web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


AMAS 2022 Malam Milik Taylor Swift, Penyanyi Pop Dan Country Ini Bolot 6 Anugerah 

AMAs 2022 pada tahun ini juga memperkenalkan beberapa kategori baharu iaitu Artis Afrobeats, Artis K-pop, lagu rock dan album rock kegemaran. 

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Nov 2022 6:17PM

Taylor Swift telah meraih kemenangan besar apabila membolot kesemua enam pencalonan pada malam kemuncak Anugerah American Music 2022 (AMAs 2022) - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi pop dan country, Taylor Swift telah meraih kemenangan besar apabila membolot kesemua enam pencalonan pada malam kemuncak Anugerah American Music 2022 (AMAs 2022).

Bad Bunny pula menerima lapan pencalonan pula hanya memenangi dua anugerah disusuli dengan enam pencalonan bagi Beyonce, Drake dan Swift.  Sementara, The Weeknd, Adele dan Harry Styles, masing-masing menerima lima pencalonan. 

AMAs 2022 pada tahun ini juga memperkenalkan beberapa kategori baharu iaitu Artis Afrobeats, Artis K-pop, lagu rock dan album rock kegemaran, manakala artis konsert jelajah serta album runut bunyi telah dicalonkan semula setelah ia dihapuskan sewaktu pandemik. 

Lionel Richie yang memenangi 17 anugerah AMAs sepanjang kerjaya muziknya telah diangkat sebagai penerima Anugerah Icon. 

Beberapa artis seperti Stevie Wonder, Charlie Puth dan Ari Lennox pula telah diberi pilih untuk membawakan beberapa lagu medley Richie sebagai satu penghormatan buatnya. 

Penyanyi Pink pula memberikan penghormatan buat Olivia Newton-John yang telah meninggal dunia pada Ogos akibat kanser payu dara. 

Turut beraksi membuat persembahan pada malam kemuncak AMAS 2022 adalah Anitta, Bebe Rexha, David Guetta, Dove Cameron, GloRilla, Lil Baby, Carrie Underwood, Imagine Dragon, J.I.D, Yola dan DJ D-Nice. – Getaran, 21 November 2022 

Berikut adalah senarai pemenang AMAS 2022. 

Artis Sepanjang Tahun

Taylor Swift 

 

Artis Baharu Sepanjang Tahun 

Dove Cameron

 

Kolaborasi Sepanjang Tahun 

Elton John & Dua Lipa - "Cold Heart - PNAU Remix"

 

Muzik Video Kegemaran 

Taylor Swift – ‘All Too Well: The Short Film’ 

 

Artis Lelaki Pop Kegemaran 

Harry Styles

 

Artis Wanita Pop Kegemaran 

Taylor Swift 

 

Duo/Kumpulan Pop Kegemaran 

BTS

 

Album Pop Kegemaran 

Taylor Swift – Red (Taylor’s Version) 

 

Lagu Pop Kegemaran 

Harry Styles - "As It Was"

Artis Lelaki Country Kegemaran 

Morgan Wallen

 

Artis Wanita Country Kegemaran 

Taylor Swift 

 

Duo Kumpulan Hip Hop Kegemaran 

Dan + Shay

 

Album Country Kegemaran 

Taylor Swift – Red (Taylor’s Version) 

 

Lagu Country Kegemaran 

Morgan Wallen - "Wasted on You"

 

Artis Lelaki Hip Hop Kegemaran 

Kendrick Lamar

 

Artis Wanita  Hip Hop Kegemaran 

Nicky Minaj 

 

Album Hip Hop Kegemaran 

Kendrick Lamar – ‘Mr. Morale & The Big Steppers’

 

Lagu Hip Hop Kegemaran 

Future ft. Drake & Tems – ‘WAIT FOR U’

 

Artis Lelaki R&B Kegemaran 

Chris Brown

 

Artis R&B Kegemaran 

Beyoncé

 

Album R&B Kegemaran 

Beyoncé - Renaissance

 

Lagu R&B Kegemaran 

Beyoncé – ‘BREAK MY SOUL’

 

Artis Lelaki Latin Kegemaran 

Bad Bunny

 

Artis Latin Kegemaran 

Anitta

Duo/Kumpulan Latin Kegemaran 

Yahritza Y Su Esencia

 

Album Latin Kegemaran 

Bad Bunny - Un Verano Sin Ti

 

Lagu Latin Kegemaran 

Sebastián Yatra - "Dos Oruguitas

 

Artis Rock Kegemaran 

Machine Gun Kelly

 

Lagu Rock Kegemaran 

Måneskin - "Beggin'"

Album Rock Kegemaran 

Ghost - Impera

 

Artis Dance/Electronic Kegemaran 

Marshmello

 

Runut Bunyi Kegemaran

ELVIS

 

Favourite K-Pop Artist

BLACKPINK

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

Dulu Kecam Coldplay, Sekarang Sokong Taylor Swift; Apa Sebenarnya PN Mahu?

2

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Hantaran Instagram Taylor Swift Bantu Pecah Rekod Pendaftaran Undi

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Kerana Bercumbu Dengan Pengawal Keselamatan, Penyanyi Taylor Swift Putus Cinta Dengan Matty Healy 

4

Muzik 3 tahun yang lalu

Taylor Swift Buat Hal, Sapu 10 Carta Teratas Billboard Hot 100!

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 20 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN