Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Taylor Swift Menang Besar, Tapi Johnny Depp Si Angkasawan Pula Yang Curi Perhatian Di VMAs

Suasana pada malam anugerah itu juga menjadi semakin pelik apabila Johnny Depp tiba-tiba muncul sebagai angkasawan dan hanya terapung-apung di awangan.

Muzik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Aug 2022 8:20PM

Taylor Swift, pemenang anugerah utama VMAs tahun ini - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tidak seperti tahun sebelumnya, malam anugerah MTV Video Music Awards 2022 (VMAs) yang baru sahaja berlangsung di Prudential Center in Newark, New Jersey disifatkan lebih terkawal, namun tetap hangat dan meriah dengan pelbagai kejutan. 

Antaranya adalah kemunculan Kane Brown yang mencatatkan sejarah kerana menjadi penyanyi country pertama yang beraksi di VMAs. 

Malah, ia turut menyaksikan kolaborasi yang tidak dijangka di antara Eminem dengan Snoop Dogg, yang telah menghasilkan lagu bersama iaitu 'From the D2 LBC'. 

Nicki Minaj yang telah membuat persembahan mash up daripada lagu 'Super Bass' sehinggalah 'Super Freaky' telah memberikan ucapan yang cukup menyentuh hati. 

Dalam ucapannya itu, rapper seksi yang sering mendedahkan payu dara dan punggungnya itu memberitahu, betapa dia sangat berharap Whitney Houston dan Michael Jackson dapat berada bersama untuk meraikan kejayaannya itu. 

“Saya juga berharap ramai yang akan mengambil serius terhadap isu kesihatan mental, juga dalam kalangan mereka yang menjalani kehidupan sempurna,” katanya. 

Suasana pada malam anugerah itu juga menjadi semakin pelik apabila Johnny Depp tiba-tiba muncul sebagai angkasawan dan sepanjang majlis itu berlangsung dia hanya terapung-apung di awangan. 

Dan, malam yang pelik itu kemudian diakhiri dengan kemenangan Taylor Swift bagi kategori paling utama iaitu Video Terbaik. Selepas menerima trofi Moon Person, dia kemudian memberitahu bahawa dia bakal muncul dengan album terbaharunya pada Oktober ini. 

Malam anugerah yang dikendalikan LL Cool J dan Nicki Minaj sebagai hos itu turut menampilkan persembahan daripada beberapa artis lain seperti, Blackpink, Lizzo, Maneskin, Jack Harlow, J Balvin, Marshmello x Khalid dan Panic! At the Disco. - Getaran, 29 Ogos 2022

 

Berikut adalah senarai pemenang VMAs 2022:- 

Video Of The Year

Taylor Swift – “All Too Well” (10 Minute Version) (Taylor’s Version)

Artist Of The Year

Bad Bunny

Album Of The Year

Harry Styles – Harry’s House

Song Of The Year

Billie Eilish – “Happier Than Ever”

Best New Artist

Dove Cameron

Best Collaboration

Lil Nas X and Jack Harlow – “Industry Baby”

Best Pop

Harry Styles – “As It Was”

Best Hip-Hop

Nicki Minaj ft. Lil Baby – “Do We Have A Problem?”

Best Rock

Red Hot Chili Peppers – “Black Summer”

Best Alternative

Måneskin – “I Wanna Be Your Slave”

Best Latin

Anitta – “Envolver”

Best R&B

The Weeknd – “Out Of Time”

Best K-Pop

LISA – “Lalisa”

Video For Good

Lizzo – “About Damn Time”

Best Metaverse Performance

Blackpink The Virtual – PUBG

Best Longform Video

Taylor Swift – “All Too Well” (10 Minute Version) (Taylor’s Version)

Best Cinematography

Harry Styles – “As It Was”

Best Direction

Taylor Swift – “All Too Well” (10 Minute Version) (Taylor’s Version)

Best Art Direction

Lil Nas X and Jack Harlow – “Industry Baby””

Best Visual Effects

Lil Nas X and Jack Harlow – “Industry Baby”

Best Choreography

Doja Cat – “Woman”

Best Editing

Rosalía – “Saoko”

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

Dulu Kecam Coldplay, Sekarang Sokong Taylor Swift; Apa Sebenarnya PN Mahu?

2

Luar Negara 7 bulan yang lalu

Hantaran Instagram Taylor Swift Bantu Pecah Rekod Pendaftaran Undi

3

Selebriti 10 bulan yang lalu

Kerana Bercumbu Dengan Pengawal Keselamatan, Penyanyi Taylor Swift Putus Cinta Dengan Matty Healy 

4

Muzik 1 tahun yang lalu

AMAS 2022 Malam Milik Taylor Swift, Penyanyi Pop Dan Country Ini Bolot 6 Anugerah 

Sorotan

1

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Selebriti 16 jam yang lalu

Pendedahan Sarah Yasmine Bikin Gempar 1 Malaya, Nama Emma, Chacha, Caprice Dan ‘TPM’ Jadi Bualan Netizen

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 3 jam yang lalu

Ruhainies Mohon Maaf Pada Bella Astillah, Ajak Jumpa Untuk Selesai Masalah

Selepas agak lama berdiam diri, akhirnya pelakon sensasi, Ruhainies tampil bersuara tentang isu hangat yang sedang melanda dirinya

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Bella Astillah Akui Bertemu Sarah Jasmine, Baca Mesej Ruhainies Desak Aliff Buka Aibnya

Pelakon dan penyanyi itu memaklumkan Sarah Jasmine menghubunginya untuk memohon maaf kerana menjalinkan hubungan sulit dengan suaminya. 

oleh Helmi Anuar

Budaya 1 hari yang lalu

Temui Personaliti Anime Kegemaran Anda Di Anime Fest Plus 2024  

oleh Wartawan Hiburan Getaran