Tunggu Ibu Ubai Selesai Rawatan Kanser Untuk Umum Tarikh Kahwin

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Shila Amzah Dan Ubai Bertunang, Buat Majlis Secara Intim

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 6 jam yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN