web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kaum India PH Kecewa Kurang Wakil Dalam Kabinet Anwar

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Dec 2022 9:47PM

P Ramasamy berkata, terdapat keperluan untuk Anwar membetulkan keadaan tersebut dengan menambah bilangan anggota Kabinet dalam kalangan pemimpin India dari PH - Gambar Facebook Prof Dr Ramasamy

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Akar umbi masyarakat India dalam Pakatan Harapan (PH) kecewa selepas hanya seorang wakil kaum itu terpilih menganggotai barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang, P Ramasamy berkata, terdapat keperluan untuk Anwar membetulkan keadaan tersebut dengan menambah bilangan anggota Kabinet dalam kalangan pemimpin India dari PH.

Menurutnya, DAP yang merupakan parti komponen PH hanya diberikan empat jawatan Kabinet walaupun menawan 40 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) 

“Jawatan Menteri Sumber Manusia diberikan kepada V Sivakumar, ahli DAP dari Perak. Walaupun ramai bilangan Ahli Parlimen India dalam PH, kaum India kelihatan kurang diwakili menerusi Kabinet

“Masyarakat India mungkin kecewa dengan perkara ini di bawah perwakilan.

“Semoga Anwar dapat memperbetulkan perkara ini dengan memberi pelantikan lain kepada wakil rakyat India dari PH,” katanya menerusi kenyataan hari ini. 

Mengulas lanjut, Ramasamy berkata, seharusnya sokongan kaum India terhadap PH yang amat menggalakkan dalam pilihan raya umum (PRU) lalu, tidak boleh dilupakan begitu sahaja.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang memaklumkan, barisan Kabinet diumumkan Anwar adalah satu bentuk kompromi dalam memilih untuk kestabilan negara atau sebaliknya.

“Kabinet tersebut adalah pilihan antara melepaskan diri daripada politik berbisa dan politik konfrontasi.

“Bagaimanapun, parti UMNO secara jelas merupakan penerima manfaat utama dalam pembentukan Kerajaan Perpaduan,” katanya. 

Tambah beliau, ini kerana tanpa sokongan UMNO, gabungan PH sudah semestinya tidak akan dapat membentuk kerajaan.

Katanya, Anwar dilihat tidak mempunyai pilihan apabila terpaksa melantik Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri.

“Tanpa peruntukan jawatan sedemikian, tidak mungkin Kerajaan Perpaduan dapat memperoleh kerjasama UMNO,” katanya. 

Terdahulu, Perdana Menteri malam tadi, mengumumkan barisan Kabinetnya yang membariskan 28 menteri.

Ia termasuk dua Timbalan Perdana Menteri, iaitu dipegang Pengerusi BN yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ahli Parlimen Petra Jaya, Datuk Seri Fadillah Yusof daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Barisan Kabinet yang diumumkan Anwar itu terdiri daripada 15 wakil daripada PH, BN/UMNO (6), GPS (5) dan GRS (1). - Getaran, 3 Disember 2022.

Berita Berkaitan

1

Politik 2 hari yang lalu

‘Serang Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan? Lebih Baik Anda Letak Jawatan’ - PM

2

Semasa 6 hari yang lalu

Forest  City: Usir Segera Warga Israel Jika Dakwaan Terbukti - PM

3

Politik 1 minggu yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

4

Politik 1 minggu yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Persekutuan Komited Pastikan Agenda Pembangunan Rakyat Diteruskan - PM

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Tanah Sungai Cot: Tengku Ampuan Pahang Tawar Tanah Untuk Keluarga Orang Asli Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Insiden Polis Tembak Di Durian Tunggal: AGC Arah Inkues Kematian 3 Lelaki

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

oleh Wartawan Getaran