web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Lagu Flash & Dash Terinspirasi Dari Siri Anime Jepun 90-an, Yonnyboii Bergabung Dengan Rapper Sarawak, Guccismith 

“Saya rasa lagu ni lebih segar serta menyeronokkan. Belum ada lagu dengan gaya seperti ini. Malah secara peribadi ia sesuatu yang saya sendiri tidak pernah buat,” kata Yonnyboii.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 May 2023 7:19PM

Tajuk lagu Flash & Dash ini terinspirasi dari sini animasi Anime Jepun yang pernah popular pada tahun 90-an. - Gambar Universal Music Malaysia 

oleh

Zara Sofea

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tidak mengenal erti penat, rapper tempatan yang semakin hari meningkat naik, Yonnyboii kembali dengan sebuah lagi karya hebat berjudul ‘Flash & Dash’ yang menggabungkan irama hip hop dengan dance music

“Saya rasa lagu ini lebih segar serta menyeronokkan. Belum ada lagu dengan gaya seperti ini. Malah secara peribadi ia sesuatu yang saya sendiri tidak pernah buat. 

“Ia boleh dianggap eksperimental untuk diri saya yang belum pernah mencuba gaya sebegini,” ujar Yonnyboii membuka bicara.

Gambar Universal Music Malaysia
Gambar Universal Music Malaysia

Menurutnya lagi, tajuk lagu 'Flash & Dash' ini sememangnya terinspirasi dari sini animasi Anime Jepun yang pernah popular pada tahun 90-an.

“Pesan yang kerap dipaparkan dalam siri kartun tersebut adalah bagaimana watak-watak utamanya sentiasa ingin berusaha menjadi juara dan pemenang. Jadi itulah yang ingin saya kongsikan. 

“Kita semua ingin jadi yang terbaik namun masa itu suntuk. Kita tidak mungkin dapat mengejar waktu. Jadi, berusahalah secepatnya jika mahu berjaya,” tambahnya lagi.

Yonnyboii turut bergandingan dengan Guccismith. - Gambar Universal Music Malaysia 
Yonnyboii turut bergandingan dengan Guccismith. - Gambar Universal Music Malaysia 

Yonnyboii juga berkolaborasi bersama bintang rap dari Bumi Kenyalang, Sarawak Guccimsith untuk menghidupkan lagi karya tersebut.

“Setelah mengambil keputusan untuk menyiapkan projek ini, saya baru sedar yang saya sebenarnya memang mahu menampilkan rakan seindustri Guccismith. 

“Walaupun dia berada di Kuching, kebetulan semasa hendak merakam lagu ini dia berada di Kuala Lumpur. Jadi dia terus datang ke rumah untuk proses rakaman saya dan tidak sampai tiga jam, lagu ini siap dirakam,” jelasnya.

Yonnyboii turut menceritakan pengalaman menjayakan penggambaran muzik lagu ini yang berlatar belakang pergerakan kereta ‘drift’ yang laju. 

Gambar Universal Music Malaysia
Gambar Universal Music Malaysia

“Ini kali pertama saya membuat penggambaran muzik video yang sebegini. Ia sangat menyeronokkan. Malah, semua yang terlibat memberi kerjasama yang baik termasuk rakan saya Guccimisth sendiri. 

“Saya harap semua orang akan menyukai lagu ini dan dapat menangkap pesan yang ingin cuba saya sampaikan. 

“Sesiapa yang pernah menonton siri Anime Flash & Dash pasti tahu apa yang saya maksudkan dan mengerti perasaannya. Semoga, ia dapat memberi inspirasi pada para pendengar,” bingkas Yonnyboii mengakhiri bicara.

Single 'Flash & Dash' ini adalah ciptaan Yonnyboii bersama SonaOne, Wolfy serta Guccismith sendiri.

Ia boleh didengari di semua platform digital seperti Spotify, Apple Music, KKBOX, Deezer dan YouTube Music dan telah ditayangkan secara eksklusif di saluran YouTube rasmi Yonnyboii sejak 26 Mei lalu. – Getaran, 30 Mei 2023 


 

Berita Berkaitan

1

Muzik 3 tahun yang lalu

Kenapa Rapper Yonnyboii Luah Rasa ‘Kecewa’ Selepas Menang AIM23? 

2

Muzik 3 tahun yang lalu

Universal Music Malaysia Dominasi 12 Kategori Daripada 21 Kategori Keseluruhan AIM23 

3

Muzik 3 tahun yang lalu

Ini Sebab Kenapa Yonnyboii Menang Album Terbaik Walaupun Tak Menang Kategori Lain

4

Muzik 3 tahun yang lalu

Dayang Nurfaizah Paling Banyak Tercalon Anugerah Industri Muzik 23

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Muzik 5 jam yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Konsert itu bakal membariskan anggota asal Peterpan iaitu Reza, Loekman, Andika dan Indra yang dikenali menerusi lagu hit seperti Mimpi Yang Sempurna, Semua Ten...

Filem & TV 1 hari yang lalu

"Papa Zola The Movie" Kembali Ke Pawagam Mulai 11 Jun Sempena Hari Bapa

Bagi menjadikan tayangan itu lebih bermakna, peminat juga berpeluang mendapatkan kad eksklusif Papa Zola The Movie sebagai koleksi istimewa.