web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kenapa Rapper Yonnyboii Luah Rasa ‘Kecewa’ Selepas Menang AIM23? 

Yonnyboii akui ramai rakan-rakannya sering berkongsi cerita serta masalah hidup mereka kepadanya termasuk peminat serta pendengar muziknya.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Oct 2022 5:00PM

'Kecewa' telah menjalani proses rakaman sejak dua tahun lalu. - Gambar Universal Music Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi yang baru sahaja memenangi anugerah Album Terbaik di Anugerah Industri Muzik Ke 23 (AIM23) iaitu Yonnyboii telah meluahkan rasa kecewanya dalam single terbaru yang berjudul ‘Kecewa’.

Menurut Yonnyboii atau nama sebenarnya Muhammad Nuriman Nor Azrin, 23, lagu 'Kecewa' telah menjalani proses rakaman sejak dua tahun lalu namun baru kini dia mengambil keputusan untuk melancarkannya. 

“Lagu ini adalah ciptaan sepenuhnya oleh saya dan siap dirakam dalam tempoh satu malam sahaja. Jujurnya, saya hanya mengambil waktu beberapa jam sahaja untuk menyiapkan demo lagu ini.

“Selepas setahun disimpan rapi, baru saya hantar demo ini kepada syarikat rakaman iaitu Def Jam Recordings Malaysia/Universal Music Malaysia untuk menjalani proses rakaman yang lebih baik dan menjalani penggambaran video muzik. 

“Alhamdulillah penantian untuk melancarkan lagu ini akhirnya tercapai dan saya sangat teruja untuk menantikan maklum balas peminat mengenai karya terbaru saya ini kerana saya percaya setiap daripada kita pernah mengalami fasa kecewa dalam hidup,” katanya ketika ditemui di majlis kesyukuran dan pelancaran lagu Kecewa.

Memandangkan karya-karya Yonnyboii sebelum ini terkenal dengan lirik yang begitu ‘deep’ dan berkait rapat dengan perihal hidup manusia, Yonniboii turut ditanya samaada  lagu Kecewa ini berdasarkan pengalaman hidupnynya sendiri, namun rapper ini memberitahu,  kisah lagu ini diinpirasikan daripada  cerita teman-temannya dan juga peminat. 

“Saya merupakan tempat kawan-kawan saya bercerita tentang masalah mereka kerana kata mereka saya merupakan seorang pendengar yang baik. 

“Saya juga baca kisah-kisah pendengar lagu saya yang mereka tinggalkan di bahagian komen Youtube saya. Ada juga yang ‘DM’ (mesej) saya menceritakan kisah hidup mereka. Jadi saya ambil kisah-kisah mereka ini digubah menjadi sebuah lagu. 

“Ketika rakamkan lagu ini, saya dapat rasakan kesedihannya. ‘Kecewa’ adalah satu cerita yang saya nak sampaikan kepada semua. 

“Tunjang utama lagu ini adalah hasil perspektif saya serta individu yang pernah meluahkan perasaan mereka kepada saya. Jadi andai ada yang mengatakan lagu ini adalah tentang saya, perkara itu tidak benar,” katanya.

Ditanya kenapa dia tidak menghasilkan karya berdasarkan pengalaman hidupnya sendiri seperti kebanyakan penyanyi dan komposer lain, kata Yonnyboii perkara itu terlalu peribadi untuk dikongsikan menjadi sebuah karya.

“Bagi saya, ia terlampau peribadi. Saya pun dah dewasa. We grow up. Saya pun dah faham apa yang terjadi. Ibu bapa saya bercerai ke apa semua itu, saya dah faham sekarang. 

“Saya pun sekarang dalam keadaan yang gembira dan bahagia. Semua orang bahagia, keluarga saya bahagia dan tiada masalah. Jadi saya rasa tak baiklah kita nak cerita benda-benda buruk pasal mereka pula,” katanya. 

Biarpun ‘Kecewa’ memberi maksud seakan-akan negatif, namun Yonnyboii berharap pendengar dan peminat dapat membuka minda dan jangan menghakiminya terlalu awal.

“Saya harap lagi ini dapat membuka minda para pendengar tentang topik yang dianggap sensitif. Saya hanya menyuarakan pendapat saya dan juga perasaan remaja-remaja di luar sana. 

“Kita semua ada sesuatu untuk diceritakan dan inilah salah satu cerita yang saya cipta untuk semua orang dengar,” katanya yang mengharapkan lagu ini mendapat sambutan ramai. 

Video muzik lagu ini telah pun dilancarkan pada 4 Oktober lalu dan diarahkan Thaqif Saadon. Ia menceritakan tentang seorang kanak-kanak yang mengalami tekanan kerana minatnya dihalang ibu bapanya.  – Getaran, 6 Oktober 2022

Foto : Universal Music Malaysia

 

Berita Berkaitan

1

Muzik 3 tahun yang lalu

Lagu Flash & Dash Terinspirasi Dari Siri Anime Jepun 90-an, Yonnyboii Bergabung Dengan Rapper Sarawak, Guccismith 

2

Semasa 3 tahun yang lalu

CUEPACS Kecewa, Belanjawan 2023 ‘Gagal’ Selesai Tekanan Sara Hidup Penjawat Awam

3

Semasa 3 tahun yang lalu

PBM Kecewa Tak Dipilih Sertai Kabinet, Ikrar Terus Sokong Kerajaan

4

Politik 3 tahun yang lalu

Kaum India PH Kecewa Kurang Wakil Dalam Kabinet Anwar

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa